PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, May 13, 2015

Pulau Langkawi Part 4 : Skytrex Langkawi Adventure Park

Dari Kuah --- Pantai Kok : 40minit drift!

Mainan ni kitorang beli online dekat laman web. Beli online lagi murah daripada walk-in tau. Harga berbeza mengikut tahap yang kitorang main. Intermediate = RM55. Kalau walk in dalam RM60. 

Skytrex Langkawi link : Tiket Sktrex Online

Cadang nak main pagi sebab sejuk tapi tidur penat sebab parasailing semalam jadi terlewat bergerak. Booking online pukul 9.00 pagi. Tak silap ada yang untuk 2.00 petang juga. Pukul 8.20 pagi baru gerak. Kitorang booking pukul 9.00 pagi. Terlewat 5 minit bila sampai.

Skytrex ni seronok main bila takda orang sebenarnya. Bolehlah bergambar sepuasnya.hehe


Penerangan ada 3 level skytrex. Beginners, Intermediate dan Advanced. Mana yang pakar tahap saiya boleh amik Advanced. Yang tak berapa power amik intermediate macam kitorang. Kanak-kanak amik beginnners.




Okey ini poyo. Mula-mula nak main pakai selendang macam Diana Amir. Sekali tengok segala macam jenis rupa skytrex yang ada terus lupakan hasrat selendang. 



Taraa ! Dah bertukar jadi charlies angel sekejap. Muka ada senyum sebab belum rasa penat naik panjat lompat segala trex yang ada.

Berikut perkara yang perlu dilakukan apabila sampai :

1. Pakai alatan memanjat yang disediakan ( ada sepasang cangkuk bermagnet dan satu cangkuk flying fox) : Instructor akan pastikan alatan yang kau pakai ketat supaya takda mangsa yang tergolek dok dalam semak nanti. Kalau tergolek tak pasal nak call Res-Q plak selamatkan.
2. Isi borang yang diberikan . Dia akan tanya apa yang kau nak sewa ( sarung  botol air, sarung hp : RM1 + AIR : RM2, sarung tangan : RM3.00 : beli dan bawak balik).
3. Instructor bawak tempat start dan bagi penerangan akan segala cara mengunakan alatan dan langkah keselamatan. Cangkuk bermagnet tu ajaib sikit. Nanti dengar la tak tahu macam mana tak tau nak cerita.Kena pasang sebelah baru boleh lepas lagi sebelah. Keselematan terjamin disitu.

Skytrex ni ada 24 cabaran. Lenguh kaki mak nak!

Peta masuk


Gambar ucapan selamat datang buat semua. Masa jangkaan adalah selama 2 jam. Tapi kitorang slow sangat sampai ke 3 jam duduk dalam hutan ni.











Tak sempat nak list satu-satu tapi ni antara jenis skytrex yang wujud dalam hutan ni. Nama nya adalah orang putih yang penulis telah di melayu kan. Penat punya pasal tak sempat nak baca nama skytrex nya.


1. Panjat tangga


2. Turun Jaring



3. Titian ZigZag


 3. Panjat Jaring


3. Titian Tali






4. Gelung




5. Naik tangga di ketinggian pokok balak








  6. Titian di atas hutan tebal. 




Kalau jatuh dekat sini memang tak tahu lah rupa apa. Tinggi ya amat

7. Turun tangga ketinggian pokok durian




8. Dragon Bone




 9. Flying Fox







10. Jaring petak












Sebelum balik bagi gambar selamat pulang sebab muka dah tak rupa orang. Penat sangat!

Cerita seterusnya :





Part 5 : Island Hoping













Tuesday, May 12, 2015

Pulau Langkawi Part 3 : Western Food Murah di Langkawi

Lepas main parasailing semua menjadi dinasour yang kelaparan. Tepi-tepi pantai cenang ada lori jual makanan. Jadi kami pakat berhenti tepi makan biasa untuk alas perut sampai ke malam nak makan western.



Nilah yang kitorang makan di tepi pantai cenang sementara nak tunggu malam. Sebenarnya ada lagi dua makanan iaitu nasi lemak dan laksa tapi tak sempat amik gambar dah ngap. Harga standard RM4.00-RM4.5O macam tu.




Ini nama kedai tu. Terletak dekat dalam sikit dari jalan besar. Mata kena cekap sebab takut terlepas. Nanti nak kena pusing balik sebab kebanyakkan jalan di Kuah adalah one way.





Menu yang tersedia untuk hari jumaat hanya ini sahaja. Kalau hari lain semua menu yang tertera ada.



Harga makanan ni jauh lebih murah daripada tempat lain. Lamb chop baru RM12.00. Harga minuman macam kedai biasa.



Kalau hari lain korang boleh makan pasta ya. Hari Jumaat makanan tertentu sahaja yang ada.



Nasi goreng semua ada ya 








Cerita seterusnya :





Part 5 : Island Hoping








Monday, May 11, 2015

Pulau Langkawi Part 2 : Parasailing Pantai Cenang Langkawi

Check in hotel pukul 2.30 petang. Kebulur ya amat. Lepas makan biasa-biasa kitorang terus berlesup pergi pantai cenang nak main parasailing. Memang inilah impian, inilah cita cita dan inilah wawasan 2020 sebelum berumah tangga!.ahaha.

Harga boleh tengok dekat bawah ni. Tips nak dapat murah senang jek. Pergi masa orang tak ramai dan pura-pura jenjalan tepi pantai bajet cam taknak main sangat pun. Nanti beach boy datang la menawarkan pakej yang disediakan. Jual mahal sikit konon macam nak termain la sebab dia dah datang dekat. Padahal! memang inilah impian. Nego lelama maka kami dapatlah sekali naik RM 50.00 pada tahun 2015 ini. Lagi ramai orang lagi seronok dia kenakan mahal. heeee. Waktu kami naik angin petang memang bayu laut sangat. show memang show sangat!

Dia akan tanya nak naik dengan instructor ker naik sorang. Kalau korang ada ilmu parasailing tingkat tujuh belas dialukan untuk naik sendiri. Lagi jimat tenaga abang tu tak paayh susah-susah handle korang yang berat kat atas tu macam aku.Elak naik sendiri sampai Thailand terus jek tak balik-balik. Mereput atas pulau.





Okey orang pertama naik mestilah aku. adik yang dibuli T__T. Mentang-mentang dulu suksis habis semua pass ke aku. sobsob. Ingat aku tak takut ketinggian ker. cuak betul! Tapi takpe, semangat suksis tu ada naik jela dulu. Menjerit macam orang tak berapa waras awal-awal jek. Bila dah kat atas, subhanallah cantik sungguh ciptaan tuhan. Nanti aku letak rakaman eh kalau rakaman tu okey.

Anum












Okey dah bila nak landing abang tu akan suh kau bersedia berlari. Tak sampai 5 minit akan bertukar payung pada orang seterusnya iaitu Fida. Sesiapa yang nak bawak monopod kalau gilir-gilir tu bolehlah terus cepat setting rakaman sebelum payung tu bawak kau terbang jauh. Hp yang sanggup menghadapi ancaman bahaya ofcourse la hp aku. Tak mahal dan tak murah sangat tapi okey lah untuk rakaman atas laut. Paling-paling jatuh tak menangis nak beli baru tapi menangis jugak la kalau jatuh. haha

Nak beli SJCAM masih tak mampu inikan pula nak beli kamera GOPRO. Maka amik keputusan korbankan hp sendiri demi rakaman atas laut. Takda plastik cover takda apa bawak macam tu jek . Aku pasrah akan segalanya. Memandangkan kamera mahal boleh masuk air takda maka adalah lebih baik korang bawak monopod mahal yang boleh cengkam kuat hp supaya tak jatuh. Monopod mahal yang boleh dipercayai berharga RM50.00 keatas. Kalau yang RM15.00 tu korang jangan menangis kalau hp tu jatuh dekat dalam laut kena makan ikan jos ya.




Aku berperanan setting kan rakaman sebab aku pemilik hp yang sanggup berkorban. haha. Tapi maaf, rakaman aku dengan fida jek berjaya. Ara dengan Ana Failed sebab lambat sangat setting. Walhal abang yang naik jetski tu cepat sangat jalan. haha




Fida

Fida nak terbangggggg dahhhhhhhh!




















Ana



Okey rakaman ana tak berjaya sebab aku tak tekan atau dia terkeluar. Ana pun tak duk usha kamera kat atas tu setting balik jadi takdelah gambar atas pulau. Takpe ana lepas ni beli GOPRO ya. Boleh kita main paragliding pulak nanti











Naik ni amik masa 15 minit macam tu. Ikut kepakaran orang yang bawak tu lah nak bawak kau berapa lama.

Ara























Dah habis penceritaan ini. Gambar banyak! Cerita sikit lah.