PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, March 11, 2015

Petua alami merawat diri


Melentikkan bulu mata
Ambil sedikit air teh yang telah dibancuh dan sapukan pada bulu mata. Amalkan selalu


Elak rambut berbuah
Segenggam daun buluh direbus  sehingga mendidih. Setelah air rebusan sejuk, gunakan air itu untuk membasuh rambut. Ulang sebanyak dua kali dalam seminggu.


Menegangkan kulit muka
Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang dikisar bersama bedak sejuk dan sedikit air. Lumur pada muka setiap malam sebelum tidur dan bilas dengan air suam keesokan hari.


Vitamin semulajadi untuk kulit
Strawberi memberikan khasiat vitamin C yang tinggi dan mampu membuatkan kulit tetap tegang dan lembut


Mengurangkan kedutan halus
Makan makanan yang berasaskan soya seperti tempe mampu mengurangkan kedutan halus pada muka terutama wanita di akhir 30 an hingga 40 an.


Mengurangkan selsema bayi
Sapukan sedikit minyak kelapa pada batang hidung bayi dan biarkan sehingga kering. Dapatkan rawatan jika keadaan kesihatan bayi masih tidak mengizinkan.


Legakan pedih perut
Reneh susu kambing bersama buah kurma dan minum.