PRUDENTIAL INSURANS

Monday, February 23, 2015

Aromaterapi mengurangkan tekanan dalam diri

Percaya atau tidak, salah satu cara untuk menghilangkan stress dalam diri adalah dengan menghidu bau aroma terapi. Mula-mula bila aku dengar benda macam ni pernah la jugak aku bermonolog dalam hati '' macam mengarut jek''. Sampailah satu tahap ada satu ketika aku masuk toilet hotel dengan hati yang sakit macam kena tusuk anak panah. Tiba-tiba aku bau wangi dalam toilet tu. Dari hati rasa macam nak perang meletup sikit-sikit terus slow down. Entahlah mungkin aku je kot yang over bau melampau-lampau terus hilang nak marah. Carik punya carik rupanya dalam toilet tu ada lilin terapi yang tengah menyala dan berbau wangi. Sejak tu aku percaya la jugak terapi wangian kurangkan stress. Tapi kita orang islam nak ubat hati yang tengah tekanan ker, kesedihan ke digalakkan membaca Al-Quran. Aroma terapi ni hanya faktor sampingan sahaja ya. Tapi daripada info yang aku dapat, aroma terapi berbeza-beza bergantung kepada keadaan badan. Contohnya:


1. Lavender
Lebih sesuai untuk wanita yang sedang menghadapi stress. Menghidu bau lavender hanya dalam masa 5 minit mampu mengurangkan kadar stress anda.




2. Vanilla
Bersesuaian dengan lelaki untuk mendapatkan keadaan yang tenang. Jadi para isteri pakailah bau-bauan vanilla ya. Selain itu, daripada kajian mendapati bau vanilla mampu mengurangkan kadar keinginan menikmati makanan manis. Sebab tu kita nampak orang yang selalu buat kek kurang makan kek tu berbanding orang yang tak buat. Pengalaman aku la, bila aku buat kek letak esen vanilla aku tak nak makan sangat kek tu tapi aku nak orang makan .





3. Ros
Bau ni memang sesuai untuk kegunaan bilik tidur bagi yang dah berkahwin sahaja. Nak aku terang lebih-lebih tak berapa tau, korang try la sendiri dulu.


4. Chamomile
Dapat mengurangkan rasa senak perut dan senggugut untuk para wanita kerana bau yang diperoleh dari wangian ini bermanfaat sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim.


5. Epal
Mengurangkan mabuk dan cirit birit dan membantu menguatkan sistem pencernaan. Sekaligus merelakskan panas dalam.

6. Lemon
Meningkatkan tahap kesegaran dalam diri dan melapangkan sedikit hati yang sedang berada didalam tekanan.


Selain itu, minyak aromaterapi dapat mengurangkan rasa rendah diri, kesedihan, kebimbangan dan masalah tidur. Menjadikan diri lebih bersemangat dan ada keyakinan diri. Sebab tu kita bau orang yang bangun pagi-pagi nak pergi kerja lebih wangi dan bersemangat ceria berbanding orang yang tak bangun lagi sampai terlajak subuh. Heee

Politik negara Malaysia

Banyak benda yang aku belajar dari politik Malaysia.
Nak aku tutup mata,
Nak aku Pekakkan telinga,
Tapi aku hanya rakyat biasa yang ada akal fikirannya.
Satu benda yang aku dapat kongsikan.
Aku bukan manusia,
Yang menuduh membuta tuli,
Tapi aku juga bukan,
Yang menerima tersengguk-sengguk kepalanya,
Aku berfikir sedalam dalam,
Bukan aku takut berbicara,
Tapi aku takut tafsiranku jauh ke dasar,
Satu hal yang pasti,
Aku bukan penyokong kuat mana-mana parti,
Aku juga bukan pengikut tegar mana-mana dasar,
Aku menerima yang mana ada betulnya,
dan aku menolak mana yang ada pesongnya.
Semoga Malaysia masih kekal aman,
Walau aku tak habis fikir mengenai kes DSAI,
samaada aku yang lambat berfikir
atau kalian yang cepat membuat kesimpulan.
Jelas ternyata,
Jika kalian tidak tahu mana benar,
mana salah,
Diamkan diri.
Bukan mendiam tanpa isi,
Tapi diam selagi kalian rasa wajar berbuat demikian.

