PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, February 25, 2015

Lelaki dan handbag wanita

Selamat petang!

Semalam aku terbaca satu blog seorang lelaki bercerita mengenai lelaki dan handbag wanita.
Kira tak adil la kalau dia jek menceritakan ketidak inginan orang lelaki dalam membawa handbag wanita.
Sekarang kita kena lah dengar cerita bagi pihak belah perempuan pulak ( ada macam nak kahwin pulak nak kena dengar pihak lelaki pihak perempuan, pengantin lelaki pengantin perempuan).

Bagi aku, hmmmm.
Sejujurnya aku pun tak berapa suka tengok kalau lelaki bawak handbag wanita . Baca dulu baca dulu belum habis cerita lagi. Sejujurnya aku pun tak berapa suka tengok kalau lelaki bawak handbag wanita kalau gaya dia bawak tu terkepit kepit. Tolonglah!, masyarakat awam geli kot tengok kau lelaki bawak handbag awex kau manja gedik gedik sana sini. Excuse meee... Bawak ala kadar macam biasa dah la. Takpaya kau kepit betul betul celah ketiak. Aiseyymennn.. Kau jinjit macam kau bawak beg plastik pun takpe sebenarnya. Tak jatuh la punya.

Bagi kaum wanita, diorang bukanlah nak manja sangat mintak korang bawak kan handbag dia sepenuh masa. Sebenarnya kalau korang nak tau beg perempuan ni lagi berat dari dumbell angkat berat dekat gym .Tak percaya? Pergilah try bawak.pergi pergiii... Mana tak lenguh badan kalau duk heret handbag seberat dumbell kehulur kehilir. Lagi kalau dia pakai tumit tinggi pergi dating konon nak nampak tinggi. Berat jah tak tipu.. Kalau kau terbalikkan handbag dia tu kebawah kompem beratus ratus barang keluar sampai kau boleh bentang tikar bukak kedai serbaneka dekat situ jugak. Ada satu kes aku pernah dengar yang bahu perempuan tu jadi senget sebelah dan alamatnya sampai ke kaki pun jadi tak sama rata. Sebab apa? sebab bawak handbag yang terlalu berat . Ni bukan aku yang cakap eh, ni pakar tulang yang bagitau. haha . Nak normal balik kau kena pergi beli katil yang boleh urut tulang belakang tu .apa nama dia * CERAGEM* teknologi dari KOREA tuu. Okey dah habis promote.

Tunang aku pun sekarang dah pandai mengomel cakap beg aku macam bawak batu. dulu zaman cinta muda-muda kemain beg tu ringan macam kapas. Sekarang, kau bawaklah sendiri. Tu belom cerita handbag yang memang dah semula jadi berat dengan keychain gantung sana sini, rantai sana sini, rambu rambu sana sini. Wahai kaum wanita satu aku nak pesan, kalau nak beli handbag jangan kau tengok lawa jek, timbang berat beg tu sekali kalau kau taknak bahu kau senget!

Lelaki pulak jangan pandai mengomel kalau korang pun suka tumpang barang korang dalam handbag gilfren korang. Kunci kereta la, kunci rumah la, kunci almari la, kunci kandang kucing  la dan segala macam kunci. Tu belum masuk korang punya rokok, korang punya wallet lagi. Maka ringankanlah beban wanita, tolonglah wanita tu bawak sekali.

Last aku nak cerita, masa aku pergi MAHA 3 bulan lepas aku nampak satu keluarga. Kira macam family besar la dalam penglihatan aku. Anak lelaki bawak handbag bini, bapak bawak handbag mak. Ko bayangkan pakcik yang separuh abad tu pun boleh bawakkan handbag bini dia . Ko rasa senang ke nak dapat tengok view macam tu sekarang. Tanya ni! Itu baru sweet. Bukan anak dia, pakcik tu jek yang sweet. Aku dalam hati, seronok lahai kalau laki aku duapuloh tahun, tigapuloh tahun atau sampai aku takda kat dunia sanggup tolong aku bawakkan handbag bila bahu aku macam dah tak larat nanti. haha. Sampai aku xda dah xpaya bawakkan simpan jek dalam kotak .haha



Kalau ada yang bawak macam ni peninglah tok imam dekat masjid nanti