Dah 2 bulan aku ber blog,
'' aku tak tahu apa yang orang suka baca sebenarnya, secara realiti atau fantasi''
aku fikir punya fikir punya fikir (bukan aku fikir kosong). Sambil aku berfikir aku buat kajian apa yang rakyat malaysia suka baca. Cerita kehidupan ker cerita umum ker cerita skema. Daripada apa yang aku kaji melalui pemerhatian, aku dah tau! Rakyat Malaysia memang suka cerita kehidupan. Aku pon suka baca cerita hidup orang. Nanti aku cerita pasal kisah hidup aku eh tapi aku tak taulah menarik ker tak! Tunggu . heeee
Sekian, Zakiah ( 25 Feb 2015)
Wednesday, February 25, 2015
Tuesday, February 24, 2015
Mana Satu Pemuda Pilihan Anda?
Di sebuah tapak pembinaan terdapat tiga orang pemuda yang sedang sibuk menyiapkan kerja bertukang. Mereka bertungkus lumus menyiapkan binaan konkrit walaupun masih dalam peringkat awal tanpa diketahui bagaimana rupanya apabila siap kelak. Ketika mereka sedang bermandi peluh, tiba-tiba seorang lelaki tua datang menganggu mereka. Terlihat kelibat orang tua, mereka hanya membiarkan tanpa mempersoalkan siapakah lelaki tua itu.
Lalu datang lah lelaki tua itu kepada pemuda pertama yang sedang menyiapkan kerja itu dengan tekun. Lelaki tua bertanya kepada pemuda pertama '' apakah yang sedang kamu lakukan wahai anak muda?''. Dengan wajah yang bengis tanpa senyuman pemuda itu menjawab, '' apakah kau tidak nampak apa yang aku lakukan dibawah panas mentari ini, kan kau lihat aku sedang bertukang. Apakah mata engkau telah buta.
Mendengar kata-kata pemuda pertama, si lelaki tua pergi ke pemuda yang kedua dengan soalan yang sama'' apakah yang sedang engkau lakukan wahai anak muda?'' tanya lelaki tua. Pemuda kedua menoleh tanpa senyuman dan tanpa juga bengisan. Dengan wajah ragu-ragu pemuda kedua menjawab '' Aku sendiri tidak tahu apa yang sedang aku lakukan, aku hanya menurut arahan majikan sehingga tugas ku selesai''jawab pemuda kedua sebelum menyambung kerjanya semula.
Mendengar jawapan pemuda kedua, lelaki tua pergi kepada pemuda ketiga dengan mengajukan soalan yang sama '' apakah yang sedang engkau lakukan wahai anak muda?''tanya orang tua. Mendengar soalan itu, pemuda ketiga menoleh kepada lelaki tua dan berhenti daripada melakukan kerja tersebut. Sambil tersenyum dengan wajah yang ceria pemuda ketiga menjawab,'' kami sedang menyiapkan sebuah binaan, mungkin sekarang rupanya masih belum jelas. Aku sendiri tidak tahu bagaimana rupanya kelak namun aku yakin binaan ini akan menjadi sebuah binaan yang kukuh berdiri. Mungkin ia akan menjadi sebuah lambang kemegahan tempat ini dan aku juga boleh turut menumpang bangga kerana aku juga sebahagian daripada manusia yang berusaha menyiapkan binaan ini. Mereka yang memandang pasti berasa kagum dengan binaan ini dan aku harap binaan ini dapat memberikan faedah kepada mereka yang lain. Itulah yang sedang kami lakukan ketika ini wahai lelaki tua'', sopan pemuda ketiga menjawab.
Lelaki tua berasa terharu mendengar jawapan pemuda ketiga. Tanpa mereka ketahui lelaki tua itulah pemilik binaan yang sedang mereka siapkan itu. Ternyata jawapan yang diterima daripada ketiga-tiga pemuda itu berbeza-beza walaupun mereka melakukan tugas yang sama.
Cerita digambarkan bagi memberi perumpamaan bahawa ketika kita hidup, sebahagian dari kita tidak mengambil tahu apa yang dikerjakan walaupun telah melakukan tugas yang sama berulang kali. Mereka tidak ambil pusing akan tujuan hidup dan hanya merngikut alur laluan hidup yang diberikan. Maka daripada ketiga jawapan diatas, pemuda mana yang akan menjadi pilihan hidup anda? Maka fikir-fikirkan
Sumber : Mastika 2015
Rumah bukan diukur berapa besar luasnya tetapi diukur dengan berapa gembira isi rumahnya
Rumahku syurgaku. Masa kursus kahwin aritu ustaz ada ajar, jadikan rumah itu syurga bagi keluarga bukan tempat dimana terseksa jiwa dan raga. Bila suami pulang kerja, rasa tak sabar nak balik ke rumah. Itu ertinya rumah suami terasa macam syurga dalam diri dia. Bila anak-anak merantau, rasa tak sabar nak pulang ke rumah, itu tanda rumah dia mcam syurga bagi dia.
Monday, February 23, 2015
Aromaterapi mengurangkan tekanan dalam diri
Percaya atau tidak, salah satu cara untuk menghilangkan stress dalam diri adalah dengan menghidu bau aroma terapi. Mula-mula bila aku dengar benda macam ni pernah la jugak aku bermonolog dalam hati '' macam mengarut jek''. Sampailah satu tahap ada satu ketika aku masuk toilet hotel dengan hati yang sakit macam kena tusuk anak panah. Tiba-tiba aku bau wangi dalam toilet tu. Dari hati rasa macam nak perang meletup sikit-sikit terus slow down. Entahlah mungkin aku je kot yang over bau melampau-lampau terus hilang nak marah. Carik punya carik rupanya dalam toilet tu ada lilin terapi yang tengah menyala dan berbau wangi. Sejak tu aku percaya la jugak terapi wangian kurangkan stress. Tapi kita orang islam nak ubat hati yang tengah tekanan ker, kesedihan ke digalakkan membaca Al-Quran. Aroma terapi ni hanya faktor sampingan sahaja ya. Tapi daripada info yang aku dapat, aroma terapi berbeza-beza bergantung kepada keadaan badan. Contohnya:
1. Lavender
Lebih sesuai untuk wanita yang sedang menghadapi stress. Menghidu bau lavender hanya dalam masa 5 minit mampu mengurangkan kadar stress anda.
2. Vanilla
Bersesuaian dengan lelaki untuk mendapatkan keadaan yang tenang. Jadi para isteri pakailah bau-bauan vanilla ya. Selain itu, daripada kajian mendapati bau vanilla mampu mengurangkan kadar keinginan menikmati makanan manis. Sebab tu kita nampak orang yang selalu buat kek kurang makan kek tu berbanding orang yang tak buat. Pengalaman aku la, bila aku buat kek letak esen vanilla aku tak nak makan sangat kek tu tapi aku nak orang makan .
3. Ros
Bau ni memang sesuai untuk kegunaan bilik tidur bagi yang dah berkahwin sahaja. Nak aku terang lebih-lebih tak berapa tau, korang try la sendiri dulu.
4. Chamomile
Dapat mengurangkan rasa senak perut dan senggugut untuk para wanita kerana bau yang diperoleh dari wangian ini bermanfaat sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim.
5. Epal
Mengurangkan mabuk dan cirit birit dan membantu menguatkan sistem pencernaan. Sekaligus merelakskan panas dalam.
6. Lemon
Meningkatkan tahap kesegaran dalam diri dan melapangkan sedikit hati yang sedang berada didalam tekanan.
Selain itu, minyak aromaterapi dapat mengurangkan rasa rendah diri, kesedihan, kebimbangan dan masalah tidur. Menjadikan diri lebih bersemangat dan ada keyakinan diri. Sebab tu kita bau orang yang bangun pagi-pagi nak pergi kerja lebih wangi dan bersemangat ceria berbanding orang yang tak bangun lagi sampai terlajak subuh. Heee
Politik negara Malaysia
Banyak benda yang aku belajar dari politik Malaysia.
Nak aku tutup mata,
Nak aku Pekakkan telinga,
Tapi aku hanya rakyat biasa yang ada akal fikirannya.
Satu benda yang aku dapat kongsikan.
Aku bukan manusia,
Yang menuduh membuta tuli,
Tapi aku juga bukan,
Yang menerima tersengguk-sengguk kepalanya,
Aku berfikir sedalam dalam,
Bukan aku takut berbicara,
Tapi aku takut tafsiranku jauh ke dasar,
Satu hal yang pasti,
Aku bukan penyokong kuat mana-mana parti,
Aku juga bukan pengikut tegar mana-mana dasar,
Aku menerima yang mana ada betulnya,
dan aku menolak mana yang ada pesongnya.
Semoga Malaysia masih kekal aman,
Walau aku tak habis fikir mengenai kes DSAI,
samaada aku yang lambat berfikir
atau kalian yang cepat membuat kesimpulan.
Jelas ternyata,
Jika kalian tidak tahu mana benar,
mana salah,
Diamkan diri.
Bukan mendiam tanpa isi,
Tapi diam selagi kalian rasa wajar berbuat demikian.
Sekian,
Zakiah Hanum
Jumaat ( 13 Februari 2015)
Nak aku tutup mata,
Nak aku Pekakkan telinga,
Tapi aku hanya rakyat biasa yang ada akal fikirannya.
