Bercinta memang indah, seindah kelmarin, seindah pertemuan pertama dahulu.Namun andai bukan jodoh tiada siapa yang harus disalahkan.Terima dan menerima andai itu takdir dari NYA. Dulu semasa bercinta begitu tegar kau melamar, namun saat putus tak harus kau diam dan membiarkan.
Cara melafazkan kata perpisahan
Andai dia bukan jodoh, tiada apa yang harus diperebutkan.Meminta maaf dan menerima salam kemaafan adalah yang terbaik dirasakan.
1.Berlaku jujur kepada pasangan
Jika anda merasakan hubungan yang dibina sudah sampai dipenghujung jalan, berterus teranglah dengan apa yang anda rasakan itu. Jangan biar si dia mengetahuinya dari orang lain. Berikan apa sahaja alasan yang wajar jika sudah tiada keserasian dalam diri si dia dan anda.
2.Carilah tempat yang sesuai
Jika sewaktu bercinta anda memilih tempat yang indah untuk diabadikan, maka tak harus ketika berpisah anda memutuskan dikhalayak ramai. Carilah tempat yang sesuai. Bukan di kedai makan yang ramai pengunjung atau sekadar di tepi jalan. Hormati peribadi si dia. Letakkan anda di tempat si dia. Malu jika orang melihat tangisannya hanya kerana cinta. Setiap manusia ada perasaan dan menangis kerana cinta bukanlah sesuatu yang setiap orang inginkan.
3.Berhadapan dengan si dia
Mengungkap kata putus melalui panggilan atau pesanan ringkas boleh dianggap sesuatu yang tidak wajar. Bicarakan secara berdepan dan tunjukkan sifat keberanian anda meski pahit yang akan ditelan.
4. Jangan teragak-agak
Jangan teragak-agak saat melafazkan kata perpisahan seumpama anda yang melakukan kecurangan di belakang si dia. Sebagai orang yang meminta kata putus, beranikan diri menyatakan kejujuran.
5. Berikan si dia kesempatan untuk bertanya
Kawal diri anda daripada sifat emosi. Berikan kesempatan si dia bertanya mengapa dan kenapa semua ini berlaku.Jawab dengan jujur tanpa ada kata yang menyakitkan hatinya.
6. Jangan berubah fikiran
Jika benar itu jalanya, jangan berubah fikiran anda terhadap hubungan atas dasar simpati kerana ianya akan membuat hubungan anda dalam situasi serba salah.Jangan kalah dengan air mata.Bersedialah anda dengan situasi ini. Jangan hanya air mata anda berikan rasa simpati yang hanya memberikan penderitaan terhadap diri si dia.