Sekian,
Zakiah Hanum
Jumaat ( 13 Februari 2015)







Friday, February 13, 2015

Ayam Penyet di Wong Solo

Setakat ni, ayam penyet yang betul-betul memukau sanubari kawan-kawan aku adalam ayam penyet Wong Solo. Cakap jek sape nak makan sini, laju jek diorang nanti. Yang best kat sini dia punya sambal dekat ayam tu dengan terung berlada. Sebab aku bukan pengemar sayuran tak berapa rangup jadi aku selalu bagi kat orang aku punya bahagian. Harga? Apa orang kata, harga masih boleh dibayar la. Tak mahal mencekik-cekik tapi kalau makan hari-hari bolehlah, bolehlah, bolehlah pokaii..haha..




Hah. Nampak sedap kan. Memang sedap pun




Wong Solo yang selalu kitorang pergi adalah Bandar Baru Bangi. Yang jauh dengan BBB tu jangan sedih. Wong Solo ada 7 cawangan kesemuanya iaitu Melaka, Kajang, Bandar Sri Permaisuri K.L, Shah Alam, Ampang dengan Kampung Baru. Nak alamat untuk waze ada gambar kat bawah ni. Hah Waze lah korang.




Dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi hingga 10.30 malam. Jangan sedih, korang boleh menangis lepas makan ayam penyet ni.

Jangan risau jangan nangis, kalau kawan-kawan korang beria nak makan sini sebab nak rasa kepedasan dia tapi korang bukan penggemar masakan pedas, korang boleh order menu lain tanpa perlu berguling-guling dekat lantai ajak tukar kedai makan lain. haha.Corak kedai memang antik sulam-sulam macam ni. Pekerja pun pakai baju batik. Wong Solo BBB, ada enam tempat duduk bersila dan yang lain semua kerusi.  Menu kalau tak sabar nak tengok menu kat buku boleh terus tengok kat dinding makan dia. Besar gedabak terpampang, tak nampak jugak tak taulah



Antara menu lain yang ada. Al maklum kedai ni asal dari negara seberang jadi ada bahasa-bahasa yang mungkin korang tak pernah dengar. Contohnya, cumi goreng tepung yang bermaksud sotong goreng tepung.


Kalau nak paket set yang jimat dalam 1.00 kalau amik ala carte, korang boleh order yang dekat atas menu air berharga RM10.90 ni. Kalau tak nak yang pedas boleh order yang manis macam empal sapi dan ayam bakar.  Air  setakat ni yang sedap jus mangga, jus poligami, kelapa muda. Jus Alpokat (Avocado ) tu setiap kali kawan aku nak beli mesti xda. Kalau korang nak jugak jus yang ada campuran alpokat amik jus poligami eh.



Kalau datang berkeluarga tapi pening tak tau nak makan apa boleh order pakej ekonomi ni. Senang sikit.



Kotak bungkusan kalau nak order tuk bawak balik. Yela mana tau tak cukup. Nak order dua pinggan malu.



Bungkus bawak balik


Satu nak pesan, sebelum makan pastikan dekat meja ada tisu sebelum korang meracau-racau tak tentu hala mintak tisu dekat meja sebelah. haha.

Pergimu untuk selamanya

Jasamu dikenang,
Meski hidupmu tidak dijulang-julang,
Namun keperibadianmu cukup terang,
Seterang bintang bertaburan,
Tuan guru,
Kesabaranmu yang tinggi,
Dalam mendidik rakyat sejati,
Tetap dikenang hingga akhir nanti.
Tuan guru,
Hari yang mulia kau dijemput ilahi.
Kepergianmu cukup dirasai.
Hingga saat akhir kau terus dihormati.
Himpunan mereka yang menghantari,
Cukup membahagiakan hati dan sanubari,
Tuan guru,
Tenanglah dikau disana,
Semoga luhurmu,
Semoga peribadimu,
Semoga tunjuk ajarmu,
Dapat diikuti oleh pemimpin yang lain,
Dalam menjadi pemimpin sepertimu.
Al-fatihah.


