PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, August 18, 2015

Ais krim pasu



Ais krim pasu ni dekat pasar borong pandan jb.
eh lupa plak kat mana.
antara ingat dengan tak ingat.
satu pasu harga rm5.00.
boleh pilih perisa dengan taburan yang kita nak.

dia kata " aiskrim ni biasa2 jek, apa yang aku suka pun xtaulah. "

aku takdalah beria sangat nak rasa,,
cuma nak la jugak merasa apa yang jadi trend 2014-2015 ni kan.
elok-elok nanti kalau anak tanya boleh la jugak jawab sebab pernah rasa.
ais krim pasu ni trend lepas durian crepe.
takda yang menarik pun cuma cara pembentangan menarik dalam pasu.











Cinta

Ada satu ketika kau menyampah dengan cinta,
ada banyak ketika kau cemburu dengan cinta,
dan ada waktu kau rasa kau sangat perlukan cinta

tapi kau tak rasa.
sampailah saat kau kehilangan.

adakala,
kau marah dengan si pemberi cinta,
tapi kau lupa salah siapa.
kau hembus sampaikan tempias orang lain terasa.

bagi aku,
cinta tu perlu,
biar macam mana rupa biar macam mana rasa,


betul kata orang
biarkan cinta tu abadi,
jangan kau cipta alasan untuk kau bertukar penganti,
kalau kau bosan,
baiki diri mana yang perlu
dan tambah apa yang kurang.
baru kau akan rasa cinta tu berharga.

















Lasik Mata

Okey bab yang ni kena tulis.Sebab kekadang manusia ni bila banyak duit dia terlupa senarai2 yang dia nak buat. Perkara pertama yang aku nak buat untuk diri sendiri adalah lasik mata. huwaaa. Sejujurnya aku manusia rabun yang tak suka pakai kaca mata. Aku rasa kaca mata tu sangat mengangu pernafasan *drama sangat*. Taklah, sebab aku tak suka ada benda bertenggek atas hidung aku. Rasa cam berat sangat. Nak baring depan tv pun susah bila ada kaca mata atas hidung. tak suka jugak la tapi takkan la sentiasa nak pakai contact lens. Melampau rasanya pakai lens dalam rumah. 

Dengar citer lasik ni ada yang mahal ada yang murah. keberkesanan tu tak pasti la lagi. kalau sepasang mata dah RM6000. Hah! Tunggu kaya baru buat. Sekarang banyak keperluan yang perlu diuruskan. Tapi bila nak kaya ni.. usaha usaha doa tawakal ya.

Aku start rabun masa semester 1 degree. Masa matrik dulu aku suka bercita-cita nak rabun sebab tengok macam best jek orang pakai cermin mata ni * setakat ni impian paling mengarut yang dah termakbul aku pernah impikan* . Biasalah manusia, tak dapat nak, bila dah dapat menyesal ! memang menyesal pun bila dah rabun. Seksa nak melekatkan cermin mata setiap masa dekat telinga ni hah. Kadang aku memang sengaja taknak pakai tapi bila kawan start bukak cerita dan tunjuk tunjuk apa yang diceritakan rasa kesian plak dengan diri sendiri. Siap suh kawan stop kejap bagi aku pakai cermin mata kemudian sambung cerita balik. Memang tak seronok nak bercerita bila kau kabur penglihatan ni. 






Sebab tak suka pakai cermin mata selalu jadi ni cermin mata ketiga yang telah musnah sebab jatuh dalam longkang. kuikui. tragedi

Friday, August 14, 2015

Manisnya cinta

Aku impikan. Pendamping yang penyayang. yang baik. yang hensem. yang dermawan. yang rupawan.









Selamat Hari Raya 2015 ( Syawal masih berbaki dua hari)


Di penghujung raya ni baru nak bagitau pasal raya kan. eh takpe.sempat lagi ni. Harini Jumaat ( 14 ogos 2015 = 29 syawal 1436H), esok dah 30 syawal... Terlalu banyak open house. Ada satu open house kita makan mee ikan ker mee sayur camtu. Dalam kuah dia ada sekor ikan. Sedap! Terima kasih tuan rumah. Percubaan merasa pertama yang memberangsangkan.



Pelita basikal ni dekat Jalan Daud Muar. Ramai orang main bunga api dan mercun dekat sini. Jemputlah datang muar tahun depan mana tahu ada pelita bentuk jet pulak.hehe



Adik tu ngah fokus. keliling pelita basikal ada pelita berbentuk bintang. view kena tengok dari atas baru nampak rupa bintang.



Selamat hari raya. Muka nak tidur dah beraya. Eh tak nampak dah mata kita.



Ni anak buah kita ketiga, nama dia Naurah Qaleesya. Comel kena buli dengan maklang dia.



eh ni syawal tahun lepas. 




Ni syawal tahun ni. Kurus sikit kan kan kannnnnn












Siapa yang memujuk dan siapa yang perlu dipujuk

Kau marah,
Dia marah,
Kemudian siapa yang harus mulakan perdamaian.
Ah abaikan " kata hati kau".
Bisik naluri halus " sudah-sudah la tu"
Kau sayang dia kan, kenapa harus ego.
Setiap orang dalam hidup punya masalah.
Tapi bukan semua orang dalam dunia punya teman yang memahami.
Terlambat kau mintak maaf mungkin membawa seribu penyesalan.
Lupakan, Marah itu boleh,
merajuk itu perlu.
Tapi berbatas.
Atasi perselisihan.
Damaikan perdamaian.





Thursday, August 13, 2015

Gigi Gatal

Pernah tak korang rasa perasaan gigi gatal macam mana.
Kedengaran memang agak pelik tapi masa matrik dulu aku pun ada satu geng yang selalu cakap gigi dy gatal.
Mula masa aku dengar memang macam agak sangat pelik.
Kadang aku abaikan jek apa dia cakap sampailah satu tahap aku yang rasa.
Sumpah memang gatal. Faktor dia setelah aku buat uji kaji bila bulu berus gigi kau kembang. Aku bukanlah pengotor sampai tak tukar berus gigi tapi kekadang aku rasa berus tu tak cukup power tuk berus gigi aku ni. So aku tenyeh2 kuat2 tak sampai tiga hari berus tu dah kembang, haha. memang menyusahkan. Dulu boleh lagi terima kalau pakai berus gigi medium. sekarang level hard kot. Soft memang out lama dah. Rasa gigi tak bersih gila bila pakai berus gigi level soft.

Yang tambah stress kalau terbeli berus gigi sepaket besar tapi tersalah amik. Ingat amik medium rupanya teramik soft.. ARGGHHH!.Maka akan terkumpulah dalam satu kotak berus gigi level soft yang tak terpakai. sobsob.


Kalau korang pernah rasa tolong angkat tangan supaya aku tak rasa macam aku layaknya seorang alien yang pelik dalam dunia ni. heehe.. btw member aku kat matrik tu dia selalu bawak gula getah so bila gigi dia gatal dia akan kunyah gula getah tu. Sekarang aku dah tiru aksi dia tu.Terima kasih kawan atas tunjuk ajar tanpa sedar itu. hewhew.