Tudia tudia nak cerita. Hujung minggu haritu bersemangat waja nak pergi tengok kucing. Nak beli bela sendiri belum mampu pluss rumah sendiri pun takdak. Jadinya pergi jek dekat cats cafe jb sebab terpengaruh dengan instagram Cats Cafe Jb. Tengok kucing ni semua rasa nak golek-golek peluk tumbuk2 sebab geram comel sangat. Nasib ada yang layankan walaupun mungkin si dia cam nak tumbuk-tumbuk manusia degil yang berebut kucing dengan bebudak ni.
Masa sampai kena bukak kasut, cuci tangan, pakai sanitizer baru boleh masuk. Nasib dia tak suh pakai mask. Ada pakcik ni tunda jek anak dia pastu bebel " dah macam nak masuk hospital pulak". Aku tolong gelak sebab si dia tu pun dalam hati dia mungkin kata benda yang sama.
Okey masa sampai dia akan tanya berapa orang dan akan tunjuk tempat duduk untuk kita. Kemudian, dia bagi menu dan bagitau apa yang kita tak boleh buat :
+ tak boleh angkat kucing * mungkin kucing tak cukup banyak , jadi kalau semua peluk sorang satu habis lah
+ tak boleh kejutkan kucing kalau tengah tidur. Cuba enkorang kena kacau masa tidur tak berangin pulak
+ tak boleh bagi kucing makanan manusia sebab ada memang sudut khas untuk makanan dia
Like a boss. Dari masuk sampai balik yang ni dia tidur . Gedabak besar. Sebab tak nak kena kacau dia tidur dekat atas.
Kucing-kucing ni yang kerek-kerek acah comel semua nak duk atas. Sebab dia tau kalau dia turun habis kena keroyok dengan manusia . Nak-nak bebudak yang suka tarik-tarik ekor ni.
Yang ni kucing kampung kot, tak ramai nak dekat dengan dia jadi terpaksa la amik gambar sebab dia jek kosong. Yang lain semua dah berebut.
Dia ni besar gedabak dan berlagak. Nak ambil gambar pun susah.
Ni dia macam anak harimau dah. Besar tapi comel
Yang ni dia kecik tapi dah macam anak spiderman. duk panjat-panjat dan merayau tak hingat dunia
Order amerikano dengan ice lemon tea. Makan? hurm2 sebab target nak peluk kucing usap2 jadi tak berapa nak makan. Minum air jek. Boleh tahan la satu air dekat RM10.00. Anggap bayaran tuk tengok kucing.
Sudut tepi tu mungkin tempat simpan beg sebab semua orang duk sibuk berebut kucing kadang tinggal jek handbag kat kerusi makan. Nasib baik i ada si dia tolong tengok-tengokkan. Siapa peminat tegar kucing memang tak reti duk diam sebab asik nak kejar jek. Lagi-lagi kalau sebelum ni kucing tu duk kat atas. Bila turun memang haruslah semua serbu
Kat cafe ni ada dua section. Satu kucing tu berehat dan orang awam tak boleh masuk dan satu lagi orang awam boleh duduk. Tak silap dia kata ada 20 ekor kucing dan kucing tu akan keluar 10 ekor sahaja dalam satu masa.
Ni tak tahu spesis nama padia tapi kaki dia pendek badan dia panjang. Dan amat sangat manja. Panggil jek nama dia tengok nak cium-cium t.
Akhirnya harimau ini tertidur setelah kepenatan melarikan diri dari orang ramai.
Okey dah nak balik. Ni kat kaunter. Konsep kafe ni bertemakan kucing meow-meow jadi haruslah ada patung kucing. Ok bye. Parking dia tak banyak tapi ada pengawal keselamatan yang akan tolong jagakan parking untuk kau.
Siapa yang nak pergi ni ada alamat dia :
31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C 80100 Johor Bahru
Contact No : +607-2070399
Waktu operasi : 1pm-10pm ( Tutup hari Rabu)
Siapa nak pergi dinasihatkan pergi waktu tak ramai orang tapi tak pasti pulak bila tak ramai orang tu. hehee