PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, February 11, 2015

15 Tip Mengerat Hubungan Bersama Pasangan

Anda bahagia, orang sekeliling juga bahagia, anda derita, maka orang sekeliling juga terkena tempiasnya. Berikut sedikit tips yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan bagi mengeratkan hubungan sesama pasangan atau lebih jelas hubungan sesama suami isteri agar ikatan yang dibina kekal berpanjangan.

1. Komunikasi
Perhatikan ibu bapa kita, mereka sering berbual mesra seharian tak kira masa. Tentang perihal keadaan yang berlaku, tentang perihal anak-anak hinggalah perihal situasi hidup yang mereka lalui seharian. Perbualan mereka tidak pernah terlihat membosankan antara satu sama lain kerana mereka berusaha untuk mewujudkan komunikasi yang mengembirakan dalam kehidupan mereka. Jelas disitu, komkunikasi memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pernah kita lihat disatu meja makan, dimana ibu ayah dan anak-anak sibuk bermain dengan teknologi sehingga terlupa dengan orang sekeliling. Ingatlah bahawa saat anda ditimpa kesusahan, orang yang akan jelas menolong anda adalah orang disekeliling anda bukan orang yang wujud di laman sosial.


2. Elakkan pertengkaran yang berpanjangan
Merajuk itu perlu tetapi janganlah keterlaluan sehingga berpanjangan menyebabkan orang yang memujuk berasa bosan. Merajuk dalam keadaan berpada-pada sudah memadai untuk mengukur tahap kesayangan pasangan kita. Ada diantara sesetengah lelaki yang muak apabila pasangan sering merajuk lantas mengambil keputusan meninggalkan rumah. Dengarlah wahai wanita, jika sudah dipujuk, lembutkanlah hati anda dan memaafkan kesalahan si dia agar tidak berlaku pertengkaran berpanjangan yang menyebabkan komunikasi berkurang hari demi hari.


3.Rumah sentiasa kemas dan bersih
Sifat semulajadi manusia adalah menyukai keadaan yang kemas kerana membuatkan mereka berasa kemas dan terpelihara. Jangan menjadikan alasan tekanan sebagai satu momentum untuk membiarkan rumah berselerak dalam tempoh masa yang lama. Bila suami pulang ke rumah dalam keadaan stress ditempat kerja akan semakin tertekan jika melihat rumah yang diharapkan memberi keselesaan makin menambahkan beban di kotak pemikiran.


4. Tolong-menolong
Kerja rumah yang dilakukan bersama bukan sahaja mengurangkan tenaga dan mempercepatkan masa malah menambahkan lagi ikatan antara suami isteri. Kadar tekanan yang dilalui oleh seorang isteri jika sama-sama bekerja 


5. Kurangkan bebelan
Berbicara sesuatu yang penting dengan bebelan jelas tidak sama. Kategori mereka yang suka membebel kebanyakan dilabelkan kepada wanita kerana jelas ternyata wanita yang suka mengulangi ayat yang sama dalam pertuturan jelas lebih hebat daripada lelaki. Tetapi ingatlah, ada lelaki yang sudah lali dengan bebelan seorang isteri tapi tidak bermaksud yang si dia menerima bebelan kamu itu. Ada ketika dia mendiamkan diri untuk mengelakkan pergaduhan tetapi ada ketika yang mungkin terjadi suatu hari nanti si dia sudah tidak sangup menerima bebelan terbabit lantas keluar rumah tanpa pengetahuan kamu. Seeloknya, kurangkan bebelan, cukuplah sekadar teguran jika benar dia melakukan kesalahan.  


6. Jaga penampilan
Penampilan yang kemas dan menawan jelas menambat hati pasangan tanpa terselit rasa bosan. Jika anda seorang yang menjaga penampilan, pasangan tetap akan berasa tertawan. Bukan hanya kepejabat sahaja anda harus berpakaian kemas, malahan dirumah. Ingatlah bahawa penampilan juga satu daripada identiti yang mencerminkan diri anda.


