PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, September 9, 2015

11 Perkara Perlu Buat Masa di U




Aitu aku nampak ada #TipsmasukU.
Kemain banyak lagi tips masuk u yang orang bagi kat twiter. Ni yang aku rasa keluar dari kepala otak aku. Selamat menyerap tipsnya ya.

1. Jangan Berkepit dengan kekasih 24 Jam

Hindarkan perkara sebegini kerana yakinlah bahawa zaman belajar di U bersama rakan-rakan KAU akan paling diingati. Jika dengan kekasih? Siapa tahu suatu saat akan putus dan pada ketika itu, tiada memori manis dapat anda gapai bersama-sama kawan di U.

2. Jangan Lupakan Kawan

Kawan di U antara kawan yang betul-betul boleh membawa kau terjerumus ke sungai yang indah atau lembah yang penuh hutan. Pilihlah kawan yang baik kerana itu sahaja masa yang kau ada  untuk menghargai kawan-kawan kau sebelum melangkah kealam kerjaya dan  rumah tangga. Ingat kawan bila kau makan adalah perkara paling AWESOME! Dan ingat kawan bila  belajar adalah perkara yang paling super AWESOME. manakala ingat kan kawan tentang due date assigment lagi SUPER POWER AWESOME DOUBLE THUMBS UP!!

3. Overnight

Hei ini bukan aku ajar benda bukan -bukan eh. Overnight reramai dengan kawan-kawan. Jangan salah ertikan kepercayaan orang tua. Bukan aku suruh g club pun. Just pergilah tengok kehidupan luar di malam hari beramai-ramai bersama kawan . Kalau duk key el pergilah jalan bukit bintang tu. Parking jauh sikit tepi jalan pastu acah-acah survey kawasan persekitaran. Tengok kelibat-kelibat manusia yang ada dimalam hari. Kupu-kupu malam sangat. Kau tau faedah nya, buat kau rasa bersyukur dengan apa yang kau ada. Sekurang-kurangnya kau tau hidup orang lain macam mana.

4. Buat bisnes

Berniagalah kecik-kecik. Abaikan kawan yang suka menceceh cara kau dapat duit. Dia apatahu, hidup senang kol pama terus dalam akaun berduit. Kita ni yang tak berapa senang, usahalah lebih sikit. Berniaga dekat U boleh buat kau praktik kehidupan berniaga kat luar nanti. Nak lagi untung masyuk, of course lah rapat dengan Orang atas( u know what i mean babey) supaya kau dapat tapak berniaga yang strategik yo.


5. Study Group

Sumpah daripada kau terperap sorang kat bilik yang tak pasti apa akan terjadi terutama bila study week, eloklah kau pegi berkumpul bersama kawan untuk belajar bersama. Teori yang aku dapat 4 semester pertama aku belajar sorang tak seelok 4 semester terakhir aku belajar berkumpulan. Tak percaya? Hah nanti kau dah semester hujung-hujung baru nak buat apa aku cakap jangan nak menyesal pulak. #sisbagicadanganjek

6. Merasa semua aktiviti yang ada dekat dalam U

Malas tahap super saiya nak join aktiviti U maka bolehlah kau rancang sendiri aktiviti lain yang boleh dilakukan tanpa protokol dan peraturan yang ketat. Bergembiralah bersama rakan-rakan. Gunakan semua ruang riadah yang ada di U untuk tempat kau buat aktiviti seperti berkelah ker, memancing ker, berzumba ker. Jangan malas!, lepas habis belajar kau takkan dapat rasa tu semua. Percayalah. Nak jogging dekat U lepas konvo pun malu sebab orang ingat kau tak habis belajar lagi . Melainkan kau continue something.



8. Jangan dekat dengan PLAYBOY

Pasal ni kau tak paya sedih kalau pelajar yang konon-konon HOT tak suka dekat kau. Ah lantakkan jek dengan diorang. Sebenarnya kau patut bersyukur tak akan tersenarai dalam senarai nama EX-EX diorang. Diorang bukan ada duit sangat pun nak belanja korang selalu. Membazir jek. Jaminan jadi isteri tu pun belum tentu.


9. Amik tahu perkembangan harga makanan

Yang kau geram adalah kafe yang selalu naikkan harga makanan tanpa sebab. Elakkan dari camni. Dah kalau sekali makan RM6.00 maka 3x makan dah dekat RM20.00. Tak macam meletup poket.BOOM! Kalau boleh tanya jek nape saya dapat semalam harga camni hari ini harga lain padahal lauk semua sama. cET. Aku pandai cakap orang kalau kena kat aku memang aku diam jek cuma esok lusa tulat aku jaga-jaga sikit lah nak amik lauk memacam.

10. Jangan lupa suruh kawan COP kan tempat dalam kuliah

Ni patern orang selalu datang lambat untuk kekelas. Dah tepat waktu kelas dia akan kol kawan dia lalu cakap yang dia datang lambat kemudian suh copkan tempat. Tapi sekurangnya bagus, biar pun lambat tetap nak pergi kelas. Tapi jangan melampau kalau 30 minit kelas nak habis baru nak datang. Awal sem suruh copkan, hujung sem suh sign kan. mihmih


11. Jangan lupa buat simpanan MEGGI

Simpanan ini sangat perlu disaat hujung-hujung sem dimana kau takkan cukup duit untuk makan di luar.Awal sem bolehlah kau berlagak dengan beraneka lauk pauk yang ada. Beli siap-siap masa awal sem untuk pastikan yang masa kau kebulur dihujung bulan masih ada simpanan meggi dibawah katil.




Zaman di U la hidup di zaman serba teratur dan santai. Jadi jangan sia-siakan peluang santai itu. Cermin tu abaikan. Biasalah remaja.krik krik krik. Bilik ni kemas masa awal semester. Hujung semester haruk




No comments:

Post a Comment