PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, March 11, 2015

5 Perkara Tentang Wanita Yang Lelaki Tidak Ambil Peduli




Wanita memang lebih sinonim dalam memikirkan hal remeh temeh dan menganggap ianya sesuatu yang besar terutama mereka yang terbabit didalam percintaan. Kadangkala sengaja memperbesarkan hal yang dianggap remeh oleh lelaki. Ketika didalam perhubungan, tidak semua perkara yang dirasakan penting bagi wanita adalah penting bagi lelaki juga. Boleh jadi perkara terbabit sekecil kuman justeru itu lelaki tidak akan ambil perhatian. 


Berikut beberapa perkara yang lelaki tidak kisah tentang wanita kesayangannya. Benarkah lelaki? Mari kita rungkai satu persatu :


Tidak Bersolek
Lelaki pada dasarnya jarang memperhatikan solekan wanita samaada si dia bersolek ataupun tidak tetapi sebaliknya lelaki berasa takut jika pasangan bersolek terlalu tebal sehingga menutup wajahnya yang sebenar.


Soal Belanja
Sesetengah wanita sering memikirkan soal belanja apabila diajak temu janji. Berasa sangat risau jika wang di purse hanya tinggal beberapa keping wang biru. Namun bagi lelaki, jika mereka yang mempelawa anda untuk keluar itu bererti mereka sudah menyediakan wang yang mencukupi untuk keluar bersama. Jadi usah risau. ^__^


Keluar bersama rakan
Lelaki ataupun perempuan kadang kala tetap memerlukan masa dan aktiviti sendiri. Lelaki sering tidak ambil pusing jika anda keluar bersama rakan anda kerana mereka juga mempunyai perancangan bersama rakan mereka.


Mengawal Makan
Wanita akan obses dalam menjaga cara makan ketika keluar bersama pasangan. Sebenarnya anda dilandasan yang rugi kerana bukan sahaja tidak kenyang malah turut timbul rasa kekok untuk menjaga setiap inci pergerakan anda saat makan agar terlihat kemas dan sopan. Percayalah bahawa lelaki tidak kisah cara makan anda asalkan sopan dan tidak memalukan. Jangan malu untuk menambah sekiranya anda masih kelaparan.


Tidak menghubungi
Lelaki yang fokus kepada kerjanya dan memahami wanita kesayangannya juga bekerja tidak akan terlalu menekan untuk menerima panggilan dari anda. Jadi wanita tidak perlu khuatir, hubungi mereka apabila ada hal yang penting untuk diperbincangkan kerana mereka jelas mempercayai anda.


Namun bukan semua lelaki begini, ada sesetengah lelaki yang terlalu perhatian akan mengambil berat pasal anda.

No comments:

Post a Comment