7. Jangan membiarkan pembantu rumah membuat semua kerja rumah
Sesibuk manapun anda, setinggi jawatan apa pun anda, ingatlah jangan membiarkan pembantu rumah yang menyelesaikan semua kerja rumah anda. Biarkan bibik membuat kerja rumah yang lain selain daripada memasak dan mengemas kamar tidur. Menjaga anak juga jangan diserahkan 100% kepada bibik kerana anda bakal kehilangan kasih sayang seorang anak apabila dia dewasa kelak. Dalam hati anak terbabit mungkin'' jika ibu membiarkan aku dahulu, mengapa harus aku mengingati beliau sekarang.


8. Ingat tarikh-tarikh penting
meskipun anda seorang yang pelupa akan tarikh penting dalam hidup anda, cubalah mengingati tarikh-tarikh penting si dia. Mengingati tarikh penting pasangan salah satu cara menunjukkan anda masih mengambil berat mengenai dirinya.


9. Solat berjemaah
Ukhuwah dan kebersamaan didalam islam terjalin erat jika anda mengamalkan konsep solat berjemaah bersama dengan pasangan. Si dia mengimamkan anda didalam solat sangat mendatangkan manfaat yang besar disamping memperoleh pahala yang lebih berganda dari solat seorang diri.


10. Makan bersama
Jangan membiarkan pasangan makan seorang diri didapur. Meskipun anda sudah kekenyangan kerana makan dahulu, temanlah si dia makan bersama. Setiap orang yang berkahwin menginginkan pasangan menemani mereka makan bersama kerana jika tidak mereka akan lebih rela makan diluar bersama kawan-kawan.


11. Puji-pujian
Mereka yang kurang memuji dianggap seorang yang tidak mengambil berat tentang keadaan pasangan. Jadi tidak salah sekiranya anda meluangkan sedikit kata-kata sebagai penghibur kepada pasangan dalam kehidupan seharian. Pujian yang ikhlas datang dari hati yang ikhlas., Keikhlasan dalam pujian akan membuatkan pasangan berasa bahagia dalam hidup si dia. Jika bukan anda yang memuji, jadi siapa lagi? Sebelum ada orang lain yang memuji, ,maka pujilah dia. Bila cemburu yang melanda, sesal nanti jadinya.


12. Kejutan
Manusia menyukai kejutan. Meskipun dia berkata jangan, sebenarnya di dalam hati penuh rasa berbunga-bunga. Buatlah kejutan walaupun sekali seumur hidup.Jangan biarkan si dia sahaja yang memberikan kejutan, sesekali anda juga harus memberikan kejutan pada si dia agar kasih sayang itu bertambah dari hari ke hari.


13. Makan angin bersama
Luangkan masa anda bersama-sama di tempat lain bagi mengamit memori indah bersama. Makan angin tidak semestinya anda harus membeli tiket penerbangan yang mahal-mahal diluar negara, cukup sekadar berkelah di tepi pantai juga sudah memadai.


14. Elakkan cemburu yang keterlaluan
Nasihat ada berbunyi ''Cemburu itu harus tapi biar berpada-pada''. Jika benar anda cemburu dengan tindak tanduknya, tegur secara berhemah, jangan mendiamkan diri atau mengeluarkan kata-kata sinis yang meguris hatinya. Mungkin ada cemburu yang anda rasakan tidak disedari olehnya, jadi jangan marahklan si dia 100%. Berbincang dan kawal rasa cemburu anda itu. Cemburu itu tanda sayang.


15.Terima kelebihan dan kekurangan
Memuji kelebihan tidak bermakna anda harus mencaci kekurangan pasangan. Jika ada kelebihan yang si dia punya, maka adalah kekurangan. Jadikan kelebihan sebagai penutup kekurangan. Setiap manusia tiada yang sempurna. Jika benar anda tidak dapat menerima kekurangan si dia, jangan mencela, tetapi bantulah si dia agar dapat memperbaiki kelemahan itu bersama-sama.






No comments:

Post a Comment