PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, June 14, 2015

Toyyiban Sushi vs Sushi King






Fried sushi RM5.50 /6 pcs



 Mayo sushi berharga RM3.90/6pcs

Sejak isu Sushi King dihebahkan terus ramai yang automatik berhenti makan namun perasaan terkinja kinja nak makan makanan jepun tu tetap masih ada. Tipulah kalau takda. Sushi ni sedap kot. Last last ana bagi idea nak makan sushi tapi kejamnya dia pulak yang takda. haha. lupakan . mari kita bercerita pasal toyyiban sushi ni. Daripada review orang owner kedai ni Melayu Muslim. Dulu dia belajar dekat Jepun kemudian bukak kiosk Toyyiban Sushi untuk bagi anak-anak melayu merasa makanan jepun yang halal lagi bersih.

Lokasi : Tingkat 1 bersebelahan food court dan berdekatan dengan Sushi King. Kiosk ni dekat Bangi Gateway tau






Makanan kat atas ni namanya otakuyudon kot. Lupa plak. Harga hanya RM9.90 sebab based dia chicken. Kalau nak beef pun ada pada harga RM11.50.



Inilah dia yang dinamakan fried sushi.



Ini dalam fried sushi tu. Maaf kualiti gambar kurang sebab hp nya juga lain lain.




Yang ini namanya sodu kot. 




Kalau nampak banner ni bolehlah berhenti sebab kita dah jumpa kedainya.







Kalau nak betul betul rasa jepun boleh order green tea dalam teko ni berharga RM1.00. Dalam menu dia tulis cup tapi bila sampai dia bagi teko. Mungkin sebab cup dia kecil jadi dia bagi teko yang comel ni.



Ini sushi yang dah siap dibuat. Diletakkan dalam bekas bertutup demi menjaga kebersihan



Take away sushi juga ada dijual disini. Murah dan sangat sedap!




Cara display dekat atas meja pon jepun sangat!


Tak boleh nak gambarkan sedapnya fried sushi. First time makan masih teringat-ingat sampai sekarang. Segalanya ditanggung halal.



Okey dah kenyang baru ambil gambar sendiri. Rasa makanan dalam ni memang tiptop. Makanan Jepun yang dikeluarkan memang diolah sedikit bagi menepati citarasa melayu




Ini antara menu yang ada dalam kedai ni. Murah kan.



Menu lanjutan




Kedai dia macam kiosk . Berdekatan dengan sushi king







Thursday, June 11, 2015

Cinta

Bagi kau cinta itu apa,
Apakah kemewahan yang menjamin erti cinta,
Atau paras rupa yang menarik sudut cinta,
Atau cinta yang kau tak tahu mana puncanya.
Bagi kau cinta itu apa,
Menangis saat terluka,
Atau
Bergembira saat bahagia.
Jika cinta itu ada,
Jangan kau pendam kasih,
Jangan kau luah sayang,
Justeru pupuklah cintamu dengan kasih sayang,
Saat kasih menyepi,
Kau masih punya sayang,
Saat sayang menghilang,
Kau masih punya kasih yang harus dikasihankan.



Nukilan,
Zakiah Hanum
Khamis ( 9.22pagi)



Monday, June 8, 2015

PORT Cafe Bangi


Aritu ada kawan belanja kami reramai makan di PORT  Cafe. Makanan dekat situ rata ratanya adalah Western Food . Harga yang dikenakan sangat berpatutan dan rasanya memang sedap. Kami pergi hari Jumaat tak silap masa lunch hour. Tankiu kawan. Terharu dia belanja sebab dapat kerja. Amin. Moga rezeki dia bertambah luas dan cepat siap thesis!






Mula-mula pesan makanan dan kemudian tunggu makanan sampai.Perut da krooook kroookkk krookkk!




Wefie lagi sekali sebab makanan tak sampai lagi



Steak ni sedap sangat. Harga dalam RM18.90





Lamb chop pun menarik. Harga tak silap RM17.90




Chicken chop kepala sotong. Spesial dan sedap sebab dalam ada cheese meleleh.. Sos cecah pun sedap





Inilah dia lelehan cheese yang sudah cair dan sedap dimakan. Luar rangup dalam meleleh. Harga lupa ingatan pulak.heee





Zoom lagi dekat bagi korang percaya yang cheese tu sedang meleleh dan minta dinikmati segera. Ngaaap! 

