PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, September 9, 2015

Kucing abah


Ini abeng. Kucing kesayangan abah yang bermulut busuk. haha Tidur pun nak dekat TUAN. Menyampah -,-"


ni abah tengah tidur atas kerusi malas, dia pun nak tidur sama jugak.


Abeng ni warna dia pelik sikit. Entah kaler apetah ni .. kelabu-kelabu taik itik.


Tapi abeng ni comel la kadang-kadang. Dia tak suka orang pegang dia kecuali... kecuali kalau kau ada ikan goreng. Itu kesukaan dia. Masa tulah hanya dia akan datang dekat dan manja-manja. Hak tuih punya abeng.

Habit dia lagi satu dia tak suka makan kongsi-kongsi. Dulu mak selalu bagi dia makan asing tapi lama-lama malas layan perangai dia ni yang tah pape. Ngada!

Lepas mak satukan semua makanan dia adalah kucing yang makan last sekali. Dia lebih rela tengok jek dari jauh kucing lain makan dan takkan berebut. Alamatnya, makanan yang tinggal untuk dia hanya nasi dan lauk ikan itu sudah habis dimakan kucing lain.




Ini nuha bersama kucing abah yang lain. Aritu dia terbalik kampung. kemain seronok dia berlari ke sana kemari kejar kucing



Comel kan nuha sebelah kiri dengan si pusing sebab suka pusing dan sebelah kanan dengan datin sebab dia hanya makan wiskes jek. Dah la kampung, makan nasi taknak. High class kau tau. sebab tulah nama dia datin.huhu



Ni nuha dengan adik dia . Naurah. kakak tengah baca komik sinchan. comel jek kan