PRUDENTIAL INSURANS

Monday, February 9, 2015

Berkelah di Warisan Hati Rimba, Kg Kemensah, Ampang Selangor


Ini aktiviti yang kitorang lakukan sebelum masing-masing berkahwin dan punya tanggungjawab yang lebih besar. Rancangan dibuat seawal sebulan yang lalu. Dari segi makanan, pengangkutan, kos chalet kitorang buat RM50 untuk seorang dan yang pergi seramai 7 orang. Perjalanan dari UPM seawal 10.30 pagi dan sampai pada pukul 11.30 pagi. Sejam sahaja dengan keadaan jalan yang kurang sibuk. Tol yang kitorang lalu hanya satu tol( RM1.30).  Sungai Kg kemensah ni berada di belakang Zoo Negara. Jalan untuk ke kawasan sungai ni boleh tahan mencabar sebab tebing yang dilalui sangat mencabar *my friend was a good driver-Ara*.. Yang mana korang rasa jalan tak boleh lalu dua kereta tu silalah bagi laluan pada kereta yang lain dan bawak secaa berhemah sebab sepanjang jalan boleh dikatakan ada tebing yang curam. 




Selamat datang ke Warisan Hati Rimba





Ini view depan chalet masa mula-mula melangkah masuk ke kawasan warisan hati rimba ni. Rumah ala-ala kampung dikelilingi hutan hujan tropika memang macam ni. Nak duk hotel ke rumah macam banglow sila ke bandar  ya.Try duduk dulu baru tau syok ke tak.Tempat bukan masalah, yang penting masa dengan kawan-kawan tu.




Laluan masuk ni ada sungai dengan ikan-ikan. Nak mandi terus kat sini pun boleh kalau tak malulah. haha





Air tengahari tak deras dan tak dalam, tunggu petang sikit baru rasa menggigil-gigil ya.





Tunggu dapat kunci chalet la kita



Inilah warisan hati Rimba



Dekat sini ada karaoke tau . satu set lengkap.hutan-hutan pun ada set karaoke.POWER! 2 Lagu RM5.00.Mahal sikit la dari karaoke jamban kot.haha

Chalet yang kitorang duduk semurah RM80.00 semalam. Bolehlah rasa duduk dekat rimba-rimba semalam. Pagi-pagi bangun semua jadi air batu rasanya.Sejuk sangat. Kawasan ni ada sediakan selimut tebal dan lagi elok rasanya kalau bawak stokin dengan baju sejuk supaya bangun pagi tak jadi beku macam ayam. Hahaha





Muka dalam chalet, view kampung sangat ni. hehe






Bawah ada anjung boleh lepak makan-makan la kan


Ada tempat BBQ, Sila bawak arang ya semua kalau tak bakar la kayu kayan tepi tu.



Kambing bakar la BBQ kita. Terima kasih bakal pengantin ARA



Ada chef tengah masak  BBQ ni
ber BBQ dengan payung superman. Melampau betul bebudak ni

Makan dulu sebelum mandi


Bau menyentap jiwa



Mula - mula kita mandi sungai ya




Inilah kolam air panas yang suam-suam kuku










Mandi lagi mandi lagi




Boleh main bola tampar dalam air ya di kolam ni




Takda orang main sini sebab orang dah balik.





Malam tu kitorang main tukar-tukar hadiah sambil bercerita dan mendengar lagu karaoke sehingga pukul 1 pagi lebih. Dasyat siapa karaoke tengah malam ni.




inilah hadiahnya.haha. very the comel comel kan

Okey dah. pagi tu kitorang terjun kolam lagi sekali berenang-renang kemudian bersiap kemas balik dan bergerak dalam pukul 10.30 pagi. Memori indah ni akan kitorang sambung bila ada kesempatan berjumpa lagi nanti. Okey dah habis cerita, sebab dapat cuti arini esok ngan lusa maka nak siap balik kampung tengok mak abah.daddaaa






Pemilihan Warna Pakaian



Perkara asas dalam memilih warna pakaian adalah bersesuaian dengan warna kulit. Sekiranya anda berkulit cerah, sudah pasti anda sesuai dengan pelbagai warna, tetapi bagaimana jika anda seorang yang memilik kulit berwarna sawo matang atau gelap. Semak tips berikut supaya anda tidak salah memilih warna terutama bahagian muka hingga kaki.

