PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, January 29, 2015

Senarai barang hantaran pertunangan dan perkahwinan

Dress Biru Teal dengan Renda Hitam
Perbezaan warna aqua, turqouoise dan teal


Berikut merupakan gambar yang akan aku kongsikan bagi senarai barang-barang hantaran samaada untuk pertunangan atau perkahwinan. Bagi pendapat aku, kalau nak brand tapi murah kena beli masa ada sale 
( Chinese New Year, Hari Natal, Hari Raya). Rancang awal-awal tarikh  supaya korang boleh grab semua sale yang ada. Setting bajet betul-betul sebab masa sale mata akan jadi kelabu dan kau akan teramik macam-macam benda yang takda pun dalam senarai bajet. Mau tak kelabu kalau sale 50%, 70%. Siapa boleh tutup mata kan. Aku carik barang-barang seawal 6 Bulan. Sebenarnya barang hantaran ni tak wajib pun tapi kita niat dalam hati nak bagi hadiah untuk pihak sana. Gitu. Banyak tempat yang aku pergi semata nak carik barang hantaran ni. Makan masa sangat kalau korang jenis yang memilih. Nasib kesabaran pasangan tu tinggi jadi layankan juga.Tempat-tempat yang aku pergi untuk carik semua barang-barang ni antaranya SOGO, Times square, PKNS Shah Alam dan macam-macam lagi yang tak berapa aku nak ingat. Baju  plak aku pilih warna ''teal''. Nak sangat warna tak sama dengan orang lain, maka 3/4 lemak hilang semata ke hulu ke hilir carik warna ni. Aku jumpa dress warna teal + black. Lawa sangat.Harga pun boleh tahan jugak lah. Dress ni dapat dekat PKNS Shah Alam. Jauh jugak. Pastu siap tempah net atas kepala RM140 gitu. Sebab dia takda warna  teal jadi dia amik turqouise (cerah sikit dari teal) ber rendakan hitam. Lawa sangat. Kakak tu cakap kalau baju gelap, tudung kena cerah sikit dari baju supaya tak tenggelam. Macam tulah jugak sebaliknya.Aku dengan naif angguk-angguk sebab bukan faham sangat pasal matching-matching warna ni.Lepas dapat pedoman dari kakak tu baru aku akui ''betul-betul''.
Berikut barang-barang hantaran dari pihak lelaki :


Sirih Junjung

Sirih junjung ni salah satu benda yang patut ada sebab dia jadi kepala kepada hantaran. Yang lain akan jadi pengiring. Masa susun ditempat kumpulan pun sirih ni akan jadi yang depan dan masa bawak pun dia akan jadi yang terdahulu. Mengikut tradisi atau adat Melayu, sirih junjung mempunyai maksud tersirat dimana ia melambangkan asam garam kehidupan dalam pertunangan atau lebih tepat dalam asam garam perkahwinan. Biasanya dalam hidup berpasangan, setiap manusia akan melalui pahit, manis, masam, masin sebuah kehidupan kerana bahan-bahan yang dimakan bersama sirih mempunyai rasa-rasa terbabit. Sebagai contoh, sirih, kapur, cengkih, tembakau dan gambir. Mengikut adat melayu lagi, sirih junjung daripada pihak lelaki hendaklah lebih tinggi daripada pihak perempuan kerana ia melambangkan peranan lelaki dalam memimpin sesebuah rumah tangga dan isteri sebagai pengikut.




Tempat Letak Cincin

Ni tempat letak cincin dan gelang yang paling cantik aku pernah nampak.


Handbag and Purse

Semua yang dibeli dalam hantaran ni kitorang grab masa ada sale.Serius sale sangat memukau dan terpukau. Penat pun tak berapa rasa bila tengok sale 70%. Betul kata orang, ''perempuan suka tengok lelaki hensem tapi sale 70% tak mampu kalahkan lelaki hensem.



Kasut

 Kasut pun dapat masa sale.Serius walaupun dia tumit tinggi, sebab dia kasut jenama yang kau beli masa tengah sale, perasaan macam kau pakai kasut takda tumit.Selesa habis!okey ini poyo*mata keatas tangan ke bawah*




Kain Ela

Kain ni akan digunakan untuk membuat baju kurung . Kalau kau ada kepakaran buat dress bolehlah buat.



Gubahan Tuala

Gubahan tuala ni sangat cantik dan unik




Barang Mekap

Barang mekap yang kitorang beli pun ada diskaun tau. Dengar tak? Diskaun masa Chinese New Year 




Potpuri

Potpuri ni bekas sangat klasik, cantik dan wangi sangat.

Cute Cup Cake

Cup Cake ni seriusly cute sangat sampai tak tergamak nak makan. Nak-nak yang ada nama kitorang tu.



