PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, March 12, 2015

Diet Tunangku Hari Ketiga



Tarrraaaaaaaaaaaaaaa...


Semalam setiap kali makan dia hantar gambar.

Bila dia tanya semalam cerita tak dekat blog aku pun macam diam jek. Alamak! Okey so arini kena cerita...

U know what, sebagai orang yang memberi semangat dan sokongan padu aku dah carikan dia menu yang sihat untuk seminggu. Dia kata sebab dia sayang aku  jadi dia buat buat.haha.drama king kong sangat. Mula-mula bila dia post gambar apa yang dia makan tu jadi macam sedih sangat. Kesian dia tahan perut. sroottttss. Tapi bila aku dah mula rasa takpelah awak makan jela macam biasa, semangat dia pulak yang naik tinggi melampau. Siap tanya harini nak kena seat up berapa kali lagi.


Dalam nak masuk tengahari dia mintak gambar dia yang kurus dulu lepastu buat dp wechat. Ah ah ah poyo sangat bajet jek kan..

Pastu dia kata biarlah gambar dia..Eleh itu dulu...itu dulu sayang...

tapi sebab aku rasa  mungkin gambar tu penaik semangat dia nak kurus balik jadi aku diam jela. hehehe.. Sokongan padu seluruh jiwa raga nak suruh awak kurus ni sayang..



Ni menu yang macam men dera dia tapi dia kata okey saja. Kena ikut jurulatih katanya. Sumber ni aku dapat dari diet atkins malaysia.


Pagi : 2 biji telur separuh masak







Tengahari : Ayam goreng kunyit + sayur
( ari kedua :okey ais sekali jek lepas ni tak boleh ya sayang)
ari ketiga terus no ais








Malam : 1 ekor ikan goreng