PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, February 25, 2015

Gadis Tomboy bertukar jadi Ayu





Siapa sangka siapa sangka ? gadis yang korang tengok depan mata korang ni dulu heroin kampung. Kampung apa? kampung rahsialah. heehee.. Nanti korang pergi soal selidik pulak. Benda ni dah berkali-kali aku cerita dekat tunang aku yang aku dulu kasar orangnya, tapi dia macam nak caya tak nak caya''arggh malas ah dengar dia ni cakap''mungkin ni monolog dia dalam hati. haha..

Cerita dia macam ni, aku dulu anak gadis desa yang permai lagi indah dan menawan ( serupa buat karangan darjah dua dulu). Yela dulu kan, dulu. Siapa nak kisah siapa kita dulu. haha. Dalam kampung tu aku ada dua orang kawan perempuan yang sama gangster macam aku ( gangster dalam erti kata lain kitorang main semua permainan yang lelaki main) . Korang apa tau, main pondok-pondok, main masak-masak, main dokter-dokter (arggh bosan tau!). Kitorang tak buat permainan yang kanak-kanak perempuan buat selalu. Dalam kampung aku tu banyak anak gadis yang duduk terperap dalam rumah jaga kulit ( padahal mak diorang marah kot kalau kawan dengan mahluk macam kitorang ni ). hahaha.


Penat lah nak explain satu-satu, terus lah aku langsam dulu aku buat apa dalam kampung eh. Dulu permainan feveret aku main perang-perang eh . Senapang kayu yang kau tukang sendiri pastu letak getah kat depan dia. Aku rasa mak aku dah buang dah semua senapang tu rasanya. Peluru yang kitorang guna peluru bintat dari pokok hutan. Rupa peluru tu sebijik macam gigi. Nanti bila aku masuk hutan aku jumpa aku post eh gambar dekat sini. Senapang pun kalau rajin aku suh abang aku buat. Kalau dia rajin la* mata pandang atas tangan dekat bahu*.


Zaman sekarang main perang-perang macam dulu, memang taklah. sekarang zaman main PAINTBALL canggih sikit. Tempat kitorang main memang hutan dekat kampung tu . Apa orang kata, kalau semak samun tu lagi lah hobi kau nak teroka buat jalan seludup sana sini *elak jumpa babi hutan jek masa tu , tapi alhamdulillah semua selamat sampai sekarang takda kes kena sondol* haha.. Kalau korang baris budak-budak kampung aku tu, kompem semua lepas masuk tentera * kecuali yang rabun macam aku la, kompem kena out awal-awal*. Bukan nak cakap apa lah tapi diorang memang power kot. Buat jalan dalam semak, cipta senapang semua. PERGHHH! Power sangat. Sebelum main kitorang akan pecah dua kumpulan, satu terrorist satu army. kahahaha. Kalau lah masa boleh ulang, nak jek aku duk dalam semak main perang-perang sampai petang takpaya keje pening pening macam sekarang * DEWASA*


Start aku insaf dah tak main perang perang ni bila dulu aku kena tembak dengan abang aku dekat mata. Bisa dia macam nak pengsan dekat hutan tu jugak. Balik jek rumah apalagi, mengamuk la abah yang tak pernah marah. Tapi yang kena marah bukan aku, mesti lah abang aku. Yela aku kan mangsa, takkan nak marah mangsa makin trauma mangsa nanti. hahaha.Padahal yang aku ingat masa tu abang aku satu team dengan aku, dia pun tak sengaja tertembak mata aku. Sejak tu, aku jadi gadis yang duk rumah jek tolong mak masak. kahahaha. Masa tu pun geng-geng aku semua dah nak PMR dan SPM. So semua duk rumah study fikir masa depan. hahaha. Sejak tu kitorang dah bawak haluan masing-masing. Btw, aku rindu kawan-kawan kampung aku dulu yang mungkin sekarang dah cun meletup hensem kebabooom.. hahaha.


Gambar sekadar hiasan

Dapat merasa M16 pun jadilah. Apa orang kata, buat lepas rasa teringin pegang senapang kayu


Okey nanti cerita lagi * to be continueeeee*