Jika anda berkulit cerah, warna-warna pastel seperti coklat krim, biru muda, pink dan mint sangat sesuai dengan anda.


Jika anda memilik kulit kuning langsat, warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik


Bagi mereka yang memiliki kulit sawo matang, pilihlah warna seperti warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat menarik


Bagi mereka yang berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.




Friday, February 6, 2015

Deretan Gerai Makanan Bersebelahan UNITEN. Jom Singgah!

Masa untuk makan kawan-kawan. Tempat ni berdekatan dengan UNITEN dan UPM. Majoriti orang yang pergi sini adalah mereka-mereka yang bekerja sekitar UPM, UNITEN, dan Putrajaya.Waktu operasi untuk makanan tengahari seawal jam 12.00 tengahari sehingga 5.00 petang .Terdapat lebih 20 kedai berderet menyusuri tebing jalan raya ini.

Nasi tomato dengan nasi Beriyani berharga RM6.00 satu




Nasi berlauk pun ada



Nasi kerabu macam ni banyak RM3.00



Cekodok ikan bilis ada.udang ada.bawang ada.semua ada!


Murtabak rm6.00 dengan nasi kukus ayam dara pun rm6.00



Orang johor yang nak makan kacang pool JB boleh pergi sini


Kuih dessert kek semua ada.Tinggal pilih bayar makan.Mashmallow coklat pun ade.hewhew!



Nasi bubur dekat sini sedap sangat


nak kuih boleh beli kuih


Kalau nak yang rasa utara boleh makan rojak dengan cendol ni


Karipap besar satu RM0.50



Cucur pisang, bayam goreng, cucur udang semua ada.

Bercuti di Pulau Tioman dengan bajet serendah RM300 seorang 3Hari 2 Malam




Pulau Tioman antara destinasi pulau yang menarik dengan air pulau yang jernih.

Siapa kata kalau nak melancong tempat seronok kena beli tiket luar negara. Kena tukar mata wang asing.Eish tak perlu kot. Pulau-pulau dekat Malaysia pun dah cukup cantik.Pakai duit Malaysia sahaja. Perjalanan bermula seawal 6.30 pagi kerana mengambil masa lebih kurang 5 jam dari UPM ke Jeti Kuala Mersing. Sampai-sampai dah dekat pukul 1.00 petang. Perkara pertama perlu dibuat adalah mendaftarkan diri dikaunter dan kemudian membeli tiket feri ke pulau. Harga tiket dalam lingkungan RM6.00 dan cas jagaan terumbu karang ( RM6.00) . Naik feri kena ikut turn '' lagak siapa beli dulu, dia naik dulu''. Tiket kitorang masa tu dalam pukul 3.00 petang.

Sila daftarkan diri anda disini kerana jika terjadi keberangkalian yang tidak diingini senang untuk pihak sana berurusan.


Say cheese. Dah nak naik feri dah




Dalam pulau Tioman ni terdapat banyak kampung-kampung. Bayangkan kau duduk satu daerah, let said '' Muar'' dan dihiasi dengan deretan parit-parit.Macam tu jugak la Tioman ni



View untuk dinikmati ketika menaiki feri. Nak feel kena duduk luar jangan duduk dekat dalam feri.




hewhew!


Feri pun bergerak menyusur air laut yang ada









Belanja lagi satu gambar cantik




Detik menunggu kunci chalet

Ini harga cas untuk aktiviti dekat sini. Lagi banyak kampung yang kau nak pergi lagi mahal harga nya.Tempat-tempat ni kau boleh snorkeling sepuas hati.Lepas satu tempat dia akan bawak ke satu tempat yang lain.




Ini kawasan penginapan kitorang dari sudut belakang. Bayangkan bila matahari terbit. Fuhhh lawa sangat!



Perkara pertama, tukar baju dan ayuh mandi pantai dipetang hari



View ketika matahari terbenam




Keesokan harinya, pasangkan life jacket anda kerana kita akan bergerak sebentar sahaja lagi.Selain untuk keselamatan, life ni nak bagi korang kesenangan terapung masa pandang-pandang nemo dalam laut nanti.



Ini nama tempat-tempat yang diorang akan bawak.Kitorang amik yang pergi 4 tempat.Setelah dirunding oleh pakar-pakar runding, makcik tu bersetuju bagi RM50 sekepala siap dengan life jacket ngn google. Hewhew!




Masa kitorang pergi untuk hari yang ke 2 , Malaysia dilanda jerebu jadi kelam-kelam la sikit pantai ni.Tapi takpe, tetap syok



Bersedia! yehhh goooo!!!!



Malam tu kitorang makan kat sini.Murah harga sama macam kedai biasa.





Esoknya kitorang balik, Fuh puasss sangat...
Bye ikan ikan, kitorang balik dulu. Tunggu feri datang amik terus naik. Percutian yang cukup menarik!

Wednesday, February 4, 2015

Makanan Arab Harga Berpatutan Berdekatan South City

Mishaltit Restoran - Halal

Dimana penggemar makanan arab sekalian. Dimana-dimana. Disini nak nyatakan yang berdekatan South City ada kedai makanan arab yang sedap pada harga berpatutan. Serius, macam-macam ada. 


Pengemar shawarma sandwich boleh boleh datang makan sini.
Yang dekat bawah ada nama kraft-kraft tu plak macam roti yang leper dan rangup. Dalam inti ada ayam, jagung, sos dangan mayonis.Sedap sangat. Beli satu makan ramai-ramai.


Yang ni Pizza dia. Sedap serupa Pizza Hut.Keju dia banyak.


Memandangkan saiz orang Arab dengan orang Malaysia sangatlah ketara, jadi dia pelbagai saiz dalam menu dia. Kalau takut tak habis, amik jek yang M. Harga pun lagi murah dari Pizza Hut.


Gambar atas macam burger yang bawah sandwich. Crispy Chicken sangat sedap harga pun RM5.00 jek.


Salad bagi penggemar sayur macam saya


Macam-macam menu lagi yang sedap


Kabsa sedap


Air memang XL. Beli satu kongsi berdua.Harga sama jek RM7.00 bagi mix tak kesah berapa banyak buah dalam tu ada.Kompem terbukti sihat cukup vitamin



Kalau air jus yang takda campuran dikenakan harga RM5.00 gelas besar kalau sekali sedut kompem semput.



Taraa.ni nasi arab kitorang makan.sedap!Pinggan pun besar makan dua orang pun pengsan nak habiskan.


Ni menu yang kitorang amik untuk makan berempat. Sebab semua perut kecik jadi cuba-cuba rasa dulu makanan ni.


Yang kuning tu air campuran pisang, nenas, mangga dengan oren. Nama nya ''Mishaltit in Cocktail''.
Tekak jawa macam aku ni tak berapa boleh go sangat sebab rasa pisang kuat sangat. Aku suggest korang minum air yang RM5.00 tu tak paya gatai nak mix-mix eh. Hewhew


Tarrraaa! Ni cas untuk 5 kepala makan. Pilih menu pelbagai pastu kenyang. Sebab yang bukak ni bukan orang kita, jadi kedai dia takda GST dengan service charge.

Selamat menjamu selera semua!



Alamat : 
Bertentangan dengan South City
11, Persiaran Serdang Perdana
Taman Serdang Perdana,
43300 Serdang, Selangor.



No Telefon :

03-89404344