PRUDENTIAL INSURANS

Friday, March 20, 2015

Produk yang dapat hilangkan eye bag dan lingkaran gelap bawah mata



eye bag ni atau lebih dikenali sebagai kantung mata. dark circle plak adalah lingkaran gelap bawah mata. sebenarnya jujur cakap aku jeles tengok orang yang takda eyebag. majoriti orang yang mata kecik peluang nak dapat eyebag tu payah. dulu kawan-kawan aku mata kecik bila stay up study malam takda pun eyebag dengan dark circle. im is jelesssiiii.tapi aku bersyukur jugak mata besar tak paya pakai lens besarkan bebola mata.haha. alhamdulillah. semua orang cantik cuma variasi nya berbeza beza.


sebenarnya dari dulu dah wujud eyebag dengan dark circle dekat mata ni.pernah sekali masa form 2 tak silap merengek dekat abah mintak belikan produk yang boleh hilangkan dark circle dengan eyebag. maklumlah anak kesayangan, abah pun belikan jugak.hehehe *berjaya kan!* tapi sebab yang pakainya berupa pemalas hasilnya serupa jugak malas.segitu jugak eyebag nya. sorry abah. yang aku tahu masa tu abah belikan produk loreal.mahal kau. tapi anak mintak punya pasal abah pergi carik jugak '' rasa berdosa bila ingat balik masa tu merengek rengek nak jugak''. botol dia kecik jek.sebesar produk roll eye garnier. tu pun dah dekat RM50.00 . Rasa bersalah sampai sekarang sebab dulu ngada ngada ya amat dengan abah T__T. Ampunkan daku abah. Yela adik beradik ramai lepas tu gaji abah bukan la besar macam pak menteri. tapi sayang punya pasal abah belikan jugak. ingat balik macam nak tampar diri sendiri !!


Berbalik pada produk tadi. produk bio essence terbukti berkesan. eye bag hilang serta merta. tapi harga boleh tahan. yang masalahnya sekarang produk bio essence ni berbeza untuk dark circle dengan eye bag. dark cirle botol dia silver. eyebag botol dy emas.bagus marketing dy * tangan kebawah mata keatas*. yang mahal of kos eye bag lebih kurang RM90.00. Yang dark cirle dalam RM80.00 . sebab aku tak mampu lagi nak beli dua dua jadi aku beli satu dulu. untuk eyebag.memang berkesan. tapi sebab bio essence ni marketing dia pandai. jadi dia buat dua produk satu harga. beli dua dalam RM130. tapi sampai sekarang aku terpikir nape tak combine kan jek dua kegunaan tu jadi satu produk .. sobsob .. cissss betul. tapi nak cantik punya pasal aku beli jugak ..akulah manusia yang terpengaruh itu bila hal berkaitan eyebag dan dark circle hangit diperkatakan..




untuk eyebag dan untuk dark circle