PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, February 3, 2015

The Artsphere Seri Kembangan

Pada sesiapa yang tak tahu nak buat apa hari minggu nanti, bolehlah buat keputusan jalan-jalan tempat yang kita tak pernah tau kewujudannya.ish ishhh *kesian-kesian*. Tempat ni terletak di belakang Giant Equine berdekatan dengan pasar borong seri kembangan. Kalau dari UPM hanya 15 minit. Terdapat lebih 80 lukisan berbentuk 2D dan 3D hasil gabungan 20 pelukis-pelukis yang kreatif. Sesuai dijadikan tempat bergembira bersama keluarga dan tak membosankan. Masuk tak perlu bayar janji jangan buat onar dalam ni sebab ada pak guard yang akan duk jeling-jeling pandang-pandang tapi abaikan saja selagi korang tak buat salah. Mungkin dia ditugaskan untuk menjaga seni-seni kreatif ni * pikir positif*. Ingat! Bawa kamera yang cukup bateri, kaki mesti kuat tenaga mesti hebat sebab tempat ni besar dan seni kreatif dia macam-macam supaya korang boleh post macam-macam jugak. Jangan jadi macam aku, sebab dah lama tak exercise jadi semuanya kelabu. Tak larat nak g pose semua tempat. Yang bawak baby tu jangan gendong, sila bawak stroller. Nanti baby meragam sebab penat mak bapak sibuk bergambar. Kalau taknak tenaga banyak habis jangan pergi masa panas terik ya.Nanti tak sampai 10 keping gambar dah korang rasa nak balik.* aku taip sambil sinsing lengan, supaya korang dapat gambarkan betapa serius aku maksudkan*! 

 :


Inilah nama tempat ni. Artsphere 20/80


Tak tahu gambar ape ni tapi sebab excited amik jela gaya apa-apa pun.


Gambar ni paling banyak orang amik sebab gambar lukisan pusat bandar kat belakang sangat unik dan cantik



Nak pose dua kaki naik amatlah susah sebab motor tu hanya lukisan



Mak tolong, disini ada tangan! datang tak dijemput pulang tak dihantar


Bye kita dah nak kahwin.eh eh! salah. Bye train dah nak amik.


Hello Mr One, how r u there? Miss me? No! Okey bye.

Pakwe baru dah tenggelam mcm DICAPRIO


Tak tahu gambar ape, jadi pakai tangkap jek.

Akak buat apa kat tangga rumah kita ni.shuhhhh main jauh jauh nanti runtuh



You destination will be arrive.Please be patient and prince charming will come




Buku-buku jatuh. Biar hempap kepala dia kasi pandai sikit


Ini serius muka kepenatan padahal kitorang baru terjah satu blok jek. Tapi ampun, tak larat  T__T


Peraduan untuk disertai. Bagi caption menarik untuk gambar lukisan yang ada.


Alamat :

The Artmosphere Sdn. Bhd
1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

GPS Koordinat :
N2 58.952 E101 39.767

No comments:

Post a Comment