Zakiah Hanum
9.04 pagi
13 Februari 2015














Thursday, February 12, 2015

Cara membeli data kewangan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia

1. Mengisi borang A1 berwarna kuning yang boleh diambil di kaunter 24 ( Kaunter Penerangan). Satu borang boleh diisi dengan 5 nama syarikat berserta no pendaftaran syarikat ( bagi memudahkan urusan pembelian di kaunter). Sekiranya anda tidak mengetahui no pendaftaran syarikat, boleh pergi ke pc 23-25 iaitu '' terminal carian nama syarikat''. Seeloknya, dapatkan dahulu nama dan no pendafataran syarikat sebelum datang ke SSM bagi mempercepatkan urusan.



Isi borang A1


2. Mengambil nombor giliran di mesin berdekatan kaunter 24
pergi ke idaman/produk --- cetakan dokumen


Nombor angka giliran

3.Tunggu apabila no dipanggil dan membuat bayaran password. Satu password syarikat berharga RM10.00. Jika terdapat 5 nama syarikat dalam satu borang, maka cas yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00.Anda akan memperoleh resit dari SSM yang mengandungi password.


4. Apabila telah memperolehi password, pergi ke pc 1-20 yang berada di tengah ruang penghubung jalan antara kaunter 24 dan kaunter 1.


5. Masukkan password yang telah diberikan. Untuk 5 senarai nama syarikat anda hanya akan memperolehi satu password sahaja dan didalamnya pc terbabit akan terdapat 5 nama syarikat terbabit yang anda beli sebentar tadi.

Masukkan password dalam pc

Cariklah maklumat yang korang nak disini

6. Terdapat syarikat yang menghantar annual report dan cetak mengikut yang anda mahukan. Samaada anda mahukan semua data syarikat terbabit atau yang tertentu sila tekan print all ( untuk semua data) ataupun custom print ( untuk data tertentu sahaja).Non CTC bermaksud print yang tiada pengesahan SSM dengan cas sebanyak RM1.00 sehelai manakala yang CTC akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 sehelai.Klik confirm and exit sekiranya anda sudah mencetak semua data yang dimahukan.

Pilih yang mana nak. Selalu orang akan amik annual report



Ikut syarikat tu sendiri berapa banyak annual report per tahun yang dia ada

Bila da klik semua yang kat tepi akan keluar benda ni. Pilih mana yang kita nak print

Okey View order List

Confirm and ok kemudian pergi amik no balik dan bayar



7. Ambil semula no giliran baru di mesin giliran dengan menekan butang IDAMAN/PRODUK --- Cetakan dokumen

8. Tunggu sehingga no giliran dipanggil dan tunjukkan resit yang diperolehi pada awal tadi. SSM akan mencetak resit baru mengikut kadar cetakan yang anda mahukan. Bayar kadar cetakan dan tunggu sehingga nama anda dipanggil untuk mengambil dokumen cetakan terbabit.



Tarraaa! Okey ini kerja jangan nak suka suka sangat! data menimbun siapa yang nak analisa ni  T____T




Saat Aku Jatuh Cinta

Di saat aku jatuh cinta,
Aku cuma mampu berharap,
Agar cinta itu teguh walau tanpa tiang,
Agar cinta itu setia walau tanpa angin.
Agar cinta itu utuh walau tanpa ombak.
Kerana aku sedar,
Ada banyak hati yang menoleh,
Walau tanpa darjat,
Walau tanpa harta,
Walau tanpa rupa,
Biarkan aku sendiri yang mengenal cinta.
Biarkan aku sendiri mentafsir bahagianya cinta





Wednesday, February 11, 2015

15 Tip Mengerat Hubungan Bersama Pasangan

Anda bahagia, orang sekeliling juga bahagia, anda derita, maka orang sekeliling juga terkena tempiasnya. Berikut sedikit tips yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan bagi mengeratkan hubungan sesama pasangan atau lebih jelas hubungan sesama suami isteri agar ikatan yang dibina kekal berpanjangan.

