PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, March 5, 2015

Pemimpin termiskin dan sering merendah diri dari Uruguay





Contoh dan teladan yang baik daripada seorang pemimpin Uruguay iaitu Jose Mujica (79). Lahir pada 12 Mei 1935, gaya hidupnya tidak ubah seperti rakyat biasa dan sangat berminat dalam bidang pertanian. Masa lapangnya dihabiskan sebagai petani. Beliau mula menjadi perdana menteri Uruguay bermula 1 Mac 2010 sehingga 2015. Sebelum menjawat jawatan perdana menteri, beliau merupakan Menteri Penternakan, Pertanian dan Perikanan dari tahun 2005 sehingga 2008. 


Menjadi pemimpin dengan gaji USD 12 ribu bersamaaan RM40,000 lebih, pemimpin ini menghabiskan hampir 90% daripada gajinya untuk membantu rakyat nya yang memerlukan dan hidup dalam kemiskinan. Meski gajinya hanya tinggal 10 % untuk dirinya dan isteri, pemimpin itu berkata kepada media '' I do fine with the amount; I have to do fine because there are many Uruguayans who live with much less.''


Sejak menjawat jawatan ini, tempat tinggalnya di Montevideo. Rumahnya sangat sederhana dan hanya mempunyai satu bilik.


Hidup Mujica bersama isterinya iaitu Lucia Topolansky yang dikahwini sejak 2005 tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Disebabkan kehidupannya hanya berdua, jadi dia merasakan dia tidak memerlukan banyak wang untuk meneruskan kehidupan. Beliau hanya memiliki sebuah kereta Volkswagen Battle yang bernilai USD 1945.


 Meski hidupnya boleh dikatakan miskin berbanding pemimpin dunia yang lain, namun Mujica menolak menerima gelaran terbabit. Kerana katanya :


'' Saya dikatakan pemimpin miskin, tapi saya tidak merasakan bahawa saya miskin. Orang miskin bukanlah seseorang yang memiliki sedikit harta, tetapi orang miskin itu adalah mereka yang hanya bekerja untuk memenuhi gaya hidup yang mahal, dan selalu menginginkan lebih dan lebih'' , Jose Mujica Pemimpin Uruguay ( 2010-2015)




Semenjak melepaskan jawatan sebagai pemimpin Uruguay, beliau memilih untuk menghabiskan hidup di ladang miliknya dan membaca buku.






No comments:

Post a Comment