Satu benda yang aku dapat kongsikan.
Aku bukan manusia,
Yang menuduh membuta tuli,
Tapi aku juga bukan,
Yang menerima tersengguk-sengguk kepalanya,
Aku berfikir sedalam dalam,
Bukan aku takut berbicara,
Tapi aku takut tafsiranku jauh ke dasar,
Satu hal yang pasti,
Aku bukan penyokong kuat mana-mana parti,
Aku juga bukan pengikut tegar mana-mana dasar,
Aku menerima yang mana ada betulnya,
dan aku menolak mana yang ada pesongnya.
Semoga Malaysia masih kekal aman,
Walau aku tak habis fikir mengenai kes DSAI,
samaada aku yang lambat berfikir
atau kalian yang cepat membuat kesimpulan.
Jelas ternyata,
Jika kalian tidak tahu mana benar,
mana salah,
Diamkan diri.
Bukan mendiam tanpa isi,
Tapi diam selagi kalian rasa wajar berbuat demikian.
Sekian,
Zakiah Hanum
Jumaat ( 13 Februari 2015)
Friday, February 13, 2015
Ayam Penyet di Wong Solo
Setakat ni, ayam penyet yang betul-betul memukau sanubari kawan-kawan aku adalam ayam penyet Wong Solo. Cakap jek sape nak makan sini, laju jek diorang nanti. Yang best kat sini dia punya sambal dekat ayam tu dengan terung berlada. Sebab aku bukan pengemar sayuran tak berapa rangup jadi aku selalu bagi kat orang aku punya bahagian. Harga? Apa orang kata, harga masih boleh dibayar la. Tak mahal mencekik-cekik tapi kalau makan hari-hari bolehlah, bolehlah, bolehlah pokaii..haha..
![]() |
| Hah. Nampak sedap kan. Memang sedap pun |
Wong Solo yang selalu kitorang pergi adalah Bandar Baru Bangi. Yang jauh dengan BBB tu jangan sedih. Wong Solo ada 7 cawangan kesemuanya iaitu Melaka, Kajang, Bandar Sri Permaisuri K.L, Shah Alam, Ampang dengan Kampung Baru. Nak alamat untuk waze ada gambar kat bawah ni. Hah Waze lah korang.
![]() |
| Dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi hingga 10.30 malam. Jangan sedih, korang boleh menangis lepas makan ayam penyet ni. |
![]() |
| Kalau datang berkeluarga tapi pening tak tau nak makan apa boleh order pakej ekonomi ni. Senang sikit. |
![]() |
| Kotak bungkusan kalau nak order tuk bawak balik. Yela mana tau tak cukup. Nak order dua pinggan malu. |
![]() |
| Bungkus bawak balik
Satu nak pesan, sebelum makan pastikan dekat meja ada tisu sebelum korang meracau-racau tak tentu hala mintak tisu dekat meja sebelah. haha.
|
Pergimu untuk selamanya
Jasamu dikenang,
Meski hidupmu tidak dijulang-julang,
Namun keperibadianmu cukup terang,
Seterang bintang bertaburan,
Tuan guru,
Kesabaranmu yang tinggi,
Dalam mendidik rakyat sejati,
Tetap dikenang hingga akhir nanti.
Tuan guru,
Hari yang mulia kau dijemput ilahi.
Kepergianmu cukup dirasai.
Hingga saat akhir kau terus dihormati.
Himpunan mereka yang menghantari,
Cukup membahagiakan hati dan sanubari,
Tuan guru,
Tenanglah dikau disana,
Semoga luhurmu,
Semoga peribadimu,
Semoga tunjuk ajarmu,
Dapat diikuti oleh pemimpin yang lain,
Dalam menjadi pemimpin sepertimu.
Al-fatihah.
Zakiah Hanum
9.04 pagi
13 Februari 2015
Meski hidupmu tidak dijulang-julang,
Namun keperibadianmu cukup terang,
Seterang bintang bertaburan,
Tuan guru,
Kesabaranmu yang tinggi,
Dalam mendidik rakyat sejati,
Tetap dikenang hingga akhir nanti.
Tuan guru,
Hari yang mulia kau dijemput ilahi.
Kepergianmu cukup dirasai.
Hingga saat akhir kau terus dihormati.
Himpunan mereka yang menghantari,
Cukup membahagiakan hati dan sanubari,
Tuan guru,
Tenanglah dikau disana,
Semoga luhurmu,
Semoga peribadimu,
Semoga tunjuk ajarmu,
Dapat diikuti oleh pemimpin yang lain,
Dalam menjadi pemimpin sepertimu.
Al-fatihah.
Zakiah Hanum
9.04 pagi
13 Februari 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)












