PRUDENTIAL INSURANS

Monday, March 30, 2015

Produk Dyara hilangkan jerawat pasir dimuka













Testimoni testimoni!


Produk ni aku guna masa kerja kilang elektronik dulu. Kerja inspection bahagian QC. Setiap hari kena pakai sarung tangan dan sarung jari getah. 


Hobi aku pegang muka kurang dari setiap 5 minit. Jadi bila kerja lepas aku cek segala jenis mikro elektronik aku akan gosok gosok dahi. Masa tulah hidung gatal, dahi gatal, pipi gatal. Bila habuk-habuk mikro ni terkena pada muka aku maka jadilah jerawat pasir yang tidak dapat dibendung lagi. Bahagian paling ketara adalah dahi dimana aku takkan berhenti gosok selang 5minit. Nak kata panas, mustahil sebab duduk dalam air cond. Tapi tulah dah jadi hobi ni masalah sikit.Tapi bila balik kerja tak pegang glove semua takda pulak nak gosok dahi la, gosok hidung la, gosok kepala la. pelik pelik.


Produk ni dulu packaging dia tak macam ni. Dulu dalam bentuk bekas bulat kecik macam vicks yang sederhana besar.First aku pakai sebab abah beli untuk kulit gatal dekat tangan. Abah suh aku pakai krim Dyara ni sebab abah kata try dulu. Mula-mula aku sapu perasaan tu macam krim ni sejuk dan tak melekit. Selesa. Masa aku kerja setiap kali lepas solat aku akan pakai. Produk ni cepat kering dan tak perlu amik masa lama untuk ratakan macam foundation yang lain. Krim ni sangat sesuai untuk mereka yang pemalas mekap macam aku tapi tak selesa bila takda apa-apa krim bila diluar rumah. 


Selain itu, sesuai untuk orang yang kerja dekat tempat air cond. Krim ni elakkan kulit daripada cepat kering dan bagi kelembapan semulajadi tuk kulit dimalam hari. Cerita aku pakai ni 3 tahun yang lalu. Sampai sekarang puas aku carik krim ini dan akhirnya terjumpa masa dia buka booth dekat TBS.


Krim ni jugak boleh digunakan sebagai mask dimalam hari. Sapu tebal sikit dan bilas esok pagi. Perasaan macam dapat kulit baru bila bangun pagi. heehheee.. 


Untuk mereka yang jarang berjerawat pulak disarankan boleh jadikan krim ni pengganti ubat jerawat yang korang beli mahal mahal macam T3. Letak ditempat yang terkena jerawat dan jerawat akan surut. Jerawat ni sejenis bakteria. Kandungan yang terdapat dalam krim ni sesuai untuk hapuskan bakteria tu dari terus merebak. Dulu aku pakai ubat gigi bila ada jerawat tumbuh. Basuh lepas 30 minit pakai nanti jerawat yang hidup akan kecut . Tapi sejak kejadian aku lupa nak basuh colgate kat muka sampai esok pagi terus ada jadi bintik hitam terbakar sebab colgate kan panas. huhuhu.


Produk ni 100% herba tau. Disamping pengunaan secara berterusan akan membuat kulit bermaya dan makin putih. Jadi rajin rajinkan diri ya .