PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, March 10, 2015

Opening Ceremony ASEAN-Japan Cooperation Project Universiti Putra Malaysia


Sushi



Opening Ceremony ASEAN-Japan Cooperation Project Universiti Putra Malaysia yang berlangsung pada 4th March 2015. Banyak yang dipelajari. Tujuan diorang datang nak memperkenalkan makanan dan budaya masyarakat JEPUN. 


Sebelum tu meh nak ajar sikit cakap Jepun  :

Ohayoo Gozaimas.
Selamat pagi

Ogenki Des ka
Apa Khabar?

Onamae Wa?
Siapakah nama kamu?

Watashi Wa Zakiah Hanum San.
Nama saya Zakiah Hanum. Heeee


Nanti aku ajar lagi eh cara nak sebut bahasa Jepun.



Berdasarkan maklumat yang diterima, Jepun adalah negara yang kurangnya golongan obesiti dan juga tingginya masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat berbanding negara lain. Tak percaya? Lihat sahaja makanan yang mereka makan. Penggunaan minyak untuk menggoreng makanan adalah sangat sedikit. Mereka sangat menyukai SUSHI iaitu gumpalan nasi pulut yang dimakan bersama ikan mentah atau hasil laut mentah yang lain. Dulu aku kurang gemar sangat sushi ni, yela sebab tekak orang kampung kan. Sekarang boleh pergi jauh sikit la. Cuma sushi golongan terpilih jela yang dapat masuk tekak aku. Yang pelik pelik masih tak boleh telan lagi. 


Sebenarnya bukan sushi jek, ada banyak lagi makanan yang diorang buat yang masih belum sampai ke Malaysia. Yang dah sampai macam tempura dan takoyaki. Yang tak berapa terkenal lagi macam Yakitori dan macam macam lagi. Maaf kurang penghafalan semalam. Heeeeee



Dari penglihatan aku, diorang bekerja keras dalam membuat kerja. Jalan pun laju, tangan buat kerja pun laju. Semua serba serbi laju.  Kulit diorang? Toksah la duk dekat dengan depa, buat malu jek. Kalau golongan perempuan sahaja kulit flawless takda la malu sangat, tapi lelaki dari Jepun pun memiliki kulit yang cantik dan gebusss u know. Jeles T____T! Yang comel-comel kecik kecik ingat umur 18 tahun, rupanya 26 tahun. 


Tempura udang


Tak tahu tulis apa ni.haha



Bekas teh hijau yang ada tulis Opening Ceremony


MAFF berkerjasama dengan UPM dan badan-badan lain dari Jepun



Monday, March 9, 2015

100 hari cabaran fit dari Tunang Tersayang

Give me back my boy. eh. eh . eh....

Setelah berbincang bincang kitorang ambil kata putus.


Ms Fiancee : Saya nak tulis dekat blog pasal awak boley

Mr Fiance : Kejap pikir dulu.

Ms Fiancee : Tapi nak cerita pasal 100 hari cabaran awak fit balik

Mr Fiance : Heeee (sengih tunjuk gigi)

Ms Fiancee : Ni kalau tak kurus dalam masa 100 hari habislah tutup la akaun blog saya.

Mr Fiance : Okey boley tapi start kira 10 Mac 2015. Okey?

Ms Fiancee : Okey sahut! 100 hari lagi tengok awak kurus ker tak eh . Kalau tak lingkuplah blog ni. T__T. Saya percaya dekat awak. sobsob * terharu* . Awak xkurus pun okey tapi kalau awak fit lagi lagi okey.



Model utama : Tunang saya
Penulis : Tunangmu yang cantik lagi comel (kahkah)
Masa diperuntukkan : 100 hari bermula 10 / 3 /2015
Masa Penghabisan : Belum habis kira kalender

Blog ini akan berkisar pasal dia mungkin sebulan sekali atau sebulan dua kali mengikut pada kerajinan. Kalau tulis hari hari mungkin menimbulkan tekanan kepada watak utama dan wartawan penyiaran tak berbayar seperti saya.


Btw : Thanks Elina atas idea 365 hari cabaran memasak.
Kitorang tukar jadi 100 hari cabaran fit.



Akan datang ? : Fit macam 2011!




2011 : 64 kg 



2015 : Rahsia. hahaha



07 Mac 2015




Thursday, March 5, 2015

Cara menangani isu dan pergolakan dalam HUBUNGAN CINTA!





1. Bersabar

Jadikan diri peribadi yang cepat bersabar dan bukan cepat marah. Setiap tindakan yang berlaku diluar kesedaran akan menimbulkan beribu penyesalan dikemudian hari.

Didalam sebuah perkahwinan :

Jika si suami seorang yang kurang sabar, maka dia akan mudah melafazkan cerai.

Jika si isteri seorang yang kurang sabar, maka dia mudah meminta cerai.


2. Memperbaiki kesalahan diri

Jangan terlalu menyalahkan sebelah pihak. Dalam hubungan cinta, apa yang perlu anda fikirkan adalah kedua dua pihak. Di dalam pergaduhan tidak kira hubungan cinta, kerja atau persahabatan, jika anda adalah pihak ketiga. dengarkan penjelasan kedua belah pihak sebelum membuat kesimpulan. Selam sedalamnya apa yang anda telah lakukan, fikirkan kembali apakah betul tindakan anda sebelum ini.

Jika si dia pergi dari hidup anda dan mencari orang lain,

Mungkin ada sifat dan kesalahan yang anda lakukan membuatkan dia mencari pegganti,

Sebagai contoh :

Anda seorang yang selalu mengabaikan sesuatu yang istimewa dalam hidup dia sedangkan dia selalu mengingati hari yang istimewa dalam hidup anda. Sesekali berikan tanggungjawab anda dalam menjaga hatinya. Meski selalu dia berkata '' okey'' mungkin jika selalu kesalahan yang sama diulang membuat si dia tawar hati.

Tukar corak pemikiran anda. Jika anda tidak mampu untuk mengubah diri anda, maka keretakan akan semakin jelas kelihatan.


3. Fikirkan dahulu, minta pendapat orang lain.

Abaikan sikap terburu-buru. Tenangkan fikiran. Jika anda rasa anda tidak mampu untuk berfikir keseorangan, minta pendapat sahabat terdekat.

bagi pihak ketiga yang memberikan pendapat,
meski itu sahabat anda, jika dia yang salah, jangan terlalu membelanya. Katakan sejujurnya jika benar itu kesalahannya kerana itu lebih baik.


4. Meminta Maaf

Majoriti masyarakat Malaysia rasa malu untuk meminta maaf secara berdepan apabila mereka mengetahui bahawa mereka benar benar salah. Kemaafan ini tidak akan sama seperti anda meminta maaf pada hari raya. Hati meronta meminta maaf tetapi kata kata tak dapat dilafazkan. Jika sesukar itu, cara yang mudah adalah dengan menulis surat buat si dia. Luahkan isi hati anda didalam surat kerana apa yang ada didalam hati akan lebih terlihat ikhlas apabila anda menulisnya. Tak salah meminta maaf untuk keberlangsungan pada hubungan yang sudah sedia terjalin.

Pemimpin termiskin dan sering merendah diri dari Uruguay





Contoh dan teladan yang baik daripada seorang pemimpin Uruguay iaitu Jose Mujica (79). Lahir pada 12 Mei 1935, gaya hidupnya tidak ubah seperti rakyat biasa dan sangat berminat dalam bidang pertanian. Masa lapangnya dihabiskan sebagai petani. Beliau mula menjadi perdana menteri Uruguay bermula 1 Mac 2010 sehingga 2015. Sebelum menjawat jawatan perdana menteri, beliau merupakan Menteri Penternakan, Pertanian dan Perikanan dari tahun 2005 sehingga 2008. 


Menjadi pemimpin dengan gaji USD 12 ribu bersamaaan RM40,000 lebih, pemimpin ini menghabiskan hampir 90% daripada gajinya untuk membantu rakyat nya yang memerlukan dan hidup dalam kemiskinan. Meski gajinya hanya tinggal 10 % untuk dirinya dan isteri, pemimpin itu berkata kepada media '' I do fine with the amount; I have to do fine because there are many Uruguayans who live with much less.''