Gula-gula

Bekas gula-gula ni pun superb cute sangat. Yang buat ni tersangatlah kreatif dan hasil pun memuaskan




Coklat dan Kurma

Kenapa kurma? Kenapa? Sebenarnya masa ni sehari sebelum puasa jadi haruslah ada kurma ya tak. Choco Date tu sangat sedap.


Kek Coklat

Kek ni lembut sangat.



Buah-buahan

Buah-buahan salah satu barang hantaran yang paling berat dalam sejarah. Selalu jek aku main cengkelat ( ni bahasa dari planet pluto, Ana ( 2015). Maksudnya kau berfikiran licik melarikan diri agar tak paya angkat hantaran ni . dalam erti kata lain, perbuatan ini sangat keji .Haha.Tapi tak selalu berjaya. kalau kau orang terakhir yang memilih barang hantaran untuk diangkat, maka kau akan dapat hantaran buah-buahan. Kelicikan kau takkan kemana sebab kau tak berjaya cengkelat. kahkah.




Coklat Moist

Seriusly coklat kek ni mengiurkan setiap mata-mata tetamu yang memandang. Rasa dia sedap sangat.



Gambar Penuh 

Sekian barang-barang daripada pihak lelaki yang sangat tersusun, kemas dan cantik. Terharu *sobsob*

 Berikut pula gambar-gambar hantaran dari pihak perempuan :


Sireh Junjung

Sekarang korang nampak tak yang sirih junjung pihak perempuan akan lebih rendah dari pihak lelaki. Macam yang aku cakap tadi. Sebenarnya sirih ni ucu aku yang buat, aku tak pernah tau pun pasal tinggi rendah. Bila aku tengok balik gambar baru aku perasan .Patut la selama ni bila aku bawak sirih junjung abang-abang aku rasa tinggi semacam. Rupanya begitu mengikut adat resam melayu. Sirih tinggi melambangkan peranan lelaki lebih tinggi dari perempuan. Sekian

Tali pinggang dan dompet

Rata-rata tali pinggang kedai akan jual satu set dengan dompet. Tapi memandangkan dengan budi bicara kitorang dapatlah tukar dari set lain ke set kitorang. Pastu promoter tu pun balut lepas kitorang pilih-pilih mana yang kitorang suka.



Baju dan Seluar

Baju atas seluar dekat bawah.Heee




Tuala

Tuala tema '' Biru + putih''



Toiletries

Sebab ni satu set yang kitorang nampak sebelum tutup kedai tu, maka grab jela mana patut.



Kek Buah

Kek buah bercorak ceri. Cantik.



Cheese Tart

Cheese Tart ni masa zaman 2014 dia masih lagi menjadi pilihan jadi letak jugak. Sebelum ni 2013, durian crepe. 2015 mungkin korang boleh letak jeruk mangga asam boi.



Rainbow cake

Comel kan rainbow cake ni dia dalam bekas nampak warna warni kat tepi tepi dia.



Golden Melon Fertigasi Kejora


Golden Melon ni abang aku yang bagi. Kotak marketing dia memang power meletup-letup rasa dia jangan citer la. 10 tahun lagi pun tetap teringat.Memang sesuai sangat bagi sapa-sapa yang malas nak gubah buah-buahan.Tapi aku ada gubahan buah-buahan cuma aku lupa mana aku simpan gambar tu. Sebenarnya aku nak buang kotak tu letak buah sahaja tapi orang yang sponsor tak bagi, marketing katanya. Jadi sesapa yang nak order boleh lah pergi PM dia dekat facebook. Nama fb dy '' Eday Mato'' ( Tak bujang lagi). 



Coklat Love

Coklat love ni kombinasi dua warna iaitu '' Biru Cair + Pink ''. Ni warna pilihan majlis perkahwinan era 2012,2013,2014 juga.



Coklat Ferrero Rocher

Coklat ni pun ada sale. 


Kuih Raya

Kenapa kuih raya. Kenapa? Kenapa. Eh biasalah sehari lepas tunang adalah tarikh puasa maka sebulan selepas itu adalah raya. Maka, haruslah ada kuih raya. Letak jela apa kuih yang korang rasa cantik ya kalau nak letak kuih raya.



Gambar penuh dari atas


Inilah gambar penuh hadiah hantaran dari pihak perempuan. Sebab aku malas nak kira maka korang kira lah sendiri. sebelum terlupa, majoriti barang-barang hantaran ni terutama kategori makanan hasil sumbangan dari adik-beradik, saudara mara dan kenalan-kenalan.Jasa baik, sumbangan, tenaga, masa dan macam-macam lagi bantuan amat-amat sangat dihargai* menitis air mata bila ingat balik*. Tak lupa juga pada yang melapangkan masa untuk datang, ribuan terima kasih diucapkan *LOVE U ALL* bagai ucapan menang award atas pentas.sobsob







1 comment: