PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, August 26, 2015

Sabun Mykantan













Body Fantasies spray




Thursday, August 20, 2015

Tips mengurangkan hitam bawah ketiak


Ketiak adalah salah satu bahagian tubuh yang diliputi kulit yang cukup nipis. Cara rawatan yang ala kadar bakal menyebabkan perubahan kehitaman ketiak yang cukup ketara. Penjagaan yang rapi dapat mengurangkan kehitaman dibawah ketiak.

Berikut merupakan faktor-faktor yang dikenal pasti dapat menyebabkan kehitaman dibawah ketiak.
Antaranya :


  • Pemakaian deodorant yang tidak sesuai akan menyebabkan kulit kering dibawah ketiak. Deodorant jenis spray dan stick lebih menyebabkan kulit dibawah ketiak cepat kering. Seeloknya gunakan deodorant roll-on kerana ianya lebih lembab dan menjaga kesihatan kulit. Anda tidak digalakkan untuk memakai deodorant sepanjang masa. Biarkan ketiak bernafas tanpa salutan deodorant ketika anda berada di rumah.
  • Pencukur bulu. Seeloknya kurangkan penggunaan pencukur dibahagian kulit yang nipis seperti bawah ketiak. Cabut menggunakan penyepit . Seiring dengan kecanggihan teknologi telah mewujudkan pencabut bulu elektronik yang dikenali sebagai "epilator hair removal".
  • Sesekali letakkan ketiak dengan perahan air lemon atau limau nipis yang membantu memutihkan ketiak selain menghapuskan bakteria penyebab bau badan.




Ni epilator haior removal. Tak pandai guna boleh terluka kulit ketiak.


Petua kerepek pisang lemak dan sedap

Cara membuat kerepek pisang tanduk yang lemak berkrim petua dari mak.

  • Buang kulit pisang
  • Sagat pisang tersebut diatas minyak yang telah panas (minyak yang telah dicampur sedikit garam dan sesudu marjerin biasa) * orang bagitau mak antara butter, planta dan marjerin biasa . planta paling sedap. bagi aku? em em em..macam sama jek. perasaan rasa yang tak berseni langsung.haha. sebab dekat rumah takada planta jadi aku pakai jek marjerin biasa yang sepaket besar dapat harga murah tu. *gunakan apa yang ada ya tak usah bazir-bazir* kalau korang nak kompemkan bolehlah buat research sendiri eh. planta atau segala jenis adik beradiknya (marjerin/ butter) menolong meleraikan kerepek tersebut. kalau dah sagat kerepek melebihi daripada paras minyak melekat jugak. agak-agak la sagat hirisan supaya kerepek tak lemas dalam himpitan ya. huhu. gerakan sudip supaya setiap hirisan mengenai minyak sehingga ia garing
selepas garing angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara supaya kerepek tidak lemau. pastikan semua kerepek telah garing sepenuhnya ya.


p/s : letak planta/ marjerin/ butter setiap kali nak mulakan sagat. maksudnya setiap kali masuk gorengan yang baru.huhu

ok dah sekian





Sorry gambar bagai dalam ilusi. Ambil gambar sambil mengoreng memang macam ni. kelam kabut sampai tangan pun kena minyak ah drama sangat!




William Corner Kelana Jaya

Tetiba teringat pasal tempat buka puasa aritu. William Corner dekat Kelana Jaya. Nak makan steak gedabak besar kongsi ramai-ramai boleh datang sini . Aritu makan dalam RM130 macam tu makan untuk 6 orang . Kedai dia tepi jalan macam kedai biasa jek tapi makanan dia fushhooww meletup.



Dalam menu ni ada sosej, ada lamb, mash potato , daging slice. nak sebut tu aduh aku ni dah la orang kampung yang order semua member yang dah biasa makan sini.



Nama menu dia aduhh susah aku nak sebut. Dia tulis dekat black board dalam kedai. Sebut jela . Kalau agak tak paham tanya jela pekerja dia nanti dia explain sesatu.




Ni desert nya tak tahu apa nama.

Tuesday, August 18, 2015

Ais krim pasu



Ais krim pasu ni dekat pasar borong pandan jb.
eh lupa plak kat mana.
antara ingat dengan tak ingat.
satu pasu harga rm5.00.
boleh pilih perisa dengan taburan yang kita nak.

dia kata " aiskrim ni biasa2 jek, apa yang aku suka pun xtaulah. "

aku takdalah beria sangat nak rasa,,
cuma nak la jugak merasa apa yang jadi trend 2014-2015 ni kan.
elok-elok nanti kalau anak tanya boleh la jugak jawab sebab pernah rasa.
ais krim pasu ni trend lepas durian crepe.
takda yang menarik pun cuma cara pembentangan menarik dalam pasu.











Cinta

Ada satu ketika kau menyampah dengan cinta,
ada banyak ketika kau cemburu dengan cinta,
dan ada waktu kau rasa kau sangat perlukan cinta

tapi kau tak rasa.
sampailah saat kau kehilangan.

adakala,
kau marah dengan si pemberi cinta,
tapi kau lupa salah siapa.
kau hembus sampaikan tempias orang lain terasa.

bagi aku,
cinta tu perlu,
biar macam mana rupa biar macam mana rasa,


betul kata orang
biarkan cinta tu abadi,
jangan kau cipta alasan untuk kau bertukar penganti,
kalau kau bosan,
baiki diri mana yang perlu
dan tambah apa yang kurang.
baru kau akan rasa cinta tu berharga.