1. Komunikasi
Perhatikan ibu bapa kita, mereka sering berbual mesra seharian tak kira masa. Tentang perihal keadaan yang berlaku, tentang perihal anak-anak hinggalah perihal situasi hidup yang mereka lalui seharian. Perbualan mereka tidak pernah terlihat membosankan antara satu sama lain kerana mereka berusaha untuk mewujudkan komunikasi yang mengembirakan dalam kehidupan mereka. Jelas disitu, komkunikasi memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pernah kita lihat disatu meja makan, dimana ibu ayah dan anak-anak sibuk bermain dengan teknologi sehingga terlupa dengan orang sekeliling. Ingatlah bahawa saat anda ditimpa kesusahan, orang yang akan jelas menolong anda adalah orang disekeliling anda bukan orang yang wujud di laman sosial.


2. Elakkan pertengkaran yang berpanjangan
Merajuk itu perlu tetapi janganlah keterlaluan sehingga berpanjangan menyebabkan orang yang memujuk berasa bosan. Merajuk dalam keadaan berpada-pada sudah memadai untuk mengukur tahap kesayangan pasangan kita. Ada diantara sesetengah lelaki yang muak apabila pasangan sering merajuk lantas mengambil keputusan meninggalkan rumah. Dengarlah wahai wanita, jika sudah dipujuk, lembutkanlah hati anda dan memaafkan kesalahan si dia agar tidak berlaku pertengkaran berpanjangan yang menyebabkan komunikasi berkurang hari demi hari.


3.Rumah sentiasa kemas dan bersih
Sifat semulajadi manusia adalah menyukai keadaan yang kemas kerana membuatkan mereka berasa kemas dan terpelihara. Jangan menjadikan alasan tekanan sebagai satu momentum untuk membiarkan rumah berselerak dalam tempoh masa yang lama. Bila suami pulang ke rumah dalam keadaan stress ditempat kerja akan semakin tertekan jika melihat rumah yang diharapkan memberi keselesaan makin menambahkan beban di kotak pemikiran.


4. Tolong-menolong
Kerja rumah yang dilakukan bersama bukan sahaja mengurangkan tenaga dan mempercepatkan masa malah menambahkan lagi ikatan antara suami isteri. Kadar tekanan yang dilalui oleh seorang isteri jika sama-sama bekerja 


5. Kurangkan bebelan
Berbicara sesuatu yang penting dengan bebelan jelas tidak sama. Kategori mereka yang suka membebel kebanyakan dilabelkan kepada wanita kerana jelas ternyata wanita yang suka mengulangi ayat yang sama dalam pertuturan jelas lebih hebat daripada lelaki. Tetapi ingatlah, ada lelaki yang sudah lali dengan bebelan seorang isteri tapi tidak bermaksud yang si dia menerima bebelan kamu itu. Ada ketika dia mendiamkan diri untuk mengelakkan pergaduhan tetapi ada ketika yang mungkin terjadi suatu hari nanti si dia sudah tidak sangup menerima bebelan terbabit lantas keluar rumah tanpa pengetahuan kamu. Seeloknya, kurangkan bebelan, cukuplah sekadar teguran jika benar dia melakukan kesalahan.  


6. Jaga penampilan
Penampilan yang kemas dan menawan jelas menambat hati pasangan tanpa terselit rasa bosan. Jika anda seorang yang menjaga penampilan, pasangan tetap akan berasa tertawan. Bukan hanya kepejabat sahaja anda harus berpakaian kemas, malahan dirumah. Ingatlah bahawa penampilan juga satu daripada identiti yang mencerminkan diri anda.


7. Jangan membiarkan pembantu rumah membuat semua kerja rumah
Sesibuk manapun anda, setinggi jawatan apa pun anda, ingatlah jangan membiarkan pembantu rumah yang menyelesaikan semua kerja rumah anda. Biarkan bibik membuat kerja rumah yang lain selain daripada memasak dan mengemas kamar tidur. Menjaga anak juga jangan diserahkan 100% kepada bibik kerana anda bakal kehilangan kasih sayang seorang anak apabila dia dewasa kelak. Dalam hati anak terbabit mungkin'' jika ibu membiarkan aku dahulu, mengapa harus aku mengingati beliau sekarang.


8. Ingat tarikh-tarikh penting
meskipun anda seorang yang pelupa akan tarikh penting dalam hidup anda, cubalah mengingati tarikh-tarikh penting si dia. Mengingati tarikh penting pasangan salah satu cara menunjukkan anda masih mengambil berat mengenai dirinya.


9. Solat berjemaah
Ukhuwah dan kebersamaan didalam islam terjalin erat jika anda mengamalkan konsep solat berjemaah bersama dengan pasangan. Si dia mengimamkan anda didalam solat sangat mendatangkan manfaat yang besar disamping memperoleh pahala yang lebih berganda dari solat seorang diri.


10. Makan bersama
Jangan membiarkan pasangan makan seorang diri didapur. Meskipun anda sudah kekenyangan kerana makan dahulu, temanlah si dia makan bersama. Setiap orang yang berkahwin menginginkan pasangan menemani mereka makan bersama kerana jika tidak mereka akan lebih rela makan diluar bersama kawan-kawan.


11. Puji-pujian
Mereka yang kurang memuji dianggap seorang yang tidak mengambil berat tentang keadaan pasangan. Jadi tidak salah sekiranya anda meluangkan sedikit kata-kata sebagai penghibur kepada pasangan dalam kehidupan seharian. Pujian yang ikhlas datang dari hati yang ikhlas., Keikhlasan dalam pujian akan membuatkan pasangan berasa bahagia dalam hidup si dia. Jika bukan anda yang memuji, jadi siapa lagi? Sebelum ada orang lain yang memuji, ,maka pujilah dia. Bila cemburu yang melanda, sesal nanti jadinya.


12. Kejutan
Manusia menyukai kejutan. Meskipun dia berkata jangan, sebenarnya di dalam hati penuh rasa berbunga-bunga. Buatlah kejutan walaupun sekali seumur hidup.Jangan biarkan si dia sahaja yang memberikan kejutan, sesekali anda juga harus memberikan kejutan pada si dia agar kasih sayang itu bertambah dari hari ke hari.


13. Makan angin bersama
Luangkan masa anda bersama-sama di tempat lain bagi mengamit memori indah bersama. Makan angin tidak semestinya anda harus membeli tiket penerbangan yang mahal-mahal diluar negara, cukup sekadar berkelah di tepi pantai juga sudah memadai.


14. Elakkan cemburu yang keterlaluan
Nasihat ada berbunyi ''Cemburu itu harus tapi biar berpada-pada''. Jika benar anda cemburu dengan tindak tanduknya, tegur secara berhemah, jangan mendiamkan diri atau mengeluarkan kata-kata sinis yang meguris hatinya. Mungkin ada cemburu yang anda rasakan tidak disedari olehnya, jadi jangan marahklan si dia 100%. Berbincang dan kawal rasa cemburu anda itu. Cemburu itu tanda sayang.


15.Terima kelebihan dan kekurangan
Memuji kelebihan tidak bermakna anda harus mencaci kekurangan pasangan. Jika ada kelebihan yang si dia punya, maka adalah kekurangan. Jadikan kelebihan sebagai penutup kekurangan. Setiap manusia tiada yang sempurna. Jika benar anda tidak dapat menerima kekurangan si dia, jangan mencela, tetapi bantulah si dia agar dapat memperbaiki kelemahan itu bersama-sama.