PRUDENTIAL INSURANS

Saturday, October 3, 2015

Resepi Makaroni Bakar



Makaroni bakar ni sedap di makan ketika panas. Makcik saya ajar sebab pergi rumah dia aritu ada menu ni. Sedap sangat terus buat. Nah ni resepi untuk tontonan ya. Selamat mencuba :

Bahan -bahan :

  • 1 pek makaroni (500gm)
  • 1 paket daging kisar Ramly
  • 7 biji telur
  • 4 biji kentang
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • sedikit udang kering
  • tiga sudu serbuk kari
  • sedikit serbuk perasa
  • garam/gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis




Dadukan kentang dan tumbuk bawang dan udang kering





Rebus makaroni sehingga benar-benar kembang dan toskan


Tumiskan bawang sehingga naik bau dan daging kisar, kemudian letak serbuk kari, perasa dan diikuti dengan kentang . Akhir sekali letak garam dan gula secukup rasa



Pecahkan telur dan letakkan sedikit garam. Gaulkan makaroni dan bahan tumisan kentang sehingga sebati. Letakkan pada loyang pembakar, kemudian letakkan telur yang telah dipecahkan.
Masukkan kedalam ketuhar selama 30 minit sehingga telur masak. Taburkan cheese untuk tambahan lemak jika anda suka. Kerana telur dah cukup banyak lemak jadi saya tak letak :)






Inilah hasil selepas masak. Makan panas-panas dan cecah dengan sos. Sedapnya.
Kalau untuk dibawa ke perkelahan boleh ditukar bekas dengan bekas kertas cup cake. Takpe kita buat  dia apa ada hal. hehe . Selamat mencuba







Friday, October 2, 2015

Punca dan tanda awal sakit Apendiks






Baru-baru ni dikhabarkan oleh seorang kenalan bahawa dia baru lepas menjalani pembedahan Apendiks. Umur masih diawal 20-an dan itu menyebabkan aku sedikit runsing dengan sakit ini lantas mencari maklumat untuk dikongsi bersama. Kenalan tersebut dimasukkan ke hospital panel insurans PRUDENTIAL dan dibedah dengan serta merta. Ditahan di wad selama 4 hari dengan kos perubatan sebanyak RM15,000 lebih. Aku hanya mampu terkebil-kebil. Sehari selepas pulang dia merasa tak selesa dan pergi ke hospital terbabit kembali untuk membuang gas yang terkumpul akibat pembedahan terbabit. Kos rawatan sehari itu pula hampir RM3,000 lebih. Dr mengunakan sejenis alat untuk membuang gas terbabit yang terkumpul tidak sampai beberapa minit. Dikhabarkan seorang rakanya juga mengalami nasib sakit yang sama tetapi dirawat mengunakan insurans tempat kerja. Dimasukkan ke wad tetapi hari ke 6 baru dibedah kerana doktor lebih mengutamakan sakit orang lain yang lebih serius. Kalau kita? Ermm alang sehari demam pun rasa nak terus baik inikan pula sakit apendiks dibahagian perut kena tahan 6 hari. Tak tertanggung rasanya untuk 6 hari semata-mata menunggu dirawat tapi apakan daya, itu sahaja pilihan yang ada.

Apakah anda mahu jadi seperti kenalan itu atau rakannya? Fikirkan dahulu ya. 3 Keping RM50 sebulan membantu anda mengelakkan jadi seperti rakannya. Jika dengan RM50 boleh dihabiskan sekelip mata kenapa harus berkira untuk membeli insurans yang terang-terang menjadikan simpanan disamping melindungi diri.

Apendiks adalah sejenis organ (usus)  terletak dihujung usus besar yang menyimpan bakteria baik untuk membantu pencernaan. Serangan terhadap usus tersebut terjadi oleh beberapa faktor keadaaan.

Punca Apendiks :
  • Amalan pemakanan yang tidak bersih 
  • Kurang minum air putih dan jarang bersenam
  • Sisa makanan/ najis yang tersumbat di dinding abdomen atau bahagian apendiks
  • Biji cili yang tersekat di usus (terlalu banyak makan pedas)


Simptom Apendiks :

  • Muntah
  • Badan berangin
  • Cirit-birit
  • Terlebih berpeluh 
  • Kurang selera makan
  • Suhu badan meningkat
  • Sakit di bahagian perut
  • Sembelit
  • Tidak mampu membuang angin
  • Selepas dua tiga hari akan berlaku sakit teruk dibahagian kanan perut yang sangat mencucuk

Cara Mengesan Apendiks :
  • Ujian darah
  • Ujian air kencing
  • Scanning
Komplikasi Apendiks :
  • Apendiks pecah : Bakteria akan menyerang sekitar kawasan pencernaan. Semasa pecah, si penghidap akan berasa sedikit selesa tapi hanya untuk seketika dimana sakit tersebut akan datang kembali terutama di bahagian perut (terasa mencucuk-cucuk)
  • Peritonitis : Berlaku keradangan pada dinding perut dan perlu dirawat dengan kadar segera.

Whatsapp untuk pertanyaan : 

012-7430533
Zakiah Hanum
Prudential BSN Takaful



8 Makanan Penyebab Kanser





1. Makanan dalam tin
Makanan dalam tin mempunyai kandungan kimia yang berbahaya dan mempunyai jumlah asid yang lebih tinggi.

2. Daging yang diproses
Daging diproses adalah sosej, daging burger, daging kisar dan sebagainya mempunyai garam dan kimia yang berlebihan.

3. Minuman Berkarbonat
Penimun soda setin sehari berpeluang dijangkiti strok lebih tinggi daripada orang yang tidak mengambilanya.Gula yang tinggi di dalam soda memberikan masalah kegemukan dan obesiti dalam badan,

4. Kerepek Kentang
Kerepek kentang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Sodium dan garam yang terdapat pada kerepek kentang memberikan kesan yang negatif pada badan,Acrylamide akan terhasil pada kerepek kentang jika di dimasak pada suhu yang tinggi.

5. Makanan yang diawetkan
Makanan terawet biasanya ditambah pewarna dan perasa tiruan yang dapat meningkatkan kadar pertumbuhan sel kanser.

6. Tepung putih
Pemprosesan gandum untuk dijadikan tepung menggunakan chlorine gas yang bertujuan memutihkan tepung tersebut.

7. Gula halus
Kadar insulin yang terhasil akan memudahkan sel-sel kanser merebak di dalam badan

8. Daging merah
Daging merah merupakan protein yang baik jika diambil dalam kuantiti yang sedikit namun jika diambil setiap hari dapat mempertumbuhkan sel kanser dalam badan. Pengambilan berlebihan membawa kepada kanser payu dara, prostat dan kolon. Daging ayam dan ikan kurang memudaratkan berbanding daging lembu dan kambing.

Seeloknya, makan dalam kadar yang perlu. Kurangkan pengambilan gula, garam dan perasa didalam makanan kerana ianya membantu mempercepatkan tumbesaran sel-sel kanser dalam badan. Makan secara seimbang dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Cari perlindungan yang bijak dengan mencarum insurans hayat. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sebarang pertanyaan boleh terus ke :

Whatsapp segera: 012-7430533 Zakiah Hanum _ Agen Prudential BSN Takaful

#Muar #JohorBahru #KotaTinggi #Selangor #KualaLumpur




Thursday, October 1, 2015

5 Perkara yang perempuan selalu buat dengan adik beradik perempuan yang lain



1. Pinjam baju dalam almari tu, macam sama jek saiz kita.


2. Eh tudung ni macam cantik jek warna dia, macam match jek dengan baju ni. Pinjam jap


3. Kaki kita sama saiz rupanya, pinjam lah nak sarung kejap


4. Ada krim muka tak, syampu ker, serum ker, mekap sikit, eh semua lah bagi satu beg mekap tu nak tengok mana sesuai nak pakai


5. Pinjam yang tiada kepulangan

Dua hari masa kehilangan, habis digeledah satu rumah
Sebulan kehilangan, pasrah dan menyerah mungkin tercicir kat mana-mana.
3 tahun kemudian bukak robok, eh apesal seluar ni ada kat sini. ingatkan dah hilang.
datang mahluk yang disyaki jawab, oh dulu bawak balik asrama. Dah habis belajar ni baru teringat nak bawak balik. ceh hampeh -, -






Sunday, September 20, 2015

PERKATAAN "YA" DARI WANITA JANGAN 100% LELAKI PERCAYA


Terdapat beberapa perkataan "ya" dari mulut wanita yang jangan 100% lelaki percaya. Tapi tinggalkanlah sedikit. Bukan semuanya tak leh caya cuma ada beberapa lah memang korang kena pikir 100x nak percaya ker tak nak. Antaranya:


1. Ya, saya tak merajuk

Korang baca situasi ni
bila lelaki tanya, " awak merajuk ker sayang?".
Dia jawab, " mana ada tak merajuk pun"
Lelaki tanya lagi," awak jangan merajuk eh"
Dia jawab , "ya, tak merajuk"

Tak merajuk tapi muka masam mencuka.Apa semua ni. Bila tanya soalan lain diam tanda protes.
Mac am mana tau ni? dah biasa buat kan korang :P


2. Ya, saya taknak pun benda tu

Lelaki kadang dia akan offer benda yang tak diduga bila terjumpa dekat Shopping mall. Si wanita pun akan pura-pura lah taknak sebab tengok tag harga "mahal nak mam". Lelaki ni satu hal, bila dia offer walau benda mahal pun dia tahu yang dia mampu beli. Jadi perempuan jangan lah kata ya saya taknak. sebab offer tu melambangkan yang dia mampu. Tapi sebenarnya malu nak kata nak. Jadi ermm ermm ermm geleng jela bila dapat offer. Kadang lelaki siap kira. betul ni taknak. saya kira sampai tiga. Satu,,,,dua,,,, tiga> okey dah jom jalan. Lelaki yang memahami walaupun perempuan tu geleng tetiba tarraaaa" dah ada dalam kereta"~ ah romantis (jangan perasan sila bermimpi -,-)


3. Ya, saya tak beli lagi dah baju, handbag, kasut, hijabista semua tu

Harini laki cakap, tak payah lah beli lagi baju. Saya tengok baju dalam almari tu semua awak punya tapi macam tak pernah pakai pun. Tudung tu dah bertingket-tingket tapi macam tudung sama jek awak pakai. Perempuan tu akan cakap, ya tak beli dah.

Tup tup seminggu kemudian, awak tadi er err saya terbeli baju tu sebab ada DISKAUN. Ini hantu, kan dah cakap jangan percaya. Hantu mana wujud kat dunia nyata.heeee


4. Ya, saya tak pakai dah semua produk-produk cepat cantik tu

Tak payahlah pakai produk cepat cantik tu , bahaya lah.

Ya tak pakai. sebulan kemudian....

Si lelaki " muka awak macam lain lah, macam cerah sikit, macam glowing gebu-gebu"

Hah mestilah saya pakai serum ni, krim ni, krim tu, kolagen ni minum, supplemen tu makan.

Lelaki, errrr? -,-"


5. Ya, awak memang hensem!

Yang ni saja letak, lelaki jangan nak percaya. Mostly perempuan takkan cakap depan-depan yang kau hensem kecuali kau tu boipren, tunang atau suami dia.

Kau diam kau diam, marah letew :P


Dah malas nak taip lagi. Kalau kau tak percaya? Tak apa, Okey kita tengok nanti






Friday, September 18, 2015

Penyebaran benda baik dan buruk. Mana lagi pantas ? Dunia oh dunia


Kiri masa awalan sorang pelanggan yang tak berpuas hati dengan PRUDENTIAL kemudian membuat pengakuan terbuka di media sosial. Ditulis pada 20 Mei yang lalu dan masih disebarkan oleh orang ramai sehingga KINI ( 18 September 2015). Anda tak percaya? Kalau anda jumpa anda lihat apakah bilangan share terbabit meningkat daripada sekarang?. Kanan pulak status post menerangkan semuanya telah selesai. Jika anda lihat kembali post kenyataan tidak puas hati beliau dengan selesainya kes hanya dalam jarak sebulan lebih tapi kenapa kenyataan baik selepas tidak disebarkan sama banyak macam kenyataan buruk tentang PRUDENTIAL sebelum? Kenapa ya? Hurmm anda pikirlah sendiri. Sekarang ni pun aku tengah tengok kenapa kat bawah selepas dia tulis 08 MEI 2015 SEDANGKAN SAAT ITU KENYATAAN penyebaran buruk mengenai PRUDENTIAL belum beliau sebarkan.


Korang kan suka jadi detektif. Jomlah kita sama-sama fikirkan ya.





Cara TANGANI persepsi buruk orang dalam PERNIAGAAN, jangan MENGELABAH!!








Aku lulusan dalam bidang perniagaan. Banyak yang aku belajar yang aku boleh praktikkan dalam penjualan insurans. Just satu jek prinsip aku pegang, bila benda tu tak berapa baik dan membawa pada keburukan seseorang, aku akan ambil inisiatif lain daripada menyebarkan. Meaning that, aku kaji betul-betul sebelum buat keputusan yang menyakitkan orang lain. Dalam satu subjek pengurusan tu aku belajar macam mana nak selesaikan masalah yang melanda syarikat-syarikat besar. Antara syarikat yang pernah ada dalam reputasi kajian aku adalah :


  1. Isu sosej ramli ada DNA Babi
  2. Isu Cadbury ada DNA Babi
  3. Isu Ajinomoto pun ada DNA Babi
  4. Isu syarikat ANCHOR ( susu) ada melamin yang membahayakan kesihatan manusia

Seperti yang kita tahu, semua ni perlukan ilmu untuk diselesaikan. Ambil contoh RAMLY, diorang tak mengelabah masa orang kesan sosej yang diorang keluarkan ada DNA Babi. Diorang kaji balik cara pemprosesan, pembungkusan dan pengagihan. Kaji satu-satu dari mana datangnya masalah DNA tu. Selidik punya selidik rupanya DNA tu wujud masa peruncitan. Sosej ni disimpan didalam peti yang terkandung DAGING tersebut. Jadi jangan gelabah, kat sini kita nampak yang pemprosesan diorang sendiri tak bercampur dengan DNA tersebut cuma cara simpanan oleh kedai runcitan yang memberi masalah. Kita siapa untuk melarang bangsa lain dalam menyimpan makanan untuk dijual. Dan sebagai pengguna jadilah bijak. Kalau kedai tu bukan beragama ISLAM janganlah beli daging yang tersimpan dalam peti ais diorang. Cari inisiatif lain. Bila bab daging atau sejuk beku cari kedai penjualnya beragama islam. Melainkan yang kita yakin si penjual tak pernah menyimpan daging-daging lain dalam peti sejuk mereka.


Isu ajinomoto pun sama. Aritu ada syarikat ajinomoto datang untuk bagi ceramah pasal pemprosesan produk diorang. Jelas kebersihannya dan tak ada keraguan. Ajinomoto adalah proses rasa UMAMI yang diambil dari ubi kayu. Tidak lama selepas tu ada kawan yang share dekat FB pasal haramnya AJINMOTO sebab terkandung DNA BABI. Aku tak tahu apa yang diorang baca tapi aku cuba terangkan yang ajinomoto tiada langsung kandungan tersebut. dan bila aku tengok, aritikel yang kawan aku sebarkan adalah artikel 10 tahun lalu. Korang nampak? Jadi ingatlah nak sebarkan selidik dulu., Masa bagi talk, orang atasan dia sendiri berucap yang dia beragama islam dan telah bekerja dengan syarikat AJINOMOTO lebih 14 tahun. dia ceritakan pada kitorang yang makcik-makcik kat kampung dia seakan mencemuh dengan pekrjaan yang dia lakukan. Umpama kerja dia haram sebab berkaitan dengan benda haram. Tapi dia ambil langkah tenang dan bagi penjelasan. Katanya kepada mereka " Makcik saya kerja dengan syarikat ni lebih kurang 14 tahun, takkanlah saya nak bagi anak isteri saya makan dari rezeki yang haram". Sebab dia tahu yang ajinomoto langsung tak terkandung benda haram jadi dia kerja dekat situ bertahun lamanya. Dan syarikat ajinomoto ni ambil inisiatif untuk bagi talk ke universiti supaya pelajar-pelajar dapat menyedarkan orang ramai tentang isi kandungan produk mereka.



Jadi lepas yang aku cerita ni korang rasa apa patut korang rasa? Hurm takpelah korang pikir lah ya mana baik mana buruk. Aku ada nak selesaikan satu kes ni.

Sebenarnya aku kagum dengan pakcik ajinomoto tu, walaupun diawal kerja compny dia ada isu besar, dia tetap jitu dengan kerja dia. Malahan tak putus asa memberi kesedaran pada orang ramai.