Ini aktiviti yang kitorang lakukan sebelum masing-masing berkahwin dan punya tanggungjawab yang lebih besar. Rancangan dibuat seawal sebulan yang lalu. Dari segi makanan, pengangkutan, kos chalet kitorang buat RM50 untuk seorang dan yang pergi seramai 7 orang. Perjalanan dari UPM seawal 10.30 pagi dan sampai pada pukul 11.30 pagi. Sejam sahaja dengan keadaan jalan yang kurang sibuk. Tol yang kitorang lalu hanya satu tol( RM1.30). Sungai Kg kemensah ni berada di belakang Zoo Negara. Jalan untuk ke kawasan sungai ni boleh tahan mencabar sebab tebing yang dilalui sangat mencabar *my friend was a good driver-Ara*.. Yang mana korang rasa jalan tak boleh lalu dua kereta tu silalah bagi laluan pada kereta yang lain dan bawak secaa berhemah sebab sepanjang jalan boleh dikatakan ada tebing yang curam.
|
Selamat datang ke Warisan Hati Rimba |
|
Ini view depan chalet masa mula-mula melangkah masuk ke kawasan warisan hati rimba ni. Rumah ala-ala kampung dikelilingi hutan hujan tropika memang macam ni. Nak duk hotel ke rumah macam banglow sila ke bandar ya.Try duduk dulu baru tau syok ke tak.Tempat bukan masalah, yang penting masa dengan kawan-kawan tu. |
|
Laluan masuk ni ada sungai dengan ikan-ikan. Nak mandi terus kat sini pun boleh kalau tak malulah. haha |
|
Air tengahari tak deras dan tak dalam, tunggu petang sikit baru rasa menggigil-gigil ya.
|
|
Tunggu dapat kunci chalet la kita
|
|
Inilah warisan hati Rimba |
Dekat sini ada karaoke tau . satu set lengkap.hutan-hutan pun ada set karaoke.POWER! 2 Lagu RM5.00.Mahal sikit la dari karaoke jamban kot.haha
Chalet yang kitorang duduk semurah RM80.00 semalam. Bolehlah rasa duduk dekat rimba-rimba semalam. Pagi-pagi bangun semua jadi air batu rasanya.Sejuk sangat. Kawasan ni ada sediakan selimut tebal dan lagi elok rasanya kalau bawak stokin dengan baju sejuk supaya bangun pagi tak jadi beku macam ayam. Hahaha
|
Muka dalam chalet, view kampung sangat ni. hehe |
|
Bawah ada anjung boleh lepak makan-makan la kan
|
|
Ada tempat BBQ, Sila bawak arang ya semua kalau tak bakar la kayu kayan tepi tu.
|
|
Kambing bakar la BBQ kita. Terima kasih bakal pengantin ARA |
|
Ada chef tengah masak BBQ ni |
|
ber BBQ dengan payung superman. Melampau betul bebudak ni
|
|
Makan dulu sebelum mandi
|
|
Bau menyentap jiwa
|
|
Mula - mula kita mandi sungai ya
|
|
Inilah kolam air panas yang suam-suam kuku |
|
Mandi lagi mandi lagi |
|
Boleh main bola tampar dalam air ya di kolam ni |
|
Takda orang main sini sebab orang dah balik.
|
|
Malam tu kitorang main tukar-tukar hadiah sambil bercerita dan mendengar lagu karaoke sehingga pukul 1 pagi lebih. Dasyat siapa karaoke tengah malam ni. |
|
inilah hadiahnya.haha. very the comel comel kan
Okey dah. pagi tu kitorang terjun kolam lagi sekali berenang-renang kemudian bersiap kemas balik dan bergerak dalam pukul 10.30 pagi. Memori indah ni akan kitorang sambung bila ada kesempatan berjumpa lagi nanti. Okey dah habis cerita, sebab dapat cuti arini esok ngan lusa maka nak siap balik kampung tengok mak abah.daddaaa
|
No comments:
Post a Comment