PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, March 3, 2015

10 cara memiliki hati wanita


Cara mendekati hati wanita bukan mudah. Berikut beberapa tips yang boleh buat wanita jatuh hati dengan anda. Lantas, cepetin dong!


1. Berusaha bukan pakai angin

Kau suka dia. tapi kau buat don't know jek. Kau rasa dia suka kau balik tak?Semua benda ada usaha bang. Kau suka dia dengan harapan angin mendengar kemudian khabarkan kepada dia. Memang sampai bila bila pun tak jadi apalah.


2. Pandai mengambil hati

Orang perempuan ni dia suka tanya macam -macam. kau jangan ingat dia nak cakap sangat. tupon sebab dia tak nak hubungan korang jadi suram. Sebab tu dia kena banyak cakap. walaupun kau tak tau jawapan pada soalan dia, lebih baik kau jawab jela. sekadar ambil hati kata orang.

sebagai contoh :

awek : awak tengok kain ni, cantik tak?
pakwe : cantik, sesuai dengan awak.
awek : betul ker?
pakwe : betul.
awek : tapi kenapa?
pakwe : sebab corak bunga dia sepadan dengan awak.
awek : betuk ker ?
pakwe : ya betul.
awek : tapi saya rasa macam tak cantik
pakwe : tak betul cantik ( dalam hati, kalau kau tanya aku satu kali lagi, siap la aku tinggal kau kat sini..) haha


3. Sabar dalam memujuk

Pusing la satu dunia pun, perempuan ni hati lembut, cepat emosi dan selalu terasa hati. Pergilah kemana-mana perempuan pun walaupun pengkid, kompem hati dia sama jek. cepat terasa.Kalau kau ada kesabaran dalam memujuk kau memang seorang lelaki yang sesuai dijadikan suami. hahaha.,. Mana taknya, baru 5 minit yang lepas dia merajuk kau pujuk, selang beberapa minit kau borak-borak balik ada kata yang kau salah cakap, dia merajuk balik. Jadi hati mesti cekal, diri mesti kuat.
Sebab..

perempuan memang macam ni,
kalau kau taknak macam ni aku boleh nasihatkan kau pilih pondan,haha

4.Jujur

Jujur sejujurnya. Jujur ni lebih afdal kalau aku cakap status sebenar kau. Kalau kau duda kau cakap jek kau duda. Kalau kau playboy kau cakap jek kau playboy '' haha, tapi mana ada playboy mengaku playboy'' itu gilalah.

5. Jangan bandingkan si dia dengan wanita lain

Perempuan memang suka tanya kau soalan yang kadang tak masuk akal. Bila dia nampak kau tak berkelip pandang awek lain depan mata dia, dia akan buat persoalan. '' lawa ker perempuan tu sampai tak berkelip awak tengok?''. Meski perempuan tu lebih lawa dari perempuan depan mata kau, jangan kau cuba-cuba cakap haah lawa. Memang carik nahas di jerat percintaan la kau. Kawal kawal. Kadang dia saje nak dengar kau puji dia sorang sahaja. Depan member-member kau takpe. puji la pompuan lain, takda masalah. Cuma depan dia jangan kau buat perbandingan . Perempuan memang pantang.

6. Jaga tutur kata

Kurangkan emosi.
Bagi contoh bila kau bawak kereta dekat sebelah kau dia, tiba-tiba datang satu kereta potong line tak bagi signal. Muka kau dah merah padam tahan nak carut. Seeloknya kau tahan carut kau tu jangan sampai terkeluar. Hah. Sekali kau mencarut, seribu kali otak dia ligat berfikir nanti. Kenapa dia ni kurang sabar? kenapa camni, kenapa camtu?

7. Mempunyai kemahiran yang istimewa

Kalau kau ada satu kemahiran yang orang lain takda, kira kau ni memang anugerah yang istimewa buat sidia. hahaha..contohnya, kau pandai melukis komik. kau boleh lukis komik yang gembira untuk dia. Kalau kau ada kemahiran buat bangunan, hah kau bina lah satu mahligai untuk dia seistimewa yang mungkin.


8. Suka membuat kejutan

Pastikan kejutan bermanfaat bukan kejutan yang buat orang mati terperanjat. Selalu dia tak cakap pun dia nak kejutan, buatlah apa yang kau rasa dia terkejut. Contohnya kau orderkan delivery makanan masa dia tengah demam. Kompem terus sihat!


9. Pendengar yang setia

kalau dia ada masalah, kau dengar jela. pasang jek telinga.
jaga-jaga,
kalau kau tak dengar betul betul nanti dia tanya,
cuba awak ulang balik apa saya cakap tadi.
Masa tu memang carik nahas la kalau kau tak mampu ulang apa dia cakap.


10. Pakai kemeja lengan panjang lipat sampai siku

Yang ni aku saja je letak sebab aritu aku nampak ada orang tweet. Tapi jujur cakap, lelaki yang pakai kemeja lengan panjang pastu lipat sampai siku nampak lebih berktrampilan.haha.. Ini poyooo


No comments:

Post a Comment