PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, February 24, 2015

Mana Satu Pemuda Pilihan Anda?

Di sebuah tapak pembinaan terdapat tiga orang pemuda yang sedang sibuk menyiapkan kerja bertukang. Mereka bertungkus lumus menyiapkan binaan konkrit walaupun masih dalam peringkat awal tanpa diketahui bagaimana rupanya apabila siap kelak. Ketika mereka sedang bermandi peluh, tiba-tiba  seorang lelaki tua datang menganggu mereka. Terlihat kelibat orang tua, mereka hanya membiarkan tanpa mempersoalkan siapakah lelaki tua itu.

Lalu datang lah lelaki tua itu kepada pemuda pertama yang sedang menyiapkan kerja itu dengan tekun. Lelaki tua bertanya kepada pemuda pertama '' apakah yang sedang kamu lakukan wahai anak muda?''. Dengan wajah yang bengis tanpa senyuman pemuda itu menjawab, '' apakah kau tidak nampak apa yang aku lakukan dibawah panas mentari ini, kan kau lihat aku sedang bertukang. Apakah mata engkau telah buta. 

Mendengar kata-kata pemuda pertama, si lelaki tua pergi ke pemuda yang kedua dengan soalan yang sama'' apakah yang sedang engkau lakukan wahai anak muda?'' tanya lelaki tua. Pemuda kedua menoleh tanpa senyuman dan tanpa juga bengisan. Dengan wajah ragu-ragu pemuda kedua menjawab '' Aku sendiri tidak tahu apa yang sedang aku lakukan, aku hanya menurut arahan majikan sehingga tugas ku selesai''jawab pemuda kedua sebelum menyambung kerjanya semula.

Mendengar jawapan pemuda kedua, lelaki tua pergi kepada pemuda ketiga dengan mengajukan soalan yang sama '' apakah yang sedang engkau lakukan wahai anak muda?''tanya orang tua. Mendengar soalan itu, pemuda ketiga menoleh kepada lelaki tua dan berhenti daripada melakukan kerja tersebut. Sambil tersenyum dengan wajah yang ceria pemuda ketiga menjawab,'' kami sedang menyiapkan sebuah binaan, mungkin sekarang rupanya masih belum jelas. Aku sendiri tidak tahu bagaimana rupanya kelak namun aku yakin binaan ini akan menjadi sebuah binaan yang kukuh berdiri. Mungkin ia akan menjadi sebuah lambang kemegahan tempat ini dan aku juga boleh turut menumpang bangga kerana aku juga sebahagian daripada manusia yang berusaha menyiapkan binaan ini. Mereka yang memandang pasti berasa kagum dengan binaan ini dan aku harap binaan ini dapat memberikan faedah kepada mereka yang lain. Itulah yang sedang kami lakukan ketika ini wahai lelaki tua'', sopan pemuda ketiga menjawab.

Lelaki tua berasa terharu mendengar jawapan pemuda ketiga. Tanpa mereka ketahui lelaki tua itulah pemilik binaan yang sedang mereka siapkan itu. Ternyata jawapan yang diterima daripada ketiga-tiga pemuda itu berbeza-beza walaupun mereka melakukan tugas yang sama.

Cerita digambarkan bagi memberi perumpamaan bahawa ketika kita hidup, sebahagian dari kita tidak mengambil tahu apa yang dikerjakan walaupun telah melakukan tugas yang sama berulang kali.  Mereka tidak ambil pusing akan tujuan hidup dan hanya merngikut alur laluan hidup yang diberikan. Maka daripada ketiga jawapan diatas, pemuda mana yang akan menjadi pilihan hidup anda? Maka fikir-fikirkan





Sumber : Mastika 2015

No comments:

Post a Comment