PRUDENTIAL INSURANS

Monday, March 23, 2015

Hati terluka tak percaya peraduan di pasaraya lagi







Beribu ribu penyesalan yang aku tak akan ulang lagi dikemudian hari. sobsob


Ada satu hari tu aku pulang ke rumah menaiki bus. Sesampai di stesen bus adik datang amik menaiki motosikal. Seingat aku masa tu pertengahan bulan. Niat di hati nak makan cheese kut jadi ajaklah adik pergi mencari bahan. bahan bahan lain semua senang nak dapat kecuali cream cheese yang jenama kitorang kehendaki. daripada astaka ke econsave lalu ke growth mart. sumpah penat gila dengan cuaca panas berdebu debu tapi sebab teringin punya pasal carik jugak.


Sampailah kitorang amik keputusan pergi Giant yang terletak melintasi sungai muar. Badan dan penat ditambahi pulak dengan cuaca yang panas terik. Aku pun nekad jalan laju laju ke giant bila adik aku berhenti dekat tempat parking. Dia tunggu dekat situ. Dalam kepala cuma ''cheese cream, cheese cream'', jangan amik benda lain. laju laju, laju laju nak cepat balik rumah.


Dan Dan masa aku masuk Giant ada satu peraduan daripada Tropicana Twister. Kalau korang ingat lagi company ni buat pasal pemenang bertuah akan menerima bayaran balik pada semua barang yang mereka belanja di pasaraya. Masa tu hangat sangat hebahan dekat pasaraya. Aku sikit pun taknak percaya masa tu.
Masa aku masuk Giant aku jalan terus pergi tempat cheese. 


Tapi aku dengar pihak penganjur peraduan ni cakap dekat speaker '' bagi pengunjung-pengunjung Giant pada hari ini, kami ada membuat satu peraduan dimana sekiranya anda bertuah anda akan menerima bayaran balik pada setiap barang yang anda beli. Dengan syarat bakul atau troli pasaraya anda ada produk tropicana twister''. 


Bagi aku kata kata tu bagai angin lalu dan aku tak ambil peduli langsung. Aku tak ambil bakul tak amik troli. Apa yang aku amik cuma cream cheese, biskut oreo dengan twisties. Bawak guna tangan pergi kaunter.


Sampailah masa beratur dan nak bayar orang tu bunyi lagi '' Ya para pengunjung sekalian!  Sekarang kami akan mencabut undi kaunter mana yang akan kami bayar semua barang perbelanjaan anda!!''. Aku abaikan lagi apa yang dia cakap!


Masa tu aku orang kedua dekat kaunter enam dan ada dekat 4 orang lain beratur di belakang aku . 


TUPPPPP! Penganjur cabut nombor dalam kaunter undi dan keluarlah nombor enam. Cissss! Ini cubaan ker dugaan ker macam mana. Dahla aku kedua depan yang mana tak bawak bakul tak bawak troli dan yang penting tak bawak produk Tropicana Twister T____T. 


Bila orang tu datang dekat dengan aku dia tengok '' adik takda bawak produk Tropicana?'' , dengan muka sedikit macam takabur aku geleng. Sebab nak cover penyesalan kan. Terus dia pergi ke orang seterusnya. Kurang asam! Bila aku usha orang depan dan orang belakang aku semua ada bawak air tropicana yang kecik harga RM2.60 terselit dalam troli! Ada uncle tu bawak dua biji troli penuh dengan meggi kari sampai nak terkeluar dari troli dia atas tu ada terselit satu air tropicana. Auntie depan aku borong barang rumah bukan main lagi pastu ada terselit air tropicana yang kecik jugak.


Lepas auntie depan aku bayar terus staff tropicana bawak g meja pendaftaran diorang untuk claim balik Aku panjangkan leher aku tengok berapa jumlah perbelanjaan auntie tu. hamek kauuu. EMPAT RATUS LEBIH!!! *TERCENGANG KEJAP* Sumpah masa tu menyesal macam nak g beratur sekali lagi dengan troli besar .Tapi aku redha, aku keluar Giant dengan muka beribu penyesalan. Sedapkan hati dengan takpelah takda rezeki nak buat macam mana kan. sobsob.


Kesimpulannya, kalau ada company-company yang buat peraduan macam ni aku akan pastikan aku heret troli yang penuh dengan barang.


Yang licik nya pihak penganjur buat masa pertengahan bulan. Memang tak ramai la orang yang pergi borong barang dapur kan.


Okey sekian. sobsob T____T




No comments:

Post a Comment