PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, August 13, 2015

Berubah kearah hidup yang lebih baik! Bismillahirahmanirahim

Aku berfikir.
Apakah perlu berubah  kepada perkara yang tak pernah kita lakukan.
Malahan berbeza dengan setiap perkara yang  kita lakukan dalam kehidupan.
apakah perlu? atau tidak perlu.
kadang setiap hari melakukan perkara yang sama dalam tugas
aku akui.
memang agak membosankan.
Berubah.
berubah mencari hidup yang lain.
tapi aku takut.
takut kecundang ditengah jalan
takut tiada yang hadir memberikan semangat
takut mudur saat melangkah kedepan.
Tapi aku cuba.
aku akan cuba.
aku pasti cuba,
untuk berubah.
agar bahagia bisa menyusul kelak.

doakan aku ya kawan -kawan.

Kita tak tahu rezeki orang macam mana,
apa rupanya dan apa bentuknya.
kebahagiaan juga adalah satu rezeki dalam kehidupan.
ayuh terus maju kedepan.
berjalanlah walaupun lambat,
bertatihlah walaupun penat,
bergulinglah walaupun tak mahu bergerak.

Kejayaan kau tu datang bila kau percaya dan rajin berusaha.
Buang kemalasan dan buang sikap negatif orang.
Inshaallah kau temukan apa yang kau impikan.

Ayuh Zakiah,
Mulakan langkah pada jalan lain yang kau pilih.
Betulkan niatmu,
Teruskan usahamu,
Kau kan temukan apa yang kau mahukan. Amin



Aku ingin berubah.

13 ogos 2015
4.52 petang
bilik siswazah1 blok A kompleks agrobio




No comments:

Post a Comment