PRUDENTIAL INSURANS

Monday, March 30, 2015

Produk Dyara hilangkan jerawat pasir dimuka













Testimoni testimoni!


Produk ni aku guna masa kerja kilang elektronik dulu. Kerja inspection bahagian QC. Setiap hari kena pakai sarung tangan dan sarung jari getah. 


Hobi aku pegang muka kurang dari setiap 5 minit. Jadi bila kerja lepas aku cek segala jenis mikro elektronik aku akan gosok gosok dahi. Masa tulah hidung gatal, dahi gatal, pipi gatal. Bila habuk-habuk mikro ni terkena pada muka aku maka jadilah jerawat pasir yang tidak dapat dibendung lagi. Bahagian paling ketara adalah dahi dimana aku takkan berhenti gosok selang 5minit. Nak kata panas, mustahil sebab duduk dalam air cond. Tapi tulah dah jadi hobi ni masalah sikit.Tapi bila balik kerja tak pegang glove semua takda pulak nak gosok dahi la, gosok hidung la, gosok kepala la. pelik pelik.


Produk ni dulu packaging dia tak macam ni. Dulu dalam bentuk bekas bulat kecik macam vicks yang sederhana besar.First aku pakai sebab abah beli untuk kulit gatal dekat tangan. Abah suh aku pakai krim Dyara ni sebab abah kata try dulu. Mula-mula aku sapu perasaan tu macam krim ni sejuk dan tak melekit. Selesa. Masa aku kerja setiap kali lepas solat aku akan pakai. Produk ni cepat kering dan tak perlu amik masa lama untuk ratakan macam foundation yang lain. Krim ni sangat sesuai untuk mereka yang pemalas mekap macam aku tapi tak selesa bila takda apa-apa krim bila diluar rumah. 


Selain itu, sesuai untuk orang yang kerja dekat tempat air cond. Krim ni elakkan kulit daripada cepat kering dan bagi kelembapan semulajadi tuk kulit dimalam hari. Cerita aku pakai ni 3 tahun yang lalu. Sampai sekarang puas aku carik krim ini dan akhirnya terjumpa masa dia buka booth dekat TBS.


Krim ni jugak boleh digunakan sebagai mask dimalam hari. Sapu tebal sikit dan bilas esok pagi. Perasaan macam dapat kulit baru bila bangun pagi. heehheee.. 


Untuk mereka yang jarang berjerawat pulak disarankan boleh jadikan krim ni pengganti ubat jerawat yang korang beli mahal mahal macam T3. Letak ditempat yang terkena jerawat dan jerawat akan surut. Jerawat ni sejenis bakteria. Kandungan yang terdapat dalam krim ni sesuai untuk hapuskan bakteria tu dari terus merebak. Dulu aku pakai ubat gigi bila ada jerawat tumbuh. Basuh lepas 30 minit pakai nanti jerawat yang hidup akan kecut . Tapi sejak kejadian aku lupa nak basuh colgate kat muka sampai esok pagi terus ada jadi bintik hitam terbakar sebab colgate kan panas. huhuhu.


Produk ni 100% herba tau. Disamping pengunaan secara berterusan akan membuat kulit bermaya dan makin putih. Jadi rajin rajinkan diri ya .





Isteri berduit, suami melupakan tanggungjawab keluarga








Perbualan wassap antara suami isteri ini telah tersebar pada 17 Februari yang lalu.

Ada sesetengah pihak yang marah dan ada juga yang membela suami.

Bila aku nak kata isteri tak patut mesej macam tu dekat suami tiba tiba rasa patut.

Bila nak kata patut macam tak patut pulak.


Aishhhhh,,,,,,









Semoga amalmu diterima oleh ALLAH wahai Olga Syahputra








Dikhabarkan dengan berita pemergiaan seorang pengacara dari seberang , Olga Syahputra.

Aku cukup kenal dengan pengacara ni.

Tanggal 27 Mac 2015 diberitakan tentang perginya artis ini. Bertepatan dengan hari Jumaat. Mulia sungguh hari kepergianmu.


Aku kenal dia masa dia mengacara satu siaran '' Dahsyat'' bersama Raffi Ahmad dan Luna Maya.

Seorang yang lucu, seringkali menghiburkan.

 Arwah baik orangnya.

Moga segala amal ibadatmu diterima oleh Allah.


Masih kurang percaya kerana kau pergi begitu cepat seawal usia 32 tahun.
 Al-fatihah.

 Menerusi twitter adiknya, Billy meminta maaf kepada semua akan setiap kesalahan yang pernah dilakukan abangya.




Friday, March 27, 2015

Ramai tidak tahu! Rahsia disebalik nombor 4 dalam islam



Mungkin ramai sedar kepercayaan sesetengah pihak menganggap nombor 4 adalah keburukan. Namun tahukah anda bahawa disebalik nombor empat didalam islam mempunyai maksud yang berbagai. Jadi hindarkan diri anda daripada kepercayaan karut agar dapat menghalang iman dari terus terpesong dengan akidah.


Berikut disenaraikan beberapa keajaiban yang tidak pernah kita fikirkan disebalik nombor empat :



  • 4 penjuru kaabah
  • 4 kitab wajib dipelajari dalam islam
  • 4 nabi yang perlu diketahui
  • proses kejadiaan manusia 44 hari
  • pantang selama 44 hari


apa itu g+? ianya lebih kurang facebook




Share what's  new, add friend and use a email




apa itu g+?

Majoriti rakyat Malaysia masih ramai yang tidak tahu apa itu g+.

Ianya seperti facebook.

Didatangkan dalam  produk google.

Mempunyai ruangan status, post a picture, add friend to the circle.

Cara mendapatkan akaun ini hanya lah dengan cara mempunyai akaun gmail dan secara automatik anda akan memperoleh semua jenis produk yang ada pada google.


Produk yang ada pada google


Sama seperti facebook









Rukun islam, rukun iman dan ihsan


Dasar akidah islamiah ada tida iaitu :

  • rukun islam
  • rukun iman
  • ihsan

Rukun islam 
  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Mengeluarkan zakat
  • Menunaikan haji
Rukun iman
  • Percaya kepada Allah
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada kitab
  • Percaya kepada Rasul
  • Percaya kepada Akhirat
  • Percaya kepada Qada dan Qadar
Ihsan

Pengertian : Melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi apa yang dilakukan

Ciri- ciri : mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya.








Perbezaan antara ayam TEXAS dengan KFC








Siapa pernah makan ayam Texas ? Angguk kepala

Siapa yang selalu makan ayam KFC?  Tengok keatas.

Texas adalah sebuah company yang menjual produk utama iaitu ayam goreng seperti KFC. Texas masih belum merebak ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ianya semakin berkembang sedikit demi sedikit diatas permintaan yang meningkat. Tapi company ni dah wujud agak lama juga namun ia baru datang ke Malaysia.


Perbezaan antara dua ayam ni. Bagi aku KFC ni dah terlalu biasa. Rasa masih sedap tetapi kadang kita nak kelainan. Ramai yang cuba menandingi resepi KFC tapi tak ramai yang jadi lebih sedap kecuali Texas. 


Bagi aku, Texas bagi rasa yang lain daripada KFC. dari segi kerangupan dan rasa. Rasa ayam ini lebih pedas sedikit dan bersesuaian dengan tekak melayu yang sukakan pedas. Cara Hidangan juga hampir sama tetapi ada yang berbeza. Roti bun yang digunakan di KFC adalah roti bun biasa manakala Texas pula akan mengunankan butter cookies ( sejenis roti yang lembut didalam rangup diluar dengan rasa butter yang sedap dan berbau manis). Sebenarnya tak tau nak panggil bun ke cookies. huhu.Tersangatlah sedap bagi aku.


Cara penyediaan air juga berbeza, Texas akan beri cawan kertas kosong dan pelanggan dibolehkan memilih sendiri air yang diinginkan di bahagian kiri . Ais juga diletakkan sendiri mengikut keinginan sendiri.


Okey dah pergi rasa ayam texas.
Sedapnya ayam goreng.