Sejak menjawat jawatan ini, tempat tinggalnya di Montevideo. Rumahnya sangat sederhana dan hanya mempunyai satu bilik.


Hidup Mujica bersama isterinya iaitu Lucia Topolansky yang dikahwini sejak 2005 tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Disebabkan kehidupannya hanya berdua, jadi dia merasakan dia tidak memerlukan banyak wang untuk meneruskan kehidupan. Beliau hanya memiliki sebuah kereta Volkswagen Battle yang bernilai USD 1945.


 Meski hidupnya boleh dikatakan miskin berbanding pemimpin dunia yang lain, namun Mujica menolak menerima gelaran terbabit. Kerana katanya :


'' Saya dikatakan pemimpin miskin, tapi saya tidak merasakan bahawa saya miskin. Orang miskin bukanlah seseorang yang memiliki sedikit harta, tetapi orang miskin itu adalah mereka yang hanya bekerja untuk memenuhi gaya hidup yang mahal, dan selalu menginginkan lebih dan lebih'' , Jose Mujica Pemimpin Uruguay ( 2010-2015)




Semenjak melepaskan jawatan sebagai pemimpin Uruguay, beliau memilih untuk menghabiskan hidup di ladang miliknya dan membaca buku.






Tuesday, March 3, 2015

10 cara memiliki hati wanita


Cara mendekati hati wanita bukan mudah. Berikut beberapa tips yang boleh buat wanita jatuh hati dengan anda. Lantas, cepetin dong!


1. Berusaha bukan pakai angin

Kau suka dia. tapi kau buat don't know jek. Kau rasa dia suka kau balik tak?Semua benda ada usaha bang. Kau suka dia dengan harapan angin mendengar kemudian khabarkan kepada dia. Memang sampai bila bila pun tak jadi apalah.


2. Pandai mengambil hati

Orang perempuan ni dia suka tanya macam -macam. kau jangan ingat dia nak cakap sangat. tupon sebab dia tak nak hubungan korang jadi suram. Sebab tu dia kena banyak cakap. walaupun kau tak tau jawapan pada soalan dia, lebih baik kau jawab jela. sekadar ambil hati kata orang.

sebagai contoh :

awek : awak tengok kain ni, cantik tak?
pakwe : cantik, sesuai dengan awak.
awek : betul ker?
pakwe : betul.
awek : tapi kenapa?
pakwe : sebab corak bunga dia sepadan dengan awak.
awek : betuk ker ?
pakwe : ya betul.
awek : tapi saya rasa macam tak cantik
pakwe : tak betul cantik ( dalam hati, kalau kau tanya aku satu kali lagi, siap la aku tinggal kau kat sini..) haha


3. Sabar dalam memujuk

Pusing la satu dunia pun, perempuan ni hati lembut, cepat emosi dan selalu terasa hati. Pergilah kemana-mana perempuan pun walaupun pengkid, kompem hati dia sama jek. cepat terasa.Kalau kau ada kesabaran dalam memujuk kau memang seorang lelaki yang sesuai dijadikan suami. hahaha.,. Mana taknya, baru 5 minit yang lepas dia merajuk kau pujuk, selang beberapa minit kau borak-borak balik ada kata yang kau salah cakap, dia merajuk balik. Jadi hati mesti cekal, diri mesti kuat.
Sebab..

perempuan memang macam ni,
kalau kau taknak macam ni aku boleh nasihatkan kau pilih pondan,haha

4.Jujur

Jujur sejujurnya. Jujur ni lebih afdal kalau aku cakap status sebenar kau. Kalau kau duda kau cakap jek kau duda. Kalau kau playboy kau cakap jek kau playboy '' haha, tapi mana ada playboy mengaku playboy'' itu gilalah.

5. Jangan bandingkan si dia dengan wanita lain

Perempuan memang suka tanya kau soalan yang kadang tak masuk akal. Bila dia nampak kau tak berkelip pandang awek lain depan mata dia, dia akan buat persoalan. '' lawa ker perempuan tu sampai tak berkelip awak tengok?''. Meski perempuan tu lebih lawa dari perempuan depan mata kau, jangan kau cuba-cuba cakap haah lawa. Memang carik nahas di jerat percintaan la kau. Kawal kawal. Kadang dia saje nak dengar kau puji dia sorang sahaja. Depan member-member kau takpe. puji la pompuan lain, takda masalah. Cuma depan dia jangan kau buat perbandingan . Perempuan memang pantang.

6. Jaga tutur kata

Kurangkan emosi.
Bagi contoh bila kau bawak kereta dekat sebelah kau dia, tiba-tiba datang satu kereta potong line tak bagi signal. Muka kau dah merah padam tahan nak carut. Seeloknya kau tahan carut kau tu jangan sampai terkeluar. Hah. Sekali kau mencarut, seribu kali otak dia ligat berfikir nanti. Kenapa dia ni kurang sabar? kenapa camni, kenapa camtu?

7. Mempunyai kemahiran yang istimewa

Kalau kau ada satu kemahiran yang orang lain takda, kira kau ni memang anugerah yang istimewa buat sidia. hahaha..contohnya, kau pandai melukis komik. kau boleh lukis komik yang gembira untuk dia. Kalau kau ada kemahiran buat bangunan, hah kau bina lah satu mahligai untuk dia seistimewa yang mungkin.


8. Suka membuat kejutan

Pastikan kejutan bermanfaat bukan kejutan yang buat orang mati terperanjat. Selalu dia tak cakap pun dia nak kejutan, buatlah apa yang kau rasa dia terkejut. Contohnya kau orderkan delivery makanan masa dia tengah demam. Kompem terus sihat!


9. Pendengar yang setia

kalau dia ada masalah, kau dengar jela. pasang jek telinga.
jaga-jaga,
kalau kau tak dengar betul betul nanti dia tanya,
cuba awak ulang balik apa saya cakap tadi.
Masa tu memang carik nahas la kalau kau tak mampu ulang apa dia cakap.


10. Pakai kemeja lengan panjang lipat sampai siku

Yang ni aku saja je letak sebab aritu aku nampak ada orang tweet. Tapi jujur cakap, lelaki yang pakai kemeja lengan panjang pastu lipat sampai siku nampak lebih berktrampilan.haha.. Ini poyooo


Bercinta jarak jauh.Halangan dan Cabaran

Kesetiaan

Ini perkara penting yang perlu diambil kira dan diukur. Kesetiaan perlu dipupuk bersama pasangan agar tiada hal yang menyakitkan terjadi tanpa duga. Jika salah seorang yang tidak setia, maka sia-sia sahaja hubungan yang telah dibina. Hal ini bukan terjadi pada hubungan cinta jarak jauh malah hubungan cinta dekat.







Cemburu

Kecemburuan adalah perkara yang tetap dan bakal terjadi. Sama ada kau cemburu bila dia keluar dengan kawan-kawan sesama jantina ataupun lebih lebih lagi berlainan jantina. Tapi relax jangan emosi, stabilkan kecemburuan anda jika dia keluar bersama teman-teman bukan bersama teman. Maksudnya, keluar beramai-ramai bukan secara berdua dua.






Kos Perjalanan 

Jangan menyalahkan mana-mana pihak kerana anda yang memilih percintaan sebegini.
Kos perjalanan anda akan lebih daripada orang lain. Itu pasti!






Masa agak terhad



Masa anda untuk berjumpa juga agak terhad lantas pergaduhan sering terjadi. Kadang kala hampir separuh hari masa anda dihabiskan didalam perjalanan dan hanya berjumpa tidak sampai 3 jam.





Kami Buddies, Berpisah Tiada, Bergaduh Biasa

9 sahabat yang meniti tangga bachelor sama sama.
Dulu masing masing tak kenal pun satu sama lain.
Sampailah satu insiden dimana semua nak berubah fokus untuk berjaya.
Mulalah berstudy group sama-sama lepas habis semester enam.
Sejak tu aku mula kesahkan diorang.

''nama diorang sape''

''tinggal dekat mana''

''suka makan apa''

''suka buat apa''


nama geng ni '' taraaa! rahsialah''

nama ahli jawatankuasa :

anum
ana
ara
awe
ain
fida
genot
dila
nadiah