Mari makan!



Okey muka gembira makanan dah sampai. Rasa dia tiptop. Chicken Chop tu spesial sangat.







Tuesday, June 2, 2015

Pulau Langkawi Part 9 : Memborong Gamat Nusantara



Yang mana pergi Langkawi takkan rasa lengkap kalau tak pergi kedai gamat Nusantara ni. Hurmmm.. Sebenarnya banyak jek jenis gamat yang ada dekat Langkawi ni tapi tulah. Nusantara dipercaya sejak turun temurun.hehe.

Dekat dalam kedai ni bukan sahaja menjual minyak gamat tetapi ada lagi bermacam-macam produk yang dicamputi dengan gamat. Sabun, lotion, syampu dan segala macam benda termasuk tongkat sakti untuk membantu orang tua berjalan. 




Beginilah rupa dalam kedai tu. tersusun dan teratur. sekali tengok macam nak amik segala jenis produk yang dipertonton untuk dijual. amik banyak maka banyak la bayarannya.hehe. jadi behave2 banyak lagi benda oleh-oleh yang kau boleh beli selain produk nusantara. 



Gamat ni dekat sini harganya murah. 12 botol dijual pada harga RM10.00. Borong banyak-banyak lepas tu luar Langkawi boleh berniaga. Orang jual sebotol RM5.00 tak silap abah pernah beli.




Tarraa.ada jual berbagai ubatan herba yang belum diproses. Tak payah nak masuk hutan bertapa dalam hutan tujuh hari tujuh malam nak carik kayu kayu herba ni.muehehehe.









Pulau Langkawi Part 8 : Skycab (Cable Car) dan Skybridge Langkawi

Cable Car Langkawi

Naik cable car di Langkawi sebab ketinggian dia memang mencabar sanubari. Luruh jantung bila dia bersedia nak turun.Naik ni berharga RM15.00 bila ada Mykad.




Mula -mula naik muka hepi. Pertengahan jalan muka macam xda darah dah semua orang.




Okey muka berdebar. Pengsan!





Bila dah rasa perjalanan kembali normal maka selfie dululah.hehe. Cable car ni akan ada dua perhentian ya.





Skybridge Langkawi

Ni perhentian pertama. Amik gambar klik sana sni lepas puas naik balik cable car terus jalan ke puncak yang ada jambatan langkawi.




okey letak muka sendiri satu!


muka sendiri dua!




muka sendiri tiga!



okey cukup tiga muka aku pratonton amik gambar dekat perhentian pertama ni.hehee


pratonton muka geng plak. Ni teknik amik gambar yang ana ajar supaya gambar tak nampak sama.

Mula-mula tegak!



lepas tu kekiri pulak




lepas tu kekanan pulak.

okey aku tak berapa kekanan.hehe




lepastu kedepan. 




lepastu kebelakang!.hehe





kemudian buat lah muka terkejut macam ni di pengakhiran.hehe




 Jambatan kaca 

okey drama. Di perhentian kedua akan ada jambatan kaca. Ah tipu. Kau kena jalan kaki dalam beberapa meter untuk sampai kesini. turun naik bukit sampai seliparaku tercabut, kain aku pungut segala daun kering. Nasib baik tak tergolek ke bawah. Jalan ni belum siap, jadi dia buat jalan alternatif yang lain.







okey buat muka buruk sikit. hehe










Pulau Langkawi Part 7 : Membeli-belah Coklat di Haji Ismail Group

siapa nak borong coklat angkat tangan! angkat tangan meletup angkat tangan meletup!


coklat dekat sini kebanyakkan dijual dengan harga buku dan sangat murah.sesuai dijadikan oleh2 untuk keluarga nun jauh diseberang.

Mana lagi kalau bukan HIG (HAJI ISMAIL GROUP)



benda yag orang akan beli. PEPERO. Murah.. sekotak besar ada enam 8 otak kecik pada harga RM19.90.

Masa beli coklat ni kau kena bukak kalkulator dalam hp supaya kau paham sebesar apa harga penjimatan yang kau boleh dapat. Si Ana lagi la licik. Dia malas kira dia pakat dengar orang sebelah kira jek. Entah sesape punya kira-kira dia dengar . takpe asal kau dapat jimat dan tak salah beli. 



Harga coklat dekat sini memang pandai main harga . kinder bueno ni kalau dekat harga pasaran jarang jual sekotak besar macam ni. ada enam dalamnya. selalu harga satu kecik tu dah empat ringgit lebih. Jimat kalau beli sekotak camni. Maka boronglah coklat di Langkawi ya.



Nampak coklat kisses tu/ cepat tekan kalkulator berapa dapat jimat . Kalau rasa nak beli satu gabung dengan kawan supaya jadi tiga ya! sekian tips jimat beli coklat di langkawi.hehe






Selain daripada menjual coklat, kedai ni juga menjual kain pelikat gajah duduk dengan harga murah. Pinggan mangkuk dan segala macam jenis produk. tak habis tengok apa lagi yang dijual sebab dah lewat sangat kitorang g borong coklat ni.









Thursday, May 14, 2015

Pulau Langkawi Part 6 : Makanan Murah di Langkawi

Nak carik makanan harga sedap dan murah di Langkawi. Senang sahaja. Kalau nak makan tengahari nasi berlauk boleh pergi kedai Ikan Bakar dekat Padang Matsirat.

1. Kedai Ikan Bakar Padang Matsirat

Kedai makan ni di tepi jalan bewarna kuning. Ada berpuluh aneka jenis makanan daripada laut, udara sampailah ke darat. Waktu kemuncak adalah pukul 1.00 petang. Harga pun murah dan no wonder banyak bus pelancongan berhenti dekat sini. Air pulak boleh ambil secara percuma antaranya air teh ais, anggur dan sirap. Air yang dibuat pun tak pakai tangkap muat. Cukup ais cukup manis cukup nikmat.





Dekat depan tu ada pakcik yang duk bakar ikan, sotong, kambing dan segala makanan berbekalkan sebuah kipas besar. Penuh asap satu pondok. Macam -macam jenis ikan ada. Aritu aku dengar ada ikan jenahak, keli dan berbagai lagi.







Kedai berwarna kuning berdekatan dengan sekolah. 



Lala + kacang panjang + salad + ikan bilis sambal + nasi = RM5.00



Sotong goreng sekor + Salad + kerabu mangga + ikan bilis + nasi = RM6.00


2. Laksa dan Pasembur Pantai Airport



Cara jualan still macam biasa pakai lori. Tapi depan lori terdapat banyak tempat duduk taman yang boleh digunakan untuk menikmati makanan.Dekat sini berderet lori makanan tepi jalan yang ada. Pilih sahaja mana suka. Kami pilih laksa power sebab review orang kata ianya sedap.


Laksa tu jenis layan diri untuk site sampingan macam cili potong ke, sudu ke. Dia akan sendukkan dalam mangkuk kemudian kau atur la sendiri gaya apa kau nak bawak ke tempat duduk. Satu laksa berharga RM4.00 dan air RM1.00.

Sudah habis amik laksa bolehlah menambahkan lagi ketamakan dengan mengambil pasembor yang berbagai-bagai jenis ni. etc : daging, fishball, kentang, filamen dan bermacam lagi seperti dalam gambar. Operasi memilih tak ingat dunia sedang giat dijalankan. Amik bebanyak bila beratur nak bayar malu plak. Cisss. Sebab lelaki belakang duk mengata. Ini part yang tak suka ni kalau bayar bawak makanan belakang lelaki.Lemah seluruh bedak di muka.







Inilah hasil yang kitorang amik. Semua sekali harga RM26.00. Seronok hidup bila tengok pasembur ni depan mata tinggal nak ngap.



Boleh makan di tepian pantai sambil melihat matahari terbenam.






Laksa pulak serupa ini. Kawan kata diorang guna laksa beras. Saiz dia besar sikit dari laksa biasa. Memandangkan review blog lain semua kata laksa power ni sedap tapi tak berapa bagi kitorang. Mungkin tersalah tempat atau tukang masak dia bertukar pada hari kejadian kitorang pergi. Kekenyalan laksa tak berapa sebab dia sedikit lembik dan melekat ditekak. Tapi bestnya dia bagi sebiji telur rebus tak perlu potong dua. Kuah pun sedap.

Cerita seterusnya :





Part 5 : Island Hoping