PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, February 4, 2015

Makanan Arab Harga Berpatutan Berdekatan South City

Mishaltit Restoran - Halal

Dimana penggemar makanan arab sekalian. Dimana-dimana. Disini nak nyatakan yang berdekatan South City ada kedai makanan arab yang sedap pada harga berpatutan. Serius, macam-macam ada. 


Pengemar shawarma sandwich boleh boleh datang makan sini.
Yang dekat bawah ada nama kraft-kraft tu plak macam roti yang leper dan rangup. Dalam inti ada ayam, jagung, sos dangan mayonis.Sedap sangat. Beli satu makan ramai-ramai.


Yang ni Pizza dia. Sedap serupa Pizza Hut.Keju dia banyak.


Memandangkan saiz orang Arab dengan orang Malaysia sangatlah ketara, jadi dia pelbagai saiz dalam menu dia. Kalau takut tak habis, amik jek yang M. Harga pun lagi murah dari Pizza Hut.


Gambar atas macam burger yang bawah sandwich. Crispy Chicken sangat sedap harga pun RM5.00 jek.


Salad bagi penggemar sayur macam saya


Macam-macam menu lagi yang sedap


Kabsa sedap


Air memang XL. Beli satu kongsi berdua.Harga sama jek RM7.00 bagi mix tak kesah berapa banyak buah dalam tu ada.Kompem terbukti sihat cukup vitamin



Kalau air jus yang takda campuran dikenakan harga RM5.00 gelas besar kalau sekali sedut kompem semput.



Taraa.ni nasi arab kitorang makan.sedap!Pinggan pun besar makan dua orang pun pengsan nak habiskan.


Ni menu yang kitorang amik untuk makan berempat. Sebab semua perut kecik jadi cuba-cuba rasa dulu makanan ni.


Yang kuning tu air campuran pisang, nenas, mangga dengan oren. Nama nya ''Mishaltit in Cocktail''.
Tekak jawa macam aku ni tak berapa boleh go sangat sebab rasa pisang kuat sangat. Aku suggest korang minum air yang RM5.00 tu tak paya gatai nak mix-mix eh. Hewhew


Tarrraaa! Ni cas untuk 5 kepala makan. Pilih menu pelbagai pastu kenyang. Sebab yang bukak ni bukan orang kita, jadi kedai dia takda GST dengan service charge.

Selamat menjamu selera semua!



Alamat : 
Bertentangan dengan South City
11, Persiaran Serdang Perdana
Taman Serdang Perdana,
43300 Serdang, Selangor.



No Telefon :

03-89404344




No comments:

Post a Comment