PRUDENTIAL INSURANS

Friday, April 3, 2015

Teknik menghidupkan kembali adegan Paul Walker dalam Furious 7







Sepertimana yang kita tahu bahawa aktor utama filem Fast and Furious 7 ini telah pergi pada akhir tahun 2013. Namun, penerbit tidak menghapuskan watak yang telah dibawakan malahan telah digantikan adiknya, Caleb dan Cody. Meksi begitu, pihak penerbit telah menangguh lebih kurang selama setahun untuk menerbitkan kembali adegan sebenar Paul walker.


Mereka juga tidak menghapuskan adegan yang dilakonkan Paul Walker didalam Furious 7 sebelum dia meninggal dunia. Dengan teknologi yang ada, Caleb memainkan peranan meniru gerak tubuh Paul dan Cody memainkan peranan sorotan mata seiras abang mereka melalui bantaun CGI (Computer Generated-Imagery)


Pada permulaan, filem ini dijadualkan ditayangkan pada Julai 2014 namun tetap bertangguh sehingga April 2015. Apepun, bagi penggemar filem ini sila rasakan apakah adegan Paul Walker masih wujud walau ianya diganti oleh adik adiknya.


Teknologi canggih ini telah wujud pada tahun 2000 dimana dilakukan untuk filem Gladiator. Pelakon utama, Oliver Reed mengalami serangan jantung sebelum dapat menghabiskan rakaman cerita terbabit. Hasilnya tidak jauh berbeza dengan yang asli. 








Thursday, April 2, 2015

Bayi bertepuk tangan dalam perut saat ayahnya menyanyi









Hal ajaib yang telah berlaku dimana si bayi telah bertepuk tangan saat si ayah menyanyikan lagu " if you are happy and you know it claps your hands"


Video ini telah dirakamkan si ayah didalam sebuah video USG (Ultrasonografi) yang bertujuan untuk melihat kejadian pelik yang telah terjadi.


Video ini telah dikongsikan oleh Jen Cardinal didalam You Tube dan mendapat lebih 5 juta view setakat hari ini. Bayi berusia 14 minggu didalam kandungan itu bertepuk tangan dalam masa 15 saat dengan tiga kali tepukan.


Berikut video dimana si bayi bertepuk tangan :









Wednesday, April 1, 2015

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat....






Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat...
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah...

Bila hati terguris, kita kata... ' Mak memang tak pernah faham'
Bila hati kita terhiris, kita kata... ' Ayah memang tak ambil kisah.'

Tetapi...

Bila hati mak kita terguris, mak kata... ' Tak apa, dia masih muda'
Bila hati ayah kita hiris, ayah kata... ' Tak mengapa, belum sampai akalnya'

Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...





Guru Matematik paling tampan dalam sejarah!







Ramai pelajar yang mudah pening apabila membabitkan pelajaran terutama bab kiraan dan matematik. Namun siapa sangka, apakah kepeningan itu akan berlarutan sekiranya si pengajar setampan ini. Makin bersemangat nak belajar mungkin.


Pietro Boselli bukan sahaja tampan malah seorang yang dikatakan sangat bijak. Kini beliau menyandang jawatan sebagai seorang pensyarah Matematik dan juga penyelidik di University College London.


Berketinggian 6'1 merupakan faktor tambahan yang dimiliki, dengan kebijakan yang dimiliki beliau pernah menerima anugerah " Faculty Excellent Scholarship" dan lulusan ijazah kelas pertama.


Muka yang cukup tampan membuatkan beliau menjadi rebutan pereka ternama untuk dijadikan sebagai model pakaian mereka. Berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Phd dalam bidang kejuruteraan.


Dengan harapan, silalah datang belajar di Malaysia >_<









Who says you can't be smart and good looking? 


Foto : Daily Mail




Penggambaran Running Man di Tasik Baikun, Sarawak APRIL ini









Berita gembira buat peminat Running Man semua bahawa mereka akan melakukan penggambaran Running Man di Tasik Baikun, Sarawak pada April ini.

Tempat dipilih berdasarkan kawasan ini yang mempunyai kecantikkan landskap dan kepelbagaian biodiversiti. 


Buat peminat Kwang soo, anda pasti tidak sabar untuk mendengar ungakap I LOVE MALAYSIA!! * sama macam semua negara lain yang dia dah pernah pergi*


Tambahan lagi, kesemua ahli Running Man akan datang ke Malaysia iaitu Yoo Jae-suk (42), Kim Jong-kook (38), Gary (37), Haha(35), Song Ji-hyo (33), Lee Kwang-soo (29) dan Ji Suk-jin (48).


Anda teruja? Okey sama-sama kita nantikan! Boleh tumpang rasa bangga negara Malaysia masuk set penggambaran Running Man. ehhhehehe


Sumber : www.wanista.com




Tuesday, March 31, 2015

Resipi Cucur Maggi











Bosan dengan resepi cucur yang terlalu biasa.? haha. percaya atau tak cucur atau orang johor panggil sebagai jemput jemput ni boleh buat dengan tambahan maggi kari didalam nya. Rasanya akan jadi rangup dan siapa jek yang rasa akan kata sedap.

Bahan - bahan :

1 biji telur ayam
sedikit tepung gandum
sebiji bawang
maggi kari beserta rencahnya


Cara- cara :


1. Panaskan air dan celur meggi . Toskan dan campur bersama perencah maggi

2. Ambil sedikit tepung, masukkan bawang cincang , telur dan sedikit air didalam adunan




3. campurkan maggi kari terbabit dengan tepung yang telah siap dibancuh

4. Gorengkan





5. Hidangkan bersama sos cili maggi.







6. Resepi ni tak tipu memang sedap

p/s : jangan terlalu banyak tepung kerana akan membuat cucur keras. Selamat mencuba!













Gadis kecil ini menangis saat melihat anjing peliharaanya sudah dibakar untuk dimakan



Anjing yang menjadi sahabat kepada anak kecil ini telah dipotong dan dibakar untuk dibuat makanan. Setelah mengetahuinya kanak-kanak ini terus menangis. Melihat kesedihan yang dialami meruntunkan hati ramai pihak dan ianya telah tersebar ke alam maya.


Anjing tersebut dipercayai sudah menghilang beberapa hari dan dipercayai diambil dan dijual secara haram.


Gadis ini menemukan anjingnya sudah dibakar dan dipotong untuk dibakar. Melihat situasi seperti ini pihak kerajaan China dan yang berkaitan telah mengambil tindakan agar penjualan anjing dilakukan hanya daripada peternak khusus dan bukan anjing peliharaan orang lain.