PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, August 20, 2015

William Corner Kelana Jaya

Tetiba teringat pasal tempat buka puasa aritu. William Corner dekat Kelana Jaya. Nak makan steak gedabak besar kongsi ramai-ramai boleh datang sini . Aritu makan dalam RM130 macam tu makan untuk 6 orang . Kedai dia tepi jalan macam kedai biasa jek tapi makanan dia fushhooww meletup.



Dalam menu ni ada sosej, ada lamb, mash potato , daging slice. nak sebut tu aduh aku ni dah la orang kampung yang order semua member yang dah biasa makan sini.



Nama menu dia aduhh susah aku nak sebut. Dia tulis dekat black board dalam kedai. Sebut jela . Kalau agak tak paham tanya jela pekerja dia nanti dia explain sesatu.




Ni desert nya tak tahu apa nama.

Tuesday, August 18, 2015

Ais krim pasu



Ais krim pasu ni dekat pasar borong pandan jb.
eh lupa plak kat mana.
antara ingat dengan tak ingat.
satu pasu harga rm5.00.
boleh pilih perisa dengan taburan yang kita nak.

dia kata " aiskrim ni biasa2 jek, apa yang aku suka pun xtaulah. "

aku takdalah beria sangat nak rasa,,
cuma nak la jugak merasa apa yang jadi trend 2014-2015 ni kan.
elok-elok nanti kalau anak tanya boleh la jugak jawab sebab pernah rasa.
ais krim pasu ni trend lepas durian crepe.
takda yang menarik pun cuma cara pembentangan menarik dalam pasu.











Cinta

Ada satu ketika kau menyampah dengan cinta,
ada banyak ketika kau cemburu dengan cinta,
dan ada waktu kau rasa kau sangat perlukan cinta

tapi kau tak rasa.
sampailah saat kau kehilangan.

adakala,
kau marah dengan si pemberi cinta,
tapi kau lupa salah siapa.
kau hembus sampaikan tempias orang lain terasa.

bagi aku,
cinta tu perlu,
biar macam mana rupa biar macam mana rasa,


betul kata orang
biarkan cinta tu abadi,
jangan kau cipta alasan untuk kau bertukar penganti,
kalau kau bosan,
baiki diri mana yang perlu
dan tambah apa yang kurang.
baru kau akan rasa cinta tu berharga.

















Lasik Mata

Okey bab yang ni kena tulis.Sebab kekadang manusia ni bila banyak duit dia terlupa senarai2 yang dia nak buat. Perkara pertama yang aku nak buat untuk diri sendiri adalah lasik mata. huwaaa. Sejujurnya aku manusia rabun yang tak suka pakai kaca mata. Aku rasa kaca mata tu sangat mengangu pernafasan *drama sangat*. Taklah, sebab aku tak suka ada benda bertenggek atas hidung aku. Rasa cam berat sangat. Nak baring depan tv pun susah bila ada kaca mata atas hidung. tak suka jugak la tapi takkan la sentiasa nak pakai contact lens. Melampau rasanya pakai lens dalam rumah. 

Dengar citer lasik ni ada yang mahal ada yang murah. keberkesanan tu tak pasti la lagi. kalau sepasang mata dah RM6000. Hah! Tunggu kaya baru buat. Sekarang banyak keperluan yang perlu diuruskan. Tapi bila nak kaya ni.. usaha usaha doa tawakal ya.

Aku start rabun masa semester 1 degree. Masa matrik dulu aku suka bercita-cita nak rabun sebab tengok macam best jek orang pakai cermin mata ni * setakat ni impian paling mengarut yang dah termakbul aku pernah impikan* . Biasalah manusia, tak dapat nak, bila dah dapat menyesal ! memang menyesal pun bila dah rabun. Seksa nak melekatkan cermin mata setiap masa dekat telinga ni hah. Kadang aku memang sengaja taknak pakai tapi bila kawan start bukak cerita dan tunjuk tunjuk apa yang diceritakan rasa kesian plak dengan diri sendiri. Siap suh kawan stop kejap bagi aku pakai cermin mata kemudian sambung cerita balik. Memang tak seronok nak bercerita bila kau kabur penglihatan ni. 






Sebab tak suka pakai cermin mata selalu jadi ni cermin mata ketiga yang telah musnah sebab jatuh dalam longkang. kuikui. tragedi

Friday, August 14, 2015

Manisnya cinta

Aku impikan. Pendamping yang penyayang. yang baik. yang hensem. yang dermawan. yang rupawan.









Selamat Hari Raya 2015 ( Syawal masih berbaki dua hari)


Di penghujung raya ni baru nak bagitau pasal raya kan. eh takpe.sempat lagi ni. Harini Jumaat ( 14 ogos 2015 = 29 syawal 1436H), esok dah 30 syawal... Terlalu banyak open house. Ada satu open house kita makan mee ikan ker mee sayur camtu. Dalam kuah dia ada sekor ikan. Sedap! Terima kasih tuan rumah. Percubaan merasa pertama yang memberangsangkan.



Pelita basikal ni dekat Jalan Daud Muar. Ramai orang main bunga api dan mercun dekat sini. Jemputlah datang muar tahun depan mana tahu ada pelita bentuk jet pulak.hehe



Adik tu ngah fokus. keliling pelita basikal ada pelita berbentuk bintang. view kena tengok dari atas baru nampak rupa bintang.



Selamat hari raya. Muka nak tidur dah beraya. Eh tak nampak dah mata kita.



Ni anak buah kita ketiga, nama dia Naurah Qaleesya. Comel kena buli dengan maklang dia.



eh ni syawal tahun lepas. 




Ni syawal tahun ni. Kurus sikit kan kan kannnnnn












Siapa yang memujuk dan siapa yang perlu dipujuk

Kau marah,
Dia marah,
Kemudian siapa yang harus mulakan perdamaian.
Ah abaikan " kata hati kau".
Bisik naluri halus " sudah-sudah la tu"
Kau sayang dia kan, kenapa harus ego.
Setiap orang dalam hidup punya masalah.
Tapi bukan semua orang dalam dunia punya teman yang memahami.
Terlambat kau mintak maaf mungkin membawa seribu penyesalan.
Lupakan, Marah itu boleh,
merajuk itu perlu.
Tapi berbatas.
Atasi perselisihan.
Damaikan perdamaian.