PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, March 22, 2015

Spesis spesis ketawa dalam dunia











Hobi aku bila berada dengan orang sekeliling adalah perhatikan orang yang aku tak kenal dan tak pernah jumpa.  Sebab aku suka usha gelagat orang .at the same time kecantikan orang bagi perempuan.


Berikut adalah spesis spesis ketawa yang aku pernah jumpa dan pernah mendengarnya. sila semak kau spesis ketawa yang macam mana :


1. Ketawa slow sambil tutup mulut
Ni spesis ketawa macam kwang soo iaitu spesis ketawa malu malu.kadang belum buat lawak kau dah tutup mulut.ini melampau namanya.


2. Ketawa mengilai
Ketawa mengilai ni khas untuk sekumpulan perempuan yang gedik. kadang dia tahu dia boleh ketawa slow sebab lawak tu tak lawak sangat pun.tapi sengaja tunjuk mengada. mengilai la bunyinya.


3. Ketawa berdekak dekak
Ini selalu kategori lelaki.diorang ketawa berdekak dekak tak hiraukan orang sekeliling.kalau orang lain jeling baru dia slow sikit bunyinya.


4. Ketawa mulut terbukak tapi tak da suara
Yang ni tahan ketawa tapi nak ketawa.apa orang kata.jaga persekitaran supaya tak tercemar.


5. Ketawa sorang sorang
Zaman sekang ramai jek orang suka ketawa sorang bila  bukak hp.korang yang bayangkan jela yang kawan siber diorang tu depan mata eh. diorang tak gila sebenarnya.hehe


6. Tak ketawa langsung
Orang macam ni kau jangan ajak buat lawak.mau sakit hati kau nanti.punyalah penat kau buat lawak tetiba takda ketawa untuk hargai kau langsung.serupa lawak kau tu lawak hambar dalam dunia.

Cara mudah nak cepat kaya!










Hi Hi,

Nak bagitahu ni.

macam mana nak jadi kaya dengan mudah.

nak bisik ker camne?

hehe

aritu dengar dekat radio.

kalau nak tambah rezeki senangnya cara nya


kena bagi rezeki kita dekat orang lain.


dengan kata lain '' sedekah''

hyep!! jangan risau .


Allah takkan memiskinkan orang yang bersedekah dengan niat kerana Allah malah rezeki korang pulak yang akan bertambah tambah. In sha allah


lepas tu kalau boleh solat dhuha jangan lupa. kan ada lagu solat dhuha ntuk kita faham maksud dhuha tu sebenarnya apa.. okey ngerti? bagus.




Sejarah Dede si manusia pokok










Dede adalah seorang nelayan  yang mengalami luka di lutut saat remaja. Anehnya, selepas kejadian itu, luka tersebut bertukar menjadi sisik sisik yang tumbuh di beberapa anggota badannya seperti akar pokok. Peristiwa seperti ini membuatkan ramai ahli perubatan yang bingung dengan kejadian yang dialami Dede.


Disebabkan perbezaan fizikal dengan manusia lain, dia ditinggalkan isterinya dengan dua orang anak yang sudah menginjak dewasa. Fizikal sebegitu juga membataskan dirinya untuk melakukan tugas tugas seharian. Dia juga melakukan kerja sebagai golongan yang melakukan '' Pertunjukan Aneh'' bersama rakan yang lain untuk menafkahi keluarganya.


Ketika dia berfikir tiada yang mampu merawatnya, datang seorang pakar  asal Amerika menawarkan diri untuk merawatnya.Selepas memeriksa tubuh dan sampel darah beliau, doktor terbabit (Dr Anthony Gaspari) dari Universiti Maryland menyifatkan bahawa penyakit yang menimpa diri Dede adalah penyakit yang diberi nama human papilloma virus (HPV). Umumnya virus ini yang menyebabkan sisik seperti kulit pokok tumbuh di tubuhnya. Dr tersebut yakin bahawa Dede boleh dirawat dengan memberi vitamin A setiap hari dimana vitamin terbabit akan menghalang pertumbuhan sisik tersebut.



Dede mula dirawat pada tahun 2007 yang membelanjakan wang paling besar dan sehingga sekarang, operasi yang dilakukan pada Dede telah melebihi dari 9 rawatan. Seusai kini, dede sudah kelihatan kembali seperti manusia normal walaupun sisik terbabit tidak dapat dihilangkan 100% namun dia mampu memegang hp dengan tangannya sendiri.


Selain daripada Dede di Jawa Barat, terdapat individu lain yang menerima nasib sama sepertinya iaitu Isal di Painan, Sumatera Barat, Iwan dan Semarang, Lin Thianzhuan dari China dan Ion Toader dari Romania








sumber : noldesibel.blogspot.com & mantapnews.blogspot.com







Resepi sandwich ala SUBWAY











Selamat pagi korang. Hari ni semangat bangun awal pagi. Hari minggu kan.


Btw nak kongsi resepi poyo poyo pakai gaul gaul sahaja.heeee


Ni kalau manager subway tengok kompem dia kata aku perasan.hah! dulik!nak taip gak.

Bahan-bahan :

- filamen ketam
- telur rebus
- mayonis
- sedikit serbuk perasa
- sedikit garam

Cara-cara :

- hancurkan filamen ketam bersama telur rebus mengunakan garfu
- masukkan mayonis, sedikit garam dan sedikit perasa
- letakkan campuran pada roti dan tambahkan sos cili diatas








- lepas tu tutup dengan sekeping roti lagi







taraaaaa! siap








Golongan golongan manusia yang wujud apabila GST bakal menjelang tiba








Perhatikan berikut beberapa golongan yang ada.pilih anda yang mana ya ..


1. Golongan yang menentang

golongan golongan ini biasanya menentang melalui media sosial. mereka akan menaip dengan kata kata yang sesetengahnya berhemah dan sesetengahnya memaki hamun.

dewasa ini,

Malaysia telah mengambil keputusan dimana jika menaip sesuatu diluar kawalan akan membawa kepada akta hasutan . tapi kalau tengok balik mengenai video yang memperlekehkan hudud, takda pulak kena ambil tindakan. sekadar dengan meminta maaf dengan mengatakan ianya tidak sengaja.

tidak sengaja bererti dengan tanpa niat. video kalau tanpa niat tak jadi video. fikirkan ya semua!


2. Golongan yang pura-pura suka

dalam banyak banyak golongan, golongan ni paling membahayakan. kalau kau lampirkan 10 keburukan GST dia akan datang dengan membawa 100 kebaikan GST. Mampu? *geleng kepala tapi dalam hati, fakta kau bawak semua macam cincalok*

orang macam ni juga seorang yang hebat! sebab apa? sebab walau beribu iklan penyampaian tentang GST dia sorang jek yang faham.kan power tu!! rakyat masih diluar kesedaran apakah kebaikan GST. tapi bila iklan dia akan cerita satu kebaikan yang kadang diputar belitkan .contoh macam tiada kenaikan tambang awam dalam iklan tapi luar iklan ada pulak. -.-''.

Selain tu, iklan akan suruh pergi website bila dah cakap satu kebaikan gst. cerita jela terus sampai habis kat situ. kau rasa orang tua yang tak berapa hidup mewah ada masa ker nak g tengok komputer tengok website kau. adesss...

golongan macam ni tak tahu nak cakap macam mana. mungkin sebab gaji dia besar jadi dia kena pura pura suka. cuma ingat, walau gaji kau besar dan kau mampu bukan bermakna kau boleh lupakan mereka yang tak mampu. GST ni melibatkan semua orang. contoh : barang tu naik 20 sen apalah sangat dengan gaji kau sebab kau mampu kan. orang lain? kau ada fikir.entah kenaikan 20 sen tu yang buat dia tak dapat beli barang terutama kalau benda tu  makanan.


3. Golongan yang redha

golongan ni dia dengar kebaikan dan keburukan. dia dengar dari pihak orang yang menentang dan juga dari pihak orang yang pura pura suka. dan dia dapat jangkakan apa yang berlaku.

walau ditentang benda ni tetap akan jadi juga.

kerana apa? kerana alangkan undi yang sepatutnya demokrasi tu pun boleh tuptup blackout inikan pula GST yang ibarat celah gigi bagi diorang. fikirkan ya! golongan ni dalam masa sama dia mengharapkan penghapusan GST tapi dia tau apa boleh buat. pasrah jela. naik harga pulun tulang empat kerat, turun harga guna tulang dua kerat. hikhok



4. Golongan yang tak ambil peduli

golongan ni pula golongan yang berpendapatan seharian yang hanya tahu ambil barang dikedai, bawa ke kaunter dan terus bayar. dia tak ambil kisah mengenai harga yang dia bayar. yang dia tahu duit dia cukup untuk bayar barang tu walaupon realiti dia sedar yang duit makin hari makin susut. yela duit siapa yang tak susut kalau beli barang kan. bezanya cuma kalau harga barang naik, duit dia susut cepat sikit berbanding dengan harga barang tak naik.






AWAS! Bahaya membaca hp ketika baring.






hensem betul




Menurut kajian dilakukan oleh Professor Zakiah Hanum, terdapat beberapa bahaya yang bakal menimpa anda sekiranya anda memegang dan membaca hp ketika berbaring. Objektif kajian adalah untuk melihat kesan kesan yang bakal timbul sekiranya anda masih berdegil untuk membaca hp ketika baring. Kaedah kajian adalah melalui pemerhatian dimana masa yang diperuntukkan sudah begitu lama namun penulisannya hanya dapat diselesaikan pada hari ini sahaja. muahhsiked..heee


pegangan yang dimaksudkan adalah skrin hp diatas kepala bukan ditepi.


antara bahaya bahaya yang bakal menimpa anda :



1. hp jatuh di bahagian muka anda

sakit yang bakal anda rasakan sama seperti hentakan tulang yang terkena pada kayu besbol.

hipotesis akan berbunyi begini :

''semakin berat hp anda maka akan semakin berat sakit yang dirasakan''

bahagian muka yang dikhuatirkan akan berlaku perubahan adalah di hidung dimana jika ianya semakin kemek, jangan anda tanya kenapa ya.



2. tangan anda menjadi lenguh

lenguh yang dirasakan seakan sengal-sengal yang panjang kesudahanya. kerana apa? mengikut kajian prof, tekanan di atas adalah lebih berat daripada tangan anda maka bebanan yang dirasakan akan mengenai urat saraf jari jemari lalu menghubung terus pada tangan. hasilnya? nah rasakan!



3. dikhuatiri mata menjadi rabun

jarak mata terlalu dekat dengan cahaya skrin. jarak perbandingan dapat dibuat antara memegang hp ketika baring dan memegang hp ketika duduk. ketika duduk mata akan lebih jauh darpada skrin dan kadar kerabunan anda dapat dikurangkan. ianya sangat berbeza ketika baring. mereka yang membaca hp ketika baring kadang akan membaca lebih pada waktu malam dan ianya akan semakin bahaya sekiranya anda membaca ketika lampu sudah tertutup.heee



sekian kajian yang tak seberapa, kita sambung nanti nanti ( zakiah hanum, 2015)



salah satu penyelesaian masalah. lazy pod namanya:P



pesanan : professor sudah melampirkan kesan kesan yang bakal berlaku, sekiranya anda masih berdegil itu terpulang. prof nak berangkat dulu sebab ada banyak kajian lain yang perlu dilaksanakan .muahhsiked :*




Saturday, March 21, 2015

Kisah cinta yang unik zaman persekolahan dahulu








Bercerita soal zaman sekolah. rindu pulak rasanya. tak payah pening-pening pikir pasal kerja macam sekarang. kalau ada pun kerja rumah yang boleh tiru-tiru sebelum kena cek.* halamak kantoi pulak! yang baca entri ni pun macam tak biasa buat :P*


dulu aku ada sorang kawan. dia memang minat sangat dekat sorang budak lelaki ni. kalau korang berdua terbaca entri ni aku mintak maaf eh. tapi aku tak bukak identiti korang yang sebenar. kompem dijamin lulus penerbitannya. yang aku pasti, budak lelaki tu takkan tahu siapa budak perempuan tu dan yang betul-betul tau identiti kedua-duanya hanya aku dan beberapa orang kawan sahaja. * mungkin dalam tiga orang*

dengan ingatan : jangan risau kawan, rahsia kau selamat ! heee

hah kan dah jauh menyimpang. okey balik pada topik asal

kawan aku ni minat sangat sangat teramat beramat amat dengan sorang budak lelaki kelas kitorang jugak. setiap hari kau tau apa dia buat? bila datang sekolah dia akan beli banyak gula gula, zaman sekolah dulu kira gula gula senjata paling power untuk kau simpan rapi supaya orang tak nampak sebab nanti orang mintak.haha. * keji betul perangai*


okey sebelum kelas mula, kawan aku akan masuk kelas cepat cepat sebab dia tahu budak lelaki tu akan datang awal. maka bermulalah misi dia. budak lelaki tu akan tinggalkan beg dia dekat kerusi dan pensil case besi bawah meja * ala pencil case geometri set tu*. hah! bila tiba waktu zohor semua murid akan keluar solat berjemaah dalam surau. bila line dah clear semua orang dah ke surau, kawan aku akan letak beberapa biji gula gula dalam pencil case dia * hari hari waktu persekolahan kecuali hari minggu . mula mula rasa cam ape benda mengarut lah dia buat ni.

then bila budak lelaki tu balik, dia akan bukak pencil case tu makan gula-gula tadi dengan muka tanpa perasaan.cisss.. kejam.hari hari kawan aku duk ulang benda yang sama.aku pun tertanya tanya gak dia ni tak pernah nak ambil tahu ker siapa yang letak gula gula dalam pencil case dia hari hari. makan pulak tanpa was was. bila bukak jek pencil case takda riak terkejut! kalau aku jadi kawan aku dah lama kena hame hamey ha sekali *dragon ball sangat* .

tapi entah lah, aku pun tak tahu cerita ni dah terbongkar kebelum sesama diorang.
lagipun  sekarang aku tengok dua dua macam single. harap korang berdua ada jodoh ya nanti.amin

ikut hati nak je aku jotos lelaki tu bagitau siapa yang selalu letak gula gula dalam pencil case kau. dengan harapan korang suka sama suka. hehehe.. tapi biarlah.mungkin nanti ada keajaiban yang berlaku. aku mampu doa dari jauh jek. nak masuk campur cerita cinta ni macam dah basi jek..hehehe