PRUDENTIAL INSURANS

Saturday, March 21, 2015

Harga kad kahwin bakal berubah selepas GST






Sebelum tu aku nak ucap tahniah pada kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga. Terlebih tahniah pada mereka yang mendirikan rumah tangga sebelum GST. Buat kawan kawan, jangan takut rezeki takda bila kahwin nanti sebab Allah dah janji lepas kahwin rezeki bertambah. Bagi yang tak kahwin lagi? harap bersabar ya. jodoh kita ada cuma belum sampai masanya.


okey berbalik pada tajuk

Baru baru ni aku jalan jalan ternampak satu kedai print kad kahwin. dengan niat saja nak tengok-tengok. lalu datanglah akak kedai tu bertanyakan perihal tujuan kedatangan.

Perbincangan berjalan begini :

akak : adik carik kad kahwin?

aku : errr. haah tapi saya nak tengok tengok dulu eh akak

akak : ooo boleh boleh. majlis adik bila?

aku : lambat lagi kak.

akak : kalau lambat lagi adik boleh la tempah sekarang. adik akak pun dah tempah sekarang. majlis dia bulan tujuh nanti. kalau adik tempah sekarang adik bayar deposit dulu nanti lebih dah dekat majlis. sebab kalau adik bayar deposit sekarang, harga kad kahwin adik masih lagi harga sebelum GST. Lepas GST nanti harga berubah dik.


aku : eerrrrr.. ohh kad kahwin pun berubah harga nanti (dalam hati : matilah. kalau berubah harga naik ni baru kad kahwin belum benda lain). takpelah kak kalau camtu.saya nak tengok tengok jek tadi *berlalu terus keluar kedai* dalam kepala terpikir pikir kalau naik 5sen satu kad nak amik 500 keping dah berapa. this is crazy man!baru kad kahwin.

akak tu cakap berubah. kalau berubah turun alhamdulillah. kalau berubah naik inalillah..hehe


sebelum tu kalau ada yang nak bagi cadangan suruh fotostat kad kahwin dekat kertas A4 aku harap korang fikir balik sebelum aku tanya'' dulu kad kahwin korang macam mana eh?''.lagipun dengan citer mesin fotostat dah naik harga.


hurm takpela.aku cuma nak ajak korang berfikir jek.kalau korang kata ''apelah dia ni, kad kahwin naik baru berapa sen nak berkira''. okey takpe.nak bgi korang nampak tu baru kad kahwin belum benda lain.hehe..so siap siaga eh semua!

ni yang aku dapat daripada whatsap.tak tahu lah betul ker tak.untuk renungan boleh, untuk perhatian boleh, untuk kejutan pun boleh. kita tengok jela lepas GST nanti :

BERIKUT ADALAH SENARAI BARANGAN YANG DIJANGKA AKAN NAIK HARGA DAN TIDAK BERUBAH SELEPAS PELAKSANAAN GST PADA 1 APRIL 2015
(sumber dari jabatan kastam)

(a) barangan yang dijangka akan naik harga :
1. telefon bimbit
2. komputer
3. ipad dan tablet
4. mesin fotokopi
5. pencetakan foto digital
6. kos pangangkutan barangan
7. air minuman (mineral)
8. majalah
9. bebola ikan
10. sardin tin dan tuna
11. lipstik
12. pewarna kuku
13. motosikal 100 cc
14. jam tangan
15. aiskrim
16. cheese
17. gandum dan bijiran
18. sos cili,sos tiram dan lain lain

(b) barangan dijangka turun harga
1. TV
2. peti sejuk
3. penghawa dingin
4. sprk plug, pad brek (alat ganti motosikal)
5. bateri kereta
6. sistem home theater
7. pengering rambut
8. kipas angin dan pembakar roti
9. dapur gas 2 penunu
10. sterika elektrik
11. tuala mandi
12. pensil warna
13. berus gigi dan ubat gigi
14. dettol dan ubat anti septik
15. meja makan 6 kerusi
16. pampers pakai buang
17. kereta 850cc
18. minuman ringan
19. Buah buahan import

(c) barangan harga tidak berubah
1. roti dan makanan lain
2. minyak masak
3. daging
4. buah buahan tempatan
5. minyak petrol ron95 dan diesel
6. beras dan sayuran segar
7. ikan dan udang segar
8. susu tepung segera
9. telur ayam dan itik
10. tambang kenderaan bas dan teksi
11. minyak motor dan enjin
12. kadar x ray di klinik swasta
13. kadar tol





kepada bakal bakal pengantin yang berkahwin selepas GST, banyakkan bersabar.macam tak biasa kena tipu kan * tangan dibahu mata keatas*




Friday, March 20, 2015

Produk yang dapat hilangkan eye bag dan lingkaran gelap bawah mata



eye bag ni atau lebih dikenali sebagai kantung mata. dark circle plak adalah lingkaran gelap bawah mata. sebenarnya jujur cakap aku jeles tengok orang yang takda eyebag. majoriti orang yang mata kecik peluang nak dapat eyebag tu payah. dulu kawan-kawan aku mata kecik bila stay up study malam takda pun eyebag dengan dark circle. im is jelesssiiii.tapi aku bersyukur jugak mata besar tak paya pakai lens besarkan bebola mata.haha. alhamdulillah. semua orang cantik cuma variasi nya berbeza beza.


sebenarnya dari dulu dah wujud eyebag dengan dark circle dekat mata ni.pernah sekali masa form 2 tak silap merengek dekat abah mintak belikan produk yang boleh hilangkan dark circle dengan eyebag. maklumlah anak kesayangan, abah pun belikan jugak.hehehe *berjaya kan!* tapi sebab yang pakainya berupa pemalas hasilnya serupa jugak malas.segitu jugak eyebag nya. sorry abah. yang aku tahu masa tu abah belikan produk loreal.mahal kau. tapi anak mintak punya pasal abah pergi carik jugak '' rasa berdosa bila ingat balik masa tu merengek rengek nak jugak''. botol dia kecik jek.sebesar produk roll eye garnier. tu pun dah dekat RM50.00 . Rasa bersalah sampai sekarang sebab dulu ngada ngada ya amat dengan abah T__T. Ampunkan daku abah. Yela adik beradik ramai lepas tu gaji abah bukan la besar macam pak menteri. tapi sayang punya pasal abah belikan jugak. ingat balik macam nak tampar diri sendiri !!


Berbalik pada produk tadi. produk bio essence terbukti berkesan. eye bag hilang serta merta. tapi harga boleh tahan. yang masalahnya sekarang produk bio essence ni berbeza untuk dark circle dengan eye bag. dark cirle botol dia silver. eyebag botol dy emas.bagus marketing dy * tangan kebawah mata keatas*. yang mahal of kos eye bag lebih kurang RM90.00. Yang dark cirle dalam RM80.00 . sebab aku tak mampu lagi nak beli dua dua jadi aku beli satu dulu. untuk eyebag.memang berkesan. tapi sebab bio essence ni marketing dia pandai. jadi dia buat dua produk satu harga. beli dua dalam RM130. tapi sampai sekarang aku terpikir nape tak combine kan jek dua kegunaan tu jadi satu produk .. sobsob .. cissss betul. tapi nak cantik punya pasal aku beli jugak ..akulah manusia yang terpengaruh itu bila hal berkaitan eyebag dan dark circle hangit diperkatakan..




untuk eyebag dan untuk dark circle





Rindu anak buah kecomelan



malam tadi macam takda keje nak buat * back hand diri sendiri*
keje banyak tapi tak terbuat.
manusia memang macam ni *eh salahkan manusia pulak, padahal aku jek yang macam ni*

bila takda kerja aku akan bukak foto album yang lama-lama.kemudian terpandang la gambar anak anak buah yang comel . sobsob. tetiba maklang rindu pulak dengan korang. acaner ni? bila lagi korang nak balik rumah nenek ngan atuk bagi maklang hug.

anak buah ada tiga jek tapi rindu bukan main. semua maklang rindu .nuha, iman ngan naura. T__T

















Wednesday, March 18, 2015

sebab orang tak nak senyum pada kita






orang adalah makhluk yang dikurniakan perasaan yang berkecamuk.kadang gembira kadang sedih kadang emosi kadang rasa nak tumbuk orang lain. Sakit hati juga bila kita bertembung dengan orang tapi orang buat dok dang. malu malu

berikut sebab sebab wajar orang taknak senyum :

1. sebab dia memang payah nak senyum

ada sesetengah orang yang mana dia nak senyum pun payah. mungkin genetik dia jenis yang macam ni. nak kata xda mulut tengok ada, nak kata xda gigi tengok elok jek kalau dia bercakap.

2. emosi dia tak stabil

yang ni masalah. mungkin masa kau bertembung dengan dia, dia ada berjuta juta masalah. loan kereta, loan rumah, loan along, longkang tersumbat.semua masalah dalam dunia ada dalam kepala dia.yang ni kau pulak jangan rasa emosi balik


3. dia rabun mata dia tak nampak

ni of kos la aku. kadang bukan aku xnak senyum bila bertembung. aku memang manusia rabun yang xpakai sangat spek. sebab tak pakai spek sangat la spek aku jatuh dalam longkang T___T.nak kena beli spek baru. contact lens pun aku jarang pakai. hal hal penting aku pakai la.doa supaya ada duit lebih boleh buat lasik dari prof muhaya.amin

Monday, March 16, 2015

Kata kata pada kek untuk setiap ulangtahun dari si dia


Tentang dia?

Hurrrmmmmmmmm..

Dia ni jenis senyap jugak bila depan orang. Aku perhati kadang dia ni cakap pakai mata jek. . eiiiiii karut...

tapi kadang boleh lah rasa nak cucuk jek mata dia ni.


nak kata romantis? hahaha.. macam tak macam ya macam tak tak tak macam ya ya ya!

Setiap kali kek ulangtahun aku dia akan tulis kata kata yang macam ni.

kek dia aku tulis biasa biasa nama pun takda.'

kahkah.sorry syg.

kitorng punya kreatif ni beza beza.

kalau dia selalu tulis kat kek.

aku pulak selalu buat ucapan dekat kad.

jadi tak leh lah salahkan aku sangat la.

tuhan anugerahkan kreatifkan akal yang berbeza kan.kan.''support sikit aku lah kawan''

nanti tengoklah dah kawin nanti dia tulis apa.

ada ker tak comel lah, sayangku la.

kita tengok kita tengok.

dengan harapan dia tak bukak entri ni sampai kitorng kawin.


Kek pertama ni aku main main mintakkan dia buat. Tak tahu pulak dia setuju. Last-last tanya siapa buatkan dia kata dia tertidur masa tunggu kek kena bakar. Mak dia yang siapkan.huhu.. terharu




Yang dua ni kek secret recipe.cheese cake blueberry.



Ni chocolate cheese cake .






Yang ni kek baskin robin. sebab dah bosan ngan secret recipe. baru-baru 2014. sebab depan ramai orang jadi mungkin takda ucapan comel sayang semua.hehe.kitorang pun malu la nak letak camtu depan orang.dalam gambar takpe, lain.












How we met







Kahkah.

Geli la nak cerita. Aku rasa kalau dia baca mungkin dia muntah la ni.

First time aku jumpa dia..

First time aku jumpa dia dekat ktm johor. Masa tu aku balik daripada matrikulasi NEGERI SEMBILAN naik ktm.
Tiket masa tu harga baru 9 hinggit lebih. Murah kan.


Masa dah nak sampai ktm johor ni aku pun berdiri la dekat pintu gerabak.

Ada bunyi '' J.O.H.O.R'' (Yela maksudnya dah sampai destinasi la sebab tu speaker tu bunyi)

Pintu belum bukak tapi aku dah berdiri siap siaga nak keluar. Then daripada pintu kaca tu aku nampak ada sorang mamat duduk dekat ktm tengah tengok lantai. Pintu pulak berhenti betul betul tempat dia duduk.


Ding!!

Bunyik pintu terkuak lalu terpandang la aku mamat yang duk pandang lantai dari tadi.

Sebenarnya aku memang perhati jek gaya bahasa dia tengok lantai daripada ktm tu nak berhenti sampailah pintu terbuka.

Rupanya rezeki dan dan pintu terbuka aku nampak dia dongak.Pastu masa tu muka dia ada senyum.

Whattt, benda pertama dalam hati aku masa tu '' comel gila mamat ni''.

Ahhaaa.. tulah pertama kali benda dalam hati aku bercakap sorang lelaki ni comel. Mungkin sebab dia tunduk, lepastu masa dia dongak terpandang kau kemudian senyum terus macam WOOOWWW! Meletup.ahahaha..


Ahaaa.. semua tu gambar masa kurus eh.. sekarang pun comel gak.. tunggu fit balik macam dulu..












Mesti korang tertunggu sambungan cerita ni kan. itu rahsia..dia tak bagi cerita nanti korang nak tiru tips kitorang..kuikui







Thursday, March 12, 2015

Cerita Cinta Kita Berdua



Ni zaman coklat pos pujuk




Zaman 2011





Maksud sebalik tajuk?

Sebenarnya nak tulis saja saja era aku dengan dia bercinta dulu.

Ada sekali tu kitorang cerita balik zaman era bercinta dulu dulu. Ingat punya ingat.haha.
Macam nak muntah.

Tunang aku ni dulu kira lelaki yang tak pernah layan perempuan. Dia kata zaman remaja dia dihabiskan dengan kawan lelaki dan motor. Nak mengurat? Jauh menyimpang memang tak power !


tapi takdir menentukan,


Untuk pertama kali dalam sejarah dapat kenal aku.
tup tup terciptalah sejarah dalam hidup dia dapat kekasih mengarut macam aku ni.

Ada sekali tu dia cerita dia naik bus bawak patung panda ( sebab aku nak sangat masa tu). Masa tu mana ada lagi ikon panda macam datuk n bawak ke Malaysia yang mahal sangat sangat . Nak dapat pun susah. Besar la jugak bear nya.

Maka bermulalah misi dia mencari bear panda permintaan awex mengarut dia.

Bawak la bear naik bus sebab nak bagi ke aku.

Tiba-tiba kawan dia nampak. hah habis. Sampai sekarang jadi isu. Dia kata ayat kawan dia bila menganjing dulu sampai sekarang '' aku tak sangka kau macam ni tet'' hahaha


Kesian dia


Sekarang bear tu ada dalam robok tengah main sembunyi sembunyi. Nama dia ''cik pan''. Start daripada tu bila dia datang jumpa aku, dia akan belikan aku sekor bear ke sekor bear jadilah berekor ekor panda bear. hahahaa



Cik pan, adik pan, adik cik pan, pan pan semua ada


Lagi satu untung bercinta dengan orang yang tak layan perempuan ni kau akan dapat coklat setiap minggu. Dulu dia rajin pos ke aku coklat tiap minggu. Cakap jela besar mana mesti ada punya. Masa tu isu cadbury belum wujud lagi.


Tapi sekarang? aku pun tak harap sangat dapat bear dapat coklat tapi cukuplah dua dua mampu jaga hubungan kitorang ni sampai aku jadi bidadari syurga buat dia. In sha allah.



Zaman semester 1 bachelor