PRUDENTIAL INSURANS

Monday, February 2, 2015

Isteri curang, suami bunuh diri

Kisah menyayat hati ini diceritakan oleh seorang rakan ketika kami selesai menikmati makanan di sebuah kedai makan. Tragedi cerita ini membuatkan aku terfikir sehingga sekarang. Mungkin seringkali kita mendengar kisah  mengenai kecurangan seorang kekasih, kecurangan seorang suami tetapi tidak kali ini. Cerita ini mengkisahkan tentang kecurangan seorang isteri yang membuat anda terfikir banyak kali dimana darjat seorang suami dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik isteri dan dimana darjat seorang wanita disisi Allah dalam mentaati seorang suami.

Keruntuhan didikan dalam alam rumah tangga ini berlaku disebuah kawasan flat perumahan berdekatan dengan Seremban, Negeri Sembilan. Samad ( bukan nama sebenar) telah menikah dengan Milah ( bukan nama sebenar ) dan dikurniakan enam orang cahaya mata. Akibat desakan dan masalah hidup, Milah telah berbuat onar dalam rumah tangga yang telah dibina dengan Samad selama bertahun-tahun.
Pada petang kejadian, Samad dilihat oleh jiran sedang membawa sebuah tangga tanpa diketahui tujuannya.Kira-kira jam 11 malam, anak-anak Samad menjadi kerisauan kerana ayah mereka tidak pulang-pulang kerumah. Mereka mengetuk setiap pintu rumah bertanyakan perihal ayah mereka tetapi jiran-jiran tidak mengetahui dimanakah Samad berada.Sehinggalah jam menunjukkan 1 pagi, anak-anak Samad telah menemui Samad dalam keadaan  menggantung diri disebuah rumah kosong di kawasan perumahan terbabit.Ketika kejadian, bapa mertua dan ibu mertua Samad dihubungi dan mereka bergegas ketempat kejadian. Apa yang mengecewakan hati orang tua terbabit, pada waktu Samad menggantung diri, isteri nya sedang sibuk berasmara dengan seorang lelaki lain di rumah mereka. Jiwa lelaki mana yang tidak tercabar andai rumah yang dibina membentuk sebuah keluarga selama bertahun-tahun diceroboh malah isteri yang menjadi hak milik mencurangi anda didepan mata. Disebabkan terlalu malu dengan tindakan anak beliau, bapa mertua Samad lantas memukul anaknya. Jika kita berada ditempat kejadian, mungkin kita juga dapat rasakan betapa perit melihat suamidengan peristiwa menyayat hati tetapi si isteri sedang bergembira dengan lelaki lain.

Cerita ini dikisahkan agar menjadi teladan, bukan berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Seusai bercerita, apa yang terdetik dihati kami, apakah hukum membunuh diri yang dilakukan Samad sedangkan dia gagal mendidik isterinya. Kesalahan membunuh diri adalah kesalahan yang terlalu besar.Bagaimana keampunan yang bakal dilalui oleh isteri Samad sedangkan Samad telah tiada untuk memohon keampunan.

Pengajian hadith : Hukum membunuh diri dalam islam

Sabda Nabi s.a.w :

'' Ada seorang lelaki sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya, dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak henti-henti sehingga dia meninggal dunia.Allah Azzawajalla berfirman '' Hamba Ku telah bertindak tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga ''

Jika hukum Samad membunuh diri adalah haram, maka apa hukum seorang isteri yang nusyuz terhadap seorang suami yang masih kekal suaminya . Jika keampunan dari Allah masih boleh dibuat, bagaimana keampunan kepada suami yang telah pergi dalam keadaan mengaibkan.Nauzubillah, moga kita terhindar daripada perbuatan terkutuk seperti ini.







No comments:

Post a Comment