PRUDENTIAL INSURANS

Friday, August 28, 2015

Cibiuk Kajang




Nasi tempel ayam goreng

Makanan yang tidak disangka dan diduga. Atas pelawaan seorang kakak asal Indonesia (pelajar Phd) yang ingin makan di cibiuk jadi kitorang pun terjoin kaki sekali. Dia kata cibiuk ni makanan asal Sunda. Di Indonesia melalui makanan kau boleh tentukan tu masakan dari mana. Sunda ada, Jawa ada, Garuda ada dan bermacam-macam lagi yang aku sendiri tak dapat bayangkan. Wong Solo adalah masakan orang Jawa Indonesia. Ya gitu lah. Ya bisa-bisa aja. Yang beneran kepedasan masakan Sunda lebih pedas dari masakan Jawa. Dipendekkan cerita kepedasan Cibiuk 3x extra pedas berbanding Wong Solo. Tapi sedap dia ya ampun, teringat sampai sekarang. Kekadang kena masukkan juga makanan yang mencabar dalam perut. Ya dak. Takkan luaran jek nak cabaran, perut pun meronta nakkan cabaran. Jadi nah, marilah beramai-ramai mencabarkan diri di cibiuk! Super Duper Meletop!


Kedai makan Cibiuk ni terletak di Taman Putra Kajang. Berdekatan dengan tol Kajang. Lepas melalui tol Kajang amik U-turn dan selekoh kiri sebelum sampai ke tempat tol tadi. Eh buat-buat paham jela explanation ni walaupun korang terpaksa berfikir 10x apa yang aku terangkan. haha. Dulu taman putra ni tempat aku buat latihan industri (praktikal) masa sem 6 degree. Teringat balik memori lama.


Dekorasi kedai memang ala-ala kau duk dekat Indonesia, tak payah beli tiket flight. duk jek sini dah rasa cam kat sana.heee

Konsep makanan memang boleh dikatakan 90% berunsurkan kepedasan. Ada satu kawasan yang menyediakan berbagai jenis sambal dan kau boleh amik mengikut citarasa kau sendiri. Lebih kurang 8 jenis tak silap aku. Dekat tengah-tengah sambal ada sayuran rebus *bahasa indonesia* dan kalau orang Johor panggil sayur layur.




Dekorasi dalam kedai. Waktu makan tengahari memang ramai orang macam ni.


Yang kitorang duduk adalah tempat untuk duduk bersila dan sangat sesuai untuk makan mengunakan tangan.hehe


disetiap dinding ditampal gambar-gambar cibiuk yang berada di indonesia.




Okey dah boleh mula makan setelah mengambil semua jenis sambal. Muka gembira ketawa-ketawa, lepas 3x suapan semua terdiam sunyi sepi sebab tengah tahan pedas.haha








Ada peria, lobak dan kacang panjang. Peria tu mungkin berfungsi meneutralkan telinga kau yang dah berapi. Mungkin!





Sambal yang disediakan dibahagian kiri. Ada sambal tempe, sambal mangga, sambal kicap dan tah apa lagi satu tak ingat sangat



Ni sambal bahagian kanan. Apa nama tah aku tak ingat jugak. Maklumlah pertama kali nampak berbagai jenis nama sambal. Selalu sambal kicap, sambal tumis, dengan sambal belacan jek.


Dekat setiap lesung batu ada nama sambal dan aku pun baru perasan ada tahap kepedasan yang dinyatakan. Semalam lapa sangat habis digodak semua sambal dalam satu pinggan. haha



Taraa. Ni sayur yang diambil sebelum sampainya nasi.



Ni namanya nasi timbel dengan nasi lewat. ah berbelit lidah nak sebut. Tunjuk jela.Nasi lewat cam nasi lemak camtu la. nasi timbel nasi biasa di bungkus daun pisang.


Nasi bakar beserta ayam bakar. Nasi dibungkus dengan daun pisang dan dibakar. Ayam bakar sunda memang sedikit manis.




Kalau datang sini amik limau ais. Tak menyesal. spesial sikit dari limau ais malaysia sebab dia seakan air limau asam boi. sedap









No comments:

Post a Comment