PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, September 8, 2015

5 Perkara JANGAN anda lakukan apabila putus CINTA!






Putus cinta memang menyakitkan. Tidak lena tidur, tidak selera makan dan tidak segala tidak. NAMUN harus diingat jangan dikenang peristiwa yang sudah. Jika anda tidak boleh untuk move on, itu biasa cuma jangan toleh lagi ke belakang. Jangan diharapkan pada yang tak sudi. Redha dan berterima kasih lah sebab anda berani untuk pergi.

Berikut beberapa perkara yang anda perlu elakkan apabila putus cinta. JANGAN bererti terlarang untuk dilakukan.

1. Memaparkan segala bentuk kesedihan anda dimedia sosial

Jangan sesekali! kerana semua yang berkawan dengan anda dapat mengemosikan segala apa yang ditaip. Ditambah dengan caption "feeling". Biarkan, buat seperti biasa bagai tiada apa. Nak mengadu, mengadulah pada sang pencipta, luahkan lah pada yang anda percaya. Orang menzahirkan rasa simpati disudut bibir namun bukan pada hati. Mungkin ada yang sedang bertepuk tangan dengan kesedihan anda. Jadi beringatlah...

2. Jangan sesekali cuba untuk menghubungi si dia kembali

Lupakan! Mungkin agak perit untuk membiasakan diri bahawa tiada lagi orang yang akan menanya khabar anda di setiap hari namun mengertilah bahawa tahap menjaga keegooan kadang itu perlu. Apatah lagi jika si dia sudah mempunyai kekasih yang baru. Jelas anda tidak diperlukan dan kehegehan anda cuma akan membuat sidia tertwa saiton dan anda menangis semalaman. Ayuh! Lupakan saja.

3. Merubah perwatakan dan fizikal yag sedia ada.

Mengubah kearah yang lebih menarik itu harus tapi mengubah perwatakan yang anda miliki sebelum ini kepada seseorang yang agak sangat pelik dengan orang sekeliling mungkin harus dielakkan. Contoh jika sebelum ini anda seorang yang jarang berhias, tapi sejak kejadian putus cinta anda bermekap bak opera cina dan berpakaian bak britney spears. Usahlah membuang masa kearah itu semua, cinta itu dihargai melalui kesetiaan bukan dari segi kecantikkan.


4. Menghina pasangan baru yang dia miliki

Memang perit untuk diakui, memang sakit untuk mengingatkan diri bahawa sidia sudah beroleh pilihan lain tapi harus diingat jangan anda sesekali menghina pasangan baru yang sidia perolehi. Bergeraklah. Mungkin pasangan barunya itu tidak tahu kewujudan anda dalam hidup sidia sebelumnya. anda boleh membezakan tapi jangan sampai terjerumus ke dalam lembah menghina. Manusia itu punya anugerah yang berbeza. Tapislah diri sendiri mungkin sidia meninggalkan anda atas dasar kesalahan anda sendiri. Jangan menghukum terlalu cepat. Seeloknya berdiam diri dan berfikir secara rasional.


5. Serta merta bertukar pasangan baru

Bila hati terluka manusia memang memerlukan penghibur yang baru. Tapi harus diingat, penghibur dan cinta itu tidak sama. Usahlah anda mempermainkan perasaan orang lain saat anda terluka. Orang lain juga punya perasaan. Jangan kerana si dia telah lama menaruh hati anda terburu-buru dalam membuat keputusan. Mengambil kesempatan diatas taruhan hati yang diberikan. Bercinta perlukan ruang dan masa. Andai anda terlalu kekosongan, isilah kesedihan anda dengan kesibukan akhirat.

No comments:

Post a Comment