PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, October 20, 2015

Pizza Gazebo Pekan Franchais Taman Sri Pulai Perdana Skudai

Teringin nak makan pizza tapi taknak pizzahut dengan domino sebab bosan. Nak rasa yang lain pulak orang Melayu buat. Mari jom datang ke medan selera Gazebo dekat Taman Sri Pulai Perdana Skudai. Tepi jalan nanti nampak tulisan "PEKAN FRANCHAIS" besar gedabak kat depan dia. 



Konsep kedai ni adalah gazebo. Gazebo tu padia. Gazebo tu macam ni la. Tempat orang selalu lepak-lepak letak kat taman. Orang johor memang panggil gazebo. Gazebo dia warna warni selesa lah.


Ni kedai yang merah tu jual pizza. Sebelah kiri dia order air. Belah kanan dia ada makanan barat yang lain macam mushroom soup + garlic bread. Lagi tak ingat ..ada menu kat sign board tu bacalah sendiri nanti. Pizza tu ada macam-macam variasi tapi saiz sama jek kot. Regular. Dalam RM13.00 satu pizza extra topping= RM2.00, extra cheese = RM2.00. Murah kan!


Oleh kerana ibu mengandung nak sangat mushroom soup jadi laki dia belikan lah. Kang air liur meleleh susah pulak. Murah boleh tahan RM4.00. Rasanya homemade kot sebab tak sama macam dalam tin tu. hehe


Kami order dua untuk tiga orang makan. Siapa muntah kedarah order bebanyak ni tentulah orang mngandung. Satu jek cukup sebenarnya untuk tiga orang makan. Order 4 seasons ni sebab ada 4 rasa dalam 1 pizza. Berbaloi-baloi. Sedap. Extra topping. Perghhhhh! Ada sosej, ada crab, ada daging and ada ayam! supeerrrrbbbbb.



Yang ni hawaian chicken extra cheese. Makan memang main tarik-tarik cheese dia. Sedap sangat! Berbaloi-baloi pergi sini .



Nah ni memasing dah tak larat nak habiskan. Siapa yang tamak haloba order bebanyak tak taulah, tapi tak pa boleh bawak balik. hehe


Yang ni cepat jek licin sebab ada 4 rasa. sedap sangat.


Siapa yang teringin nak makan tu boleh datang sini ya. Gazebo Pekan Franchais Taman Sri Pulai Perdana Skudai. Cepat serbu!!!









No comments:

Post a Comment