Wednesday, March 11, 2015
Tuesday, March 10, 2015
Bila mak abah kita pergi, kuburkan mereka. Jangan biar orang lain yang membuatnya.
Ayat yang menyentuh perasaan seorang anak yang mungkin ramai masih ambil sambil lewa. Dimana ia diperoleh dari seorang pemilik akaun Facebook. Bukan sahaja mandi dan solatkan, malah biar anda sendiri yang menguburkan mereka dalam liang lahad. Biarkan pahala itu pahala terakhir semasa anda dapat melihat mereka.
Berikut merupakan kata-kata yang patut dan perlu anda ambil peduli sebelum segalanya terlambat dan kecewa yang anda dapat.
DIET? apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan
Day 1
Tanpa ubat kurus atau produk perlangsingan dipasaran, anda mampu untuk kurus dan sihat seperti orang lain dengan syarat follow the rule and don't cheat. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar segala mineral yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui proses perkumuhan.
Good luck My Fiance!
Tips ni saya kongsi khas untuk awak dan mereka yang ingin kurus.
Bagi mereka yang sedang berdiet, berikut merupakan beberapa makanan yang patut dielakkan semasa proses diet anda berjalan.
Yang tidak boleh dimakan
- Nasi, mee, bihun, laksa, laksang, spagheti, kuew teow dan segala jenis mee didalam dunia
- Roti, roti berserat, roti canai, roti jala dan segala jenis roti di dunia ni
- gula pasir, gula melaka, madu dan segala jenis gula
- segala buah buahan terutama pisang
- minuman bergula, bersusu, berkafein
- makanan ringan seperti twisties, jacker dan segala jenis makanan ringan(gula2, aiskrim, pop corn)
- segala bentuk kekacang, tempe dan sebagainya
- makanan berproses seperti bebola ikan, bebola udang, bebola ayam dan segala jenis bebola berkanji
- makanan bertepung seperti kuih muih, jemput jemput dan semua makanan daripada tepung gandum
- sos dan kicap kerana tinggi karbohidrat
- sayuran tinggi karbohidrat seperti kentang, ubi kayu, keledek dan lobak
- produk tenusu seperti yogurt, dadih, susu tidak kira rendah lemak ataupun tidak
- sate yang diperap dengan gula melaka
- keropok lekor, oat, gula perang, beras perang
- Ayam (semua bahagian ) : panggang, steam, bakar, sup atau goreng tanpa tepung
- Telur ayam, telur itik, telur ikan, telur dadar, telur rebus atau telur goreng
- Ikan, udang, ketam : kurangkan sotong kerana tinggi karbohidrat
- daging (semua bahagian) : rusa, lembu, kambing
- sayur hijau (lagi hijau lagi bagus) : sawi, bayam, salad, timun *kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi dan tomato
- keju jenis cheddar, mozarela, parmeson : 2 keping sehari
- air kosong : 8 gelas sehari bersamaan 2 liter = satu setengah botol mineral besar
- burger, hotdog : daging sahaja roti jangan
- makan supplement atau vitamin tambahan untuk tambah tenaga (spirulina)
- rumpai laut
- rempah ratus asli tanpa perasa dan gula tiruan
- minyak masak. m,inyak zaitun
- chewing gum yang sugar free : 1-2 biji sehari memadai
- teh hijau, teh herba, teh orang kampung : tanpa gula
Sumber : Diet atkins Malaysia
Untuk masa yang lebih pantas, anda digalakkan untuk bersenam dua kali seminggu atau lebih elok setiap hari. Jika tiada kesempatan cukup dengan berjalan kaki atau menaiki tangga di tempat kerja.
Lets stay fit and healthy guys.
Opening Ceremony ASEAN-Japan Cooperation Project Universiti Putra Malaysia
![]() |
| Sushi |
Opening Ceremony ASEAN-Japan Cooperation Project Universiti Putra Malaysia yang berlangsung pada 4th March 2015. Banyak yang dipelajari. Tujuan diorang datang nak memperkenalkan makanan dan budaya masyarakat JEPUN.
Sebelum tu meh nak ajar sikit cakap Jepun :
Ohayoo Gozaimas.
Selamat pagi
Ogenki Des ka
Apa Khabar?
Onamae Wa?
Siapakah nama kamu?
Watashi Wa Zakiah Hanum San.
Nama saya Zakiah Hanum. Heeee
Nanti aku ajar lagi eh cara nak sebut bahasa Jepun.
Berdasarkan maklumat yang diterima, Jepun adalah negara yang kurangnya golongan obesiti dan juga tingginya masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat berbanding negara lain. Tak percaya? Lihat sahaja makanan yang mereka makan. Penggunaan minyak untuk menggoreng makanan adalah sangat sedikit. Mereka sangat menyukai SUSHI iaitu gumpalan nasi pulut yang dimakan bersama ikan mentah atau hasil laut mentah yang lain. Dulu aku kurang gemar sangat sushi ni, yela sebab tekak orang kampung kan. Sekarang boleh pergi jauh sikit la. Cuma sushi golongan terpilih jela yang dapat masuk tekak aku. Yang pelik pelik masih tak boleh telan lagi.
Sebenarnya bukan sushi jek, ada banyak lagi makanan yang diorang buat yang masih belum sampai ke Malaysia. Yang dah sampai macam tempura dan takoyaki. Yang tak berapa terkenal lagi macam Yakitori dan macam macam lagi. Maaf kurang penghafalan semalam. Heeeeee
Dari penglihatan aku, diorang bekerja keras dalam membuat kerja. Jalan pun laju, tangan buat kerja pun laju. Semua serba serbi laju. Kulit diorang? Toksah la duk dekat dengan depa, buat malu jek. Kalau golongan perempuan sahaja kulit flawless takda la malu sangat, tapi lelaki dari Jepun pun memiliki kulit yang cantik dan gebusss u know. Jeles T____T! Yang comel-comel kecik kecik ingat umur 18 tahun, rupanya 26 tahun.
![]() |
| Tempura udang |
![]() |
| Tak tahu tulis apa ni.haha |
![]() |
| Bekas teh hijau yang ada tulis Opening Ceremony |
![]() |
| MAFF berkerjasama dengan UPM dan badan-badan lain dari Jepun |
Monday, March 9, 2015
100 hari cabaran fit dari Tunang Tersayang
![]() |
| Give me back my boy. eh. eh . eh.... |
Ms Fiancee : Saya nak tulis dekat blog pasal awak boley
Mr Fiance : Kejap pikir dulu.
Ms Fiancee : Tapi nak cerita pasal 100 hari cabaran awak fit balik
Mr Fiance : Heeee (sengih tunjuk gigi)
Ms Fiancee : Ni kalau tak kurus dalam masa 100 hari habislah tutup la akaun blog saya.
Mr Fiance : Okey boley tapi start kira 10 Mac 2015. Okey?
Ms Fiancee : Okey sahut! 100 hari lagi tengok awak kurus ker tak eh . Kalau tak lingkuplah blog ni. T__T. Saya percaya dekat awak. sobsob * terharu* . Awak xkurus pun okey tapi kalau awak fit lagi lagi okey.
Model utama : Tunang saya
Penulis : Tunangmu yang cantik lagi comel (kahkah)
Masa diperuntukkan : 100 hari bermula 10 / 3 /2015
Masa Penghabisan : Belum habis kira kalender
Blog ini akan berkisar pasal dia mungkin sebulan sekali atau sebulan dua kali mengikut pada kerajinan. Kalau tulis hari hari mungkin menimbulkan tekanan kepada watak utama dan wartawan penyiaran tak berbayar seperti saya.
Btw : Thanks Elina atas idea 365 hari cabaran memasak.
Kitorang tukar jadi 100 hari cabaran fit.
Akan datang ? : Fit macam 2011!
Akan datang ? : Fit macam 2011!
![]() |
| 2011 : 64 kg |
![]() | ||
2015 : Rahsia. hahaha
|
Thursday, March 5, 2015
Cara menangani isu dan pergolakan dalam HUBUNGAN CINTA!
1. Bersabar
Jadikan diri peribadi yang cepat bersabar dan bukan cepat marah. Setiap tindakan yang berlaku diluar kesedaran akan menimbulkan beribu penyesalan dikemudian hari.
Didalam sebuah perkahwinan :
Jika si suami seorang yang kurang sabar, maka dia akan mudah melafazkan cerai.
Jika si isteri seorang yang kurang sabar, maka dia mudah meminta cerai.
2. Memperbaiki kesalahan diri
Jangan terlalu menyalahkan sebelah pihak. Dalam hubungan cinta, apa yang perlu anda fikirkan adalah kedua dua pihak. Di dalam pergaduhan tidak kira hubungan cinta, kerja atau persahabatan, jika anda adalah pihak ketiga. dengarkan penjelasan kedua belah pihak sebelum membuat kesimpulan. Selam sedalamnya apa yang anda telah lakukan, fikirkan kembali apakah betul tindakan anda sebelum ini.
Jika si dia pergi dari hidup anda dan mencari orang lain,
Mungkin ada sifat dan kesalahan yang anda lakukan membuatkan dia mencari pegganti,
Sebagai contoh :
Anda seorang yang selalu mengabaikan sesuatu yang istimewa dalam hidup dia sedangkan dia selalu mengingati hari yang istimewa dalam hidup anda. Sesekali berikan tanggungjawab anda dalam menjaga hatinya. Meski selalu dia berkata '' okey'' mungkin jika selalu kesalahan yang sama diulang membuat si dia tawar hati.
Tukar corak pemikiran anda. Jika anda tidak mampu untuk mengubah diri anda, maka keretakan akan semakin jelas kelihatan.
3. Fikirkan dahulu, minta pendapat orang lain.
Abaikan sikap terburu-buru. Tenangkan fikiran. Jika anda rasa anda tidak mampu untuk berfikir keseorangan, minta pendapat sahabat terdekat.
bagi pihak ketiga yang memberikan pendapat,
meski itu sahabat anda, jika dia yang salah, jangan terlalu membelanya. Katakan sejujurnya jika benar itu kesalahannya kerana itu lebih baik.
4. Meminta Maaf
Majoriti masyarakat Malaysia rasa malu untuk meminta maaf secara berdepan apabila mereka mengetahui bahawa mereka benar benar salah. Kemaafan ini tidak akan sama seperti anda meminta maaf pada hari raya. Hati meronta meminta maaf tetapi kata kata tak dapat dilafazkan. Jika sesukar itu, cara yang mudah adalah dengan menulis surat buat si dia. Luahkan isi hati anda didalam surat kerana apa yang ada didalam hati akan lebih terlihat ikhlas apabila anda menulisnya. Tak salah meminta maaf untuk keberlangsungan pada hubungan yang sudah sedia terjalin.
Pemimpin termiskin dan sering merendah diri dari Uruguay
Contoh dan teladan yang baik daripada seorang pemimpin Uruguay iaitu Jose Mujica (79). Lahir pada 12 Mei 1935, gaya hidupnya tidak ubah seperti rakyat biasa dan sangat berminat dalam bidang pertanian. Masa lapangnya dihabiskan sebagai petani. Beliau mula menjadi perdana menteri Uruguay bermula 1 Mac 2010 sehingga 2015. Sebelum menjawat jawatan perdana menteri, beliau merupakan Menteri Penternakan, Pertanian dan Perikanan dari tahun 2005 sehingga 2008.
Menjadi pemimpin dengan gaji USD 12 ribu bersamaaan RM40,000 lebih, pemimpin ini menghabiskan hampir 90% daripada gajinya untuk membantu rakyat nya yang memerlukan dan hidup dalam kemiskinan. Meski gajinya hanya tinggal 10 % untuk dirinya dan isteri, pemimpin itu berkata kepada media '' I do fine with the amount; I have to do fine because there are many Uruguayans who live with much less.''
Sejak menjawat jawatan ini, tempat tinggalnya di Montevideo. Rumahnya sangat sederhana dan hanya mempunyai satu bilik.
Hidup Mujica bersama isterinya iaitu Lucia Topolansky yang dikahwini sejak 2005 tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Disebabkan kehidupannya hanya berdua, jadi dia merasakan dia tidak memerlukan banyak wang untuk meneruskan kehidupan. Beliau hanya memiliki sebuah kereta Volkswagen Battle yang bernilai USD 1945.
Meski hidupnya boleh dikatakan miskin berbanding pemimpin dunia yang lain, namun Mujica menolak menerima gelaran terbabit. Kerana katanya :
'' Saya dikatakan pemimpin miskin, tapi saya tidak merasakan bahawa saya miskin. Orang miskin bukanlah seseorang yang memiliki sedikit harta, tetapi orang miskin itu adalah mereka yang hanya bekerja untuk memenuhi gaya hidup yang mahal, dan selalu menginginkan lebih dan lebih'' , Jose Mujica Pemimpin Uruguay ( 2010-2015)
Semenjak melepaskan jawatan sebagai pemimpin Uruguay, beliau memilih untuk menghabiskan hidup di ladang miliknya dan